pinjam gambar encik... |
apasal panggil budak selipar kuning? sebab dulu masa kat uitm, dia ada satu selipar kuning yang dia akan pakai pegi meeting or camping or kemana sahaja. even pegi PAS pon slumber dia pakai. masalahnya itu adalah selipar jamban. rupa lebih kurang macam gambar kat atas tu, tapi brand ape tak ingat. memang tahan lama gila slipar tu.
setiap kali pegi meeting, aku akan tukar kasut or selipar or ape2 la yang aku pakai dengan dia. even kalau aku pakai sandal tali2 yang style perempuan2 pon dia akan pakai. then aku akan pakai slipar kuning dia tu. alasannya ialah, kesian kat aku jalan jauh2. so kalau pakai slipar dia tu (dahla saiz 10 ke 11), macam selesa la, kaki aku boleh relek sepanjang meeting tu. nanti balik nak kne pakai balik kasut aku. macam la kasut aku tu tak best kan. padahal lagi best dari selipar kuning dia tu. alah, cakap aje ko nak try pakai kasut perempuan kan. hahaha!!
ni la budak yang selalu tunjal kepala aku setiap kali jumpa. tak kira tempat dan masa ok! dahla tinggi! boleh pulak merendah2kan aku yang sedia rendah ni. dia kata senang tunjal aku pasal takyah angkat tangan tinggi-tinggi. sengal!
rambut panjang. hampeh. tak bergaya pon. |
orang duk tengah program, ko sedap2 minum2 kan. |
konvo diploma |
dalam pada sibuk kerje n sambung belajar tu, tetap tak menghampakan kawan2 bila sekali sekala dia free dan turun KL. konfem akan jumpa. suka sangat belanja orang! oh, dia sangat suka apple crumble kat ZEN tu.
paling best, dia buat surprise masa join kitorang pegi naik gunung datuk..
ok, aku rindu kat ko jugak la shimie. semalam baru skype ucap happy birthday.
ko kalo kawen tak bagitau aku awal2, siap. aku ngadu kat bapak ko. ingat, aku tau no fon bapak ko ok! huahuahua (jahat gila ok!).
esok nak kutuk sapa pulak ni?
5 comments:
Rindu kat kengkawanlah tu..memang kengkawan masa belajar ni susah nak lupa..
Cop, Alia..akak lagi..terima kasih bagi tip besarkan gambar dlm blog tu..sukanay kita dpt dah adjust blog yg buruk tu..
ko boring eh kat sana?
takde kawan ek?
hehehhehe
kakHLiza - kawan yang bagus ada, yang kurang bagus pon ada. jadikan pengajaran. hehe..
nanti nak tengok la gambar2 besar kat blog akak!
drhanie - ada kawan. but friends forever susah nak cari :)
Post a Comment