Monday, November 15, 2010

UPSR?

minggu lepas keluar result upsr kan? teringat pulak zaman aku darjah 6 dulu, berapa tahun dulu daaa (tahun 1996). lepas exam upsr, masing-masing datang sekolah jugak, tapinyer asyik la main aje sepanjang hari kat sekolah tu. bawak card games la, board games la, brick game la. batu seremban dengan penutup botol pon ada jugak orang main lagi. slumber main dalam kelas. nasiblah kelas tu kecik, kalo tak memang kitorang belasah main getah sekali. kene tunggu time rehat baru boleh main getah.

so hari yang ditunggu telah tiba. pagi2 lagi kerani sekolah dengan guru besar dengan cikgu kelas aku dah pegi PPD, nak amek result kitorang. DrNotts & CikguLan dah sampai sekolah dah. tak lama lepas tu cikgu pon balik. terus kitorang semua masuk dalam dewan. dewan tu dengan dihias-hias pasal nak buat hari penyampaian hadiah. kitorang suma duduk kat lantai. menanti dengan sabar. cikgu baca nama sorang-sorang dengan result sekali. nama aku pulak last-last lah kan, pasal ikut alphabetical order. aku kana nama mula-mula SITI.

sampai turn nama aku, cikgu sebut "Siti Nur Aliaa Roslan - 4A" bla bl bla... terus aku bangun, pegi kat DrNotts - salam cium tangan, CikguLan - salam cium tangan. cikgu pulak cakap "amboi aliaa, mentang-mentang mak ayah awak sorang aje ada kat sini". yep, so semorang lain jeles pasal mak ayah diorang takdak. hihi..

lepas tu DrNotts aku ambil kek dari kereta, suruh aku bagi kat cikgu-cikgu. rupanya DrNotts & CikguLan dah tau result aku awal-awal lagi. pasal pagi-pagi tu mama n ayah aku dah pegi PPD siap-siap tengok.

tapi entry ni bukanla nak citer pasal aku dapat straight As dalam upsr aku. tapi nak citer pasal pemikiran orang zaman sekarang yang kebanyakannya berfikir yang, kalo masa ko upsr ko dapat semua A, nanti besar ko akan jadi doktor. kalo ko takde A, ko takkan jadi ape-ape. dah pandangan sesetengah orang terhadap berapa banyak A budak tu boleh dapat. macam mane pulak dengan budak yang masa trial upsr dia dapat 5C, pasal upsr betul dia dapat 5B? apakah budak-budak yang dah improve keputusan diorang tu, tak deserve untuk dapat sebarang kredit?

mengikut pengalaman dan pengamatan aku, even sekarang ko dapat upsr 5A, pmr 8A or 9A, pastu spm ko dapat 28A, tak menjanjikan ape-ape pon untuk masa depan ko. sebab ape? aku ada ramai kawan yang masa spm result meletup, lepas tu bila masuk uni tak boleh buat. last-last grad cukup-cukup makan. tapi yang dapat result spm average, bila masuk uni result meletup then kerje best-best dengan gaji best. ada jugak yang orang jenis naik-turun result dia sepanjang hidup.

aku sangat pelik dengan sistem yang diciptakan manusia ni di mana kalo ko result exam bagus, ko disanjung. kalo tak, ko akan dicap "tak mengenang budi" atau yang seangkatan dengannya. result tu pengukur segala-galanya ke?

aku punya result upsr memang la sangat hebat time tu. yelah, salah sorang yang dapat 4A dikalangan daripada 15 orang student lain dan jumlah student darjah 6 masa tu ialah 80++ orang, kira terel habis lah. tapi masa pmr aku tak dapat 9A pon. A-levels, aku tak dapat semua A pon. masa degree aku tak dapat 4flat pon. masa masters, aku tak dapat jadi best student pon. tapi mama n ayah aku tak pernah pon cakap "awak ni tak pandai la, awak ni kenapa tak dapat 4flat?". tapi sebaliknya, parents aku meraikan kejayaan aku yang berjaya improve dari masa ke semasa. aku sendiri yang nak improve diri sendiri. aku tengok DrNotts boleh siapkan PhD, anak ada 6 orang lagi. takkan aku ni yang single n available ni tokleh nak buat kan? tak ke tercabar tu? cara DrNotts aku ialah - usaha sehabis mungkin, dah improve for the better.

jangan hancurkan atau tundukkan semangat budak-budak kecik yang tengah nak membesar ni. sebab kadang-kadang kata-kata sindiran tu akan membawa kepada bende yang negatif. contohnya, kalau budak tu tak dipuji akan result yang dia dapat (even bukan semua A pon), dia akan fikir yang "aku ada tak menambah, takde tak mengurang". so mungkin budak tu fikir dia tak penting dan takkan buat ape2 untuk improve diri dia. so tanamkan semangat dalam diri diorang untuk berjaya di masa akan datang. untuk diri diorang sendiri dan keluarga.. puji lah diorang walaupon diorang naikkan grade dari C ke B. itu sebenarnya yang membuatkan diorang lebih menghargai diri sendiri lagi.

raikan kejayaan yang diperolehi sekarang. usaha lebih untuk masa depan.

p/s: berceramah macam pakar pulak. cisss

15 comments:

DeLancrettLurpak said...

ntahnya! tgk saya, dpt physics c6 tau.. hahahahaah..harapkan Add math aje A1.. yg lain hancussss..

aliaaroslan said...

kak mimah - malaysia punya education system ni terlalu exam-based. budak jadi tension.

Ms Haslina said...

sungguh2 betul tu alia...
untung alia dapat belajar dari puan Dr..
ceramah berdasarkan pengalaman...
tq for the sharing session..
;))

selamat beraya yea..

h4ni3 said...

wahh.. nasihat yg mantap! kata2 yg bernas!

theblabber said...

teringat sorang kawan masa nak PMR dulu. dia cakap, pukul 9 je, mak dia suruh naik atas belajar. Tp sian bila result keluar, BM dia pun B, yang lain-lain C.

Siankan kalau ada parents yang push anak2 nak study unknowing the ability of their children.

Nasib baik perempuan cantik cool!! haha

Shiema said...
This comment has been removed by the author.
Shiema said...

huahuahua....aliaa dah tambah lg satu kerjaya la....pakar motivasi!!!

en_me said...

salam aidiladha dr me yg jauh dimata.. chewahh

orang said...

"eh ko tau joyah anak si tipah dapat satu A je, tapi aku dengar anak sedara aku dapat semua A, sebab dia memang pandai, ko tau mak bapak dia bayar cikgu tuisyen je dah seribu sebulan sebab anak sedara aku dapat semua A"

aliaaroslan said...

kak has - lama tak dengar perkataan sharing session tu. dulu masa aliaa baru start kerje, selalu ada kan. boleh la kita berkenalan dengan staff2 baru kan.

orang berpengalaman ni kita kne korek suma info dari dia untuk pengajaran diri sendiri.

aliaaroslan said...

drhanie - trimas. just my 2 pence.. hehe

aliaaroslan said...

the blabber - perempuan cantik cool, DrNotts pon cool gila.

parents pon human being jugak. kadang-kadang underestimate dan overestimate. its a learning process for everybody.

aliaaroslan said...

kak shiema - taklah. just luahan perasaan aje. hihi

aliaaroslan said...

en_me - salam aidiladha jugak untuk encik me yang jauh diperantauan jugak..

aliaaroslan said...

orang - typical minded orang melayu. kejayaan dirai tapi peningkatan diabaikan..