Tuesday, December 7, 2010

mari mencuba

*rekaan sahaja*

abang la (selepas ini akan disebut abg la), ialah anak ke-3 dari 5 adik beradik. pada satu masa dahulu, dia mempunyai 4 isteri. nasib baik boleh kahwin sampai 4 sahaja. isteri pertama ialah kak nora. dengan kak nora dia ada seorang anak. anak kak nora panggil dia dengan mama. isteri kedua abg la ialan ana. sebab abg la ni hampeh, ana telah mintak dilepaskan dan berkahwin dengan awie. sekarang dah ada seoran anak pon. isteri ketiga abg la ialah kak syeena. sama kes dengan ana, so kak syeena bakal berkahwin dengan abg fahmy. kak syeena ada 2 orang anak, midah dan abg fairol. camne anak boleh tua dari emak, saya pon tak tahu. isteri keempat abg la ialah kak ally. diorang ada sorang anak, namanya abg ref. abg ref ni pon lagi tua dari mak dia.

abg la ni dia ada 2 orang abang, sorang adik lelaki dah seorang adik perempuan. abang sulung abg la namanya shimi. sekarang duk di johor. abang kedua abg la ialah abg zizan, yang berkahwin dengan kak zuri. anak mereka namanya azila. adik lelaki abg la namanya mizie, berkasih dengan aisyah. adik perempuan abg la ialah aliaa, merangkap adik bongsu. mula-mula aliaa ialah ada scandle dengan abg din, iaitu driver untuk family abg la, merangkap kawan baik bapak kepada abg la. tapi lepas tu dia bosan dengan abg din dan mencari kawan lain, namanya pakcik.

bapak abg la, bernama abg sham. abg sham ni kawin dengan mak abg la, namanya kak zalila. tapi lepas tu diorang kawin dengan orang lain. abg sham kawin dengan kak shikin dan kak zalila kahwin dengan suami dia sekarang (maaf lupa nama). kawan baik bapak abg la, iaitu abg din telah pon berkasih dengan orang lain skarang, bakal berkahwin juga tak lama lagi.

oleh kerana bosan dengan scandle2 abg la yang pelik lagi ajaib, maka aliaa pon membuat keputusan untuk mengambil 6 orang anak angkat. pertama namanya aisyah (yang berkasih dengan abg kepadal aliaa, mizie). yang kedua namanya shafa. yang ketiga namanya sali. yang keempat namanya izzati. yang kelima namanya apis aka fahrin ahmad. yang keenam namanya ain. anak-anak angkat aliaa ni semua nya suka nak berkasih sesama sendiri. shafa + apis, ain + sali. tapi lepas tu masing-masing cari pasangan sendiri. sekarang ain sudah kahwin dengan azim. oh, aliaa pon dah bercucu ok. cucu-cucunya bernama maizatul, dayang, tiqa, faiz dan nour serta zul.

jiran sebelah kanan rumah abg la ialah alyani dan fauzi. tapi lepas tu fauzi dah kawen dengan isteri dia sekarang tapi fauzi dan alyani remain good friends sampai sekarang. jiran sebelah kiri rumah abg la pulak ialah izzat dah shahrimi. masing-masing jugak dah ada kekasih lain jugak sekarang.

sekarang pulak, abg la ialah dah takde isteri lagi. ada kekasih poojaan hatinya sahaja. tiba-tiba, rahsia terbuka di mana abg la ada kembar seiras. yang membezakan diorang ialah saiz perut sahaja.

terlupa pulak yang abg la pernah ada bibik di rumah, sebab rumah abg la kan ramai gila orang. bibik bernama kak ejan, yang lepas tu ialah berkahwin dengan abg sumie, juga merupakan kawan baik bapak abg la dan abang ke-dua abg la, abg zizan, juga driver abg la, iaitu abg din.

ok, aku sendiri dah pening.

abaikan aje lah.

13 comments:

HLiza said...

Ko dah takde keje ke..pi le masak apa2 kat dapur tu..lepas tu pos ke Ipoh..naik juling akak baca post ni..

bujal X said...

naik sawan saya membacanya.he..

salam maal hijrah.

aliaaroslan said...

kak HLiza - tak sempat nak sampai ipoh, makanan dah basi. huhu..

aliaaroslan said...

bujal X - jangan sawan betul2 ye. main2 takpe.

salam maal hijrah untuk encik bujal X sekeluarga.

Huda Ramlee said...
This comment has been removed by the author.
Huda Ramlee said...

aku terpaksa buat peta minda tau nak pahamkan cerita ni.. tapi tak paham2 gak hihihi

h4ni3 said...

HLiza..
jgn suruh dia masak!!!
Tidak!!!!
nanti dia makan banyak2 lagi!
hehehe

aliaaroslan said...

Huda Ramlee - nanti banyak sangat arrow dari nama orang

aliaaroslan said...

drhanie - saya masak, pass kat jiran sebelah ataupon pakcik2 yang bawak anjing diorang main depan rumah nie. hahah..

Ribbon Clown said...

oh sgt pening..patut letak kuiz kat akhir entry..baru best sket..i.e. sape nama bapak tiri abangla? hehe

Momoe said...

klu wat drama, camni la yg bru bleh celen telenovela seberang haha.

2nd part bleh citer psl cucu2 aliaa lak.

aliaaroslan said...

akak ribbon clown - betul jugak tu. sapa dapat jawab, sila pegi belanja diri sendiri nescafe tarik. kan. sedapnya nescafe tarik.. eh..

aliaaroslan said...

momoe - masalahnya, cucu2 aku ni berkasih berkawin pon sampai aku lost track sapa kawin dengan sapa, sapa chenta sapa. boleh? haha..

kalau citer korea "East of Eden" sampai 56 episode, citer ni mesti la 57 episode. huahauhua