tapi, boleh pulak lupa nak bergambar bersama-sama jemputan. adui, belum tua lagi (eh, muda lagi ke?) dah jadi pelupa. hampeh betul aku ni..
DrNotts masak-bersilat-karate dengan jayanya!!! nasib baik tak lupa untuk snap gambar.
Resipi satay ayam (kajang style)
Ayam (boneless) - 18 ketul
Bahan marinate - serai + lengkuas + madu + kunyit
Kaedahnya:
- marinate ayam dengan bahan marinate. at least 3 jam. lagi lama lagi bagus.
- bakar dalam oven selama 1 jam (or sampai ayam masak)
Salted peanut - 1 bungkus (500g)
Serbuk cili - 1/2 sudu besar
Gula - 1 sudu
Garam secukup rasa
Air 2 cawan
Kaedahnya:
- Blend salted peanut. Tambah air sikit untuk memudahkan proses nak blend dalam blender.
- Masukkan blended peanut dalam periuk.
- letak atas dapur. pasang api sederhana
- masukkan serbuk cili dan gula
- kacau rata. masukkan garam jika perlu (rasa dulu sebab kacang tu dah bergaram)
- masukkan air. masak sehingga kacang tu masak sepenuhnya.
Resipe dan kaedah nasi himpit:
- basuh 1 cawan beras
- masak nasi macam biasa, letak air 3 kali ganda biasa. kalau pakai beras basmati, kene lebih lagi airnya. saya letak 4 1/2 cawan air
- siap sahaja masak nasi tu, terus tuangkan dalam bekas lain.
- tekankan nasi tu sampai takde ruang udara di antara nasi tu. nasi tu akan kembang macam bubur.
- tekan lagi untuk 5-7 minit.
- kemudian tutupkan (dengan plastik ke atau penutup). biarkan at least 2 hours. over night lagi bagus.
- potong-potong dan hidangkan.
dan, pembantu chef yang setia ... ke?
ok, nak sambung balik makan ayam nandos yang tak habis masa dinner tadi.
20 comments:
nampak sedap semua makanan...rasa lapar pulak dipagi hari macam ni..
salam singgah,
nasib baik sejuk-sejuk tak beku kuah mee rebus tu ye :)
kalauuulahhh saya dok dekat dekat situ... hu hu hu
mintak drnotts kirimkan sate ayam tu ke bangi, aci tak??
hehehe
siul~menyelerakan~~
sambal kacang apsal cerah sangat? pakai hazelnut kah?
mee rebus tu ..buat nafsu lapar kty membuak2 tau .
@ju - buat nescafe panas.. belasah bersama nasi lemak. pasti kenyang!
DrSam - Salam, terima kasih singgah. nasib baik jugak. kalau beku, masuk microwave aje. makan panas-panas baru slrrrppp..
maksu - boleh saya jemput maksu datang makan
drhanie - drnotts kata sila pegi restoran yus kat seksyen 4 tambahan bangi. lagi sedap dari samuri
bujal X - kerna pakai isalted peanut beli segera aje. tak beli kacang tanah mentah. adegan malas.
kakty - ape lagi, dengan pantas ke kedai makan berhampiran order mee rebus!!
wuaa tgk pown sedap. lapar pulak.hee. :) alia, saya da reply jawapan awak :)
alia, spageti udang tu nampak sedap giler.. pakai udang kecik2 lak tuh, sure rasa manis udang je.. nak bookmark tuk next week..hehe..
buat nasik impit sendiri eh?gigihnye uols!!!
kak ribbon clown - kat sini beli udang yang dah ready cooked dalam packet. nak cari yang fresh sungguh susah. dah try nanti masuk blog eh. nak terliur tengok sebab gambar2 akak memang menggiurkan aje makanan2 tu.
anastasheeka - saya sendiri tengok pon lapar balik ni. huhu~
kak mimah - sebab tak jumpa plastik yang seswai kak. ni baru jumpa. nak testing untuk next tetamu pulak. akak bila nak mai?
Aliaa: beli dkt Asda je rice cube tu.. berapa pence sajo... beli kotak warna purple.. satu kotak ada 4 kampit.. hehehe
kak mimah - orait, akan ku cari.. thanx for the info..
Post a Comment