Wednesday, December 1, 2010

adjust

beli kat asda, garlic bread biasa aje. sampai rumah, adjust letak cheese atas dia sebelum dibakar. maka, terjadilah hasil seperti di bawah ini.


beli nenas dalam tin, dengan alasan malas mahu menyiang nenas biasa. boleh pulak tak perasa pegi ambil nenas yang chopped punya, bukan sliced. so comel-comel lah nenas dalam pajeri ku itu. slumber kan. 

ikan goreng tersebut ialah berspesis ALEVIN. salah satu spesis ikan kecil yang sangat famous di greece. mula-mula beli haritu terus goreng bagaikan menggoreng ikan masin, tanpa garam kunyit atau perisa tambahan yang lain. hasilnya kurang memuaskan kerna ikan menjadi lembik. maka kali ini ikan tersebut digoreng bersalutkan tepung beras, seperti mahu menggoreng pisang tanduk (plantain) sebelum ini. kali ini hasilnya lebih memuaskan, ianya ialah rangup bagaikan meratah ikan bilis.


oh ya, stok ikan bilis sudah habis. maka marilah kita request pada CikguLan untuk mengeposnya. nasib ada lagi stok sambal yang lama. simpan dalam freezer memang tahan lama, rasanya juga masih sama. 


daku agak musykil, kenapa kalo di malaya, kita beli ayam dan simpan dalam freezer, jika dimasak seminggu komdian, rasanya kurang sedap. jika di sini, walaupon dibuat stok berminggu dalam freezer, rasanya sama seperti ketika baru dibeli. ada sesiapa yang sudi menjawab persoalan ini? terimas diucapkan.

Resipi pajeri nenas:

Chopped pineapple - 1 tin (takpon sebiji nenas. sila siang nenas tersebut yar)
rempah kari - 2 sudu besar
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
gula 1 sudu
garam secukup rasa.
skimmed milk - 500ml, ataupon kelapa 1/2 tin dan tambah air 1 tin

Kaedahnya:
  1. panaskan periuk. masukkan sedikit minyak masak
  2. tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
  3. masukkan rempah kari. tumis sampai pecah minyak.
  4. masukkan skimmed milk / kepala dan gula
  5. tambah garam secukup rasa
  6. masukkan chopped pineapple
  7. tunggu hingga menggelegak dan nenas sudah lembut.

16 comments:

HLiza said...

Creativenya adik akak ni masak..kalau balik Malaysia nanti dok dgn akak jelah..hehe. Ipar akak kerja di sebuah kilang ayam. Dia jaga QC. Dia kata, depa kena inject sejenis ubat utk make sure ayam yg dah berbulan lamanya pun nampak putih dan segar..tap dari rasa kita bpleh tahu ayam tu dah lama. So moral of the story kalau kat sini akak takkan beli ayam kat supermarket..beli di Pasar tani atau pasar basah..yg dah mmg sure ayam tu tak diinjek apa2 ubat!

bujal X said...

lawatan balas!!!

*ayam di tempat kamu organik barangkali.ayam di malaysia biasalah,semua makan tahi.(maaf saya cakap kasar disini)

haha~

Dr Singa said...

cissss Bujal!!!
seminggu aku tak nak makan ayam!!!

attyfir said...

lapar perut ni..lom lunch lagi .tgk lak ikan bilis tu lagi ler terliur

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam aliaa,

cheese garlic bread tu nampak sedap, klu dpt makan sebelah alia laaagi sedap kan..nak cuba buat jap lagi..he..

sampaikan salam pd bonda aliaa ye, best baca blog dia..

en_me said...

sodappnyerr ..

DeLancrettLurpak said...

betol!!! kenapa ehhh??

aliaaroslan said...

kak HLiza - oo, patutla mak saya pon suka beli ayam pasar.. dijamin tiada perisa tambahan

aliaaroslan said...

bujal X - barangkali juga. tapi takde cap organik dilabel.

aliaaroslan said...

DrSinga - ikan fresh banyak Dr!

aliaaroslan said...

kakty - ape lagi, terus dengan pantas pegi cari!

aliaaroslan said...

kak damai impian d'bangi - salam saya dah sampaikan. ha, dah buat garlic cheese bread nanti bagitau rasanya!

aliaaroslan said...

en_me - memang! pajeri tu cicah roti laaaagi nangis.

aliaaroslan said...

kak mimah - seperti diulas encik bujal X rasanya.. takpe, kita makan aje kak. dah ala2 bosan, kita pegi pancing ikan kat kedai ikan.

Chooyaya! said...

ikan tu, kalo kaksu la kan... kaksu tumbukkan cili padi dengan bawang merah, bawang putih... tumiskan, pastu masuk air asam sikit and masukkan ikan tu n lastskali masukkan bawang besar bulat2. makan dengan telur goyang, kicap kipas udang merah. perghhh!!!!

aliaaroslan said...

kak su - next time nak try la. macam masam + pedas segala rasa suma ada.. best2..