Sunday, December 19, 2010

urut

berbalik kepada cerita main monopoly masa camping, sapa yang pernah dan biasa main monopoly (saidina) mesti tau ape rules n regulations main game tu kan. biasalah, kalau jatuh kat tanah orang lain, kne bayar sewa. pulaknya kalo dia buat rumah la, hotel la, lagi mahal sewanya.

ada salah sorang pemain tu, asyik bernasib malang. asyiklah terjatuh duduk kat tempat orang yang tanahnya harga mahal dan siap bina rumah 3-4 biji, dengan hotel bagai. sampai satu stage, duit dia semua dah habis. tapi gigih jugak nak main tu. nak loan kat bank, takut nanti tak dapat nak bayar. so, empunya tanah dapat satu idea. dia suruh pemain yang tak bernasib baik tu, urut dia sebagai ganti sewa. kejap karang si pemain yang tak bernasib baik ni kne urut kepala. pastu ada yang mintak urut bahu. urut kaki pon ada jugak. idea memang tokleh blah.

selalu kalau aku urut DrNotts, mesti sendawa keluar angin. aku pon tak sure, angin tu angin dari aku ke, ataupon transfer ditransfer dari DrNotts ke aku dan aku yang keluarkan. sebab kengkadang ada tukang urut tradisional cakap itu angin transfer. ada pulak yang cakap, bukan. ada sape2 boleh komen?

anyway, kengkadang aku saja tekan2 kaki aku, sendawa jugak keluar angin. tadi, masa tengah tengok stepup3 dengan botak, aku tekat2 tapak kaki. ada sendawa sikit. boleh tiba:

DrNotts : along tu kalau pegang tekan-tekan couch tu pon sendawa (lepas tu gelak guling-guling)
Sengih : cuba suruh along pegang heater ni ibu, mesti sendawa jugak

so sebenarnya kalau mengurut orang, kalau aku sendawa, maknanya angin tu dari aku ke orang yang diurut tu?

4 comments:

Huda Ramlee said...

aku pun tak boleh urut org, mesti aku yg over sendawa sdgkan org yg kena urut tu tak rasa pape pun..

aliaaroslan said...

huda ramlee - kita serupa. tapi nasib baik jenis yang tak simpan angin, kalau tak, sakit jugak badan ni.

DrSinga said...

sib baik keluar ikut atas!!!!!!!

aliaaroslan said...

DrSinga - kalau ikut bawah, konfem saya dah kne smack down!