Wednesday, December 15, 2010

dan lagi

student exchange dari upm, merangkap student DrNotts ialah pasang kemah kat rumah kitorang ni skali. maka, diorang pon bawak jugak bekalan untuk kitorang yang dikirim dari Latifah, aka semai, aka maisarah dan Manje aka mamat.

macam-macam kirim kan. paling best skali, bunga lawang n bunga cengkih 4 bungkus ok! pasal lagi sini, dia punya packaging, satu packet style macam nak masak untuk kenduri 500 orang. 5 tahun belum tentu habis. eh, yeke? ye kot.. rempah nasi briyani lagi, rempah kari ikan lagi, kuib tomyam lagi. serai bagai! maklumlah, serai kat sini 3 batang 1pound. nangis nak beli kalau nak buat satay secara berjaya.

so...

esok masak nasi goreng tomyam.
lusa masak meehoon tomyam.
tulat masak tomyam campur.
esok kepada tulat nak masak meatballs tomyam kah?

sebok aje kan nak cerita orang hantar macam-macam la. orang bawakkan macam-macam la. tapi sebab sangat best. nak jugak!!!

8 comments:

bujal X said...

sian kamu sekali sekala merasa masakan negara saya~he~~

h4ni3 said...

tomyam tu nanti, hirup kuah je tau!
;)))

Cik Lurpak said...

daun pandan? kesom? daun kunyit?

karl said...

tetamu datang bawak rahmat + makanan sekali :D

aliaaroslan said...

bujalX - kalau sedap saya tak kisah :)

aliaaroslan said...

drhanie - itu sudah mesti!

aliaaroslan said...

kak mimah - sini boleh cari.. hehe

aliaaroslan said...

karl - betul, alhamdulillah.