rapikan di kala bosan..... ok, mula!
jangan kata orang yang berasal dari bandar ni tak berpegang pada adat dan budaya orang melayu / timur.
jangan kata orang yang berasal dari kawasan kampung tu sangat teguh pegangan ada dan budaya melayu / timur.
jangan underestimate atau overestimate orang.
apehal kan nak merapu bende pelik-pelik ni kan? saja nak kongsi cerita ceriti zaman muda mudi dulu. ok, sekarang pon aku muda jugak. huahuahua.
masa kat uitm, semester pertama. dapat duduk kolej anggerik. yup, salah satu kolej lama kat uitm shah alam tu. tapi hantu dia tak la sebanyak hantu kat kolej seroja or cempaka/kenangan (CK). apasal dapat duk kolej anggerik? pasal course aku kan under fakulti senibina, perancangan dan ukur (kata amek ukur tanah kan). tapi, department kitorang kat menara lama. nun jauh kat pintu depan uitm. kolej ni kat pintu belakang.
kat kolej anggerik ni, sebilik 4 orang. ada 2 katil double decker. bende yang aku paling suka pasal kolej ni ialah almari dia. pergh, terbaik ok! sangat besar. ditakdirkan aku dapat roomate yang 2 orang sama course, 1 orang tak sama course, akak tu amek penilaian hartanah. tapi diorang suma berasal dari pantai timur. sorang terengganu, sorang pahang dan sorang kelantan. cukup lengkap package ok! basically semua berasal dari kawasan pedalaman, bukan dari kawasan bandar.
nak dijadikan cerita, zaman aku dulu tu, kalo mintak loan ptptn, konfem dapat. dia tak tengok pun gaji mak ayah terlebih ke, terkurang ke. kalo ko amek degree, ko akan dapat RM3500 satu sem. kalo ko amek diploma, ko dapat RM2500 satu sem. zaman tu jugak, yuran RM350. 50 untuk satu sem (aku sangat ingat pasal aku akan bayar yuran skali masa uruskan student baru masuk untuk MMS). kolej pulak, free untuk student semester 1 & 2. bayangkan masa tu, dalam RM3500 untuk satu sem kira banyak sangat pasal dah duk kolej free, yurang berapa sangat, makan kat dewan makan pon free. tinggal duit ko nak beli buku, fotostat nota, dan ronggeng rokiah.
tapi, masalahnya, semua roomate aku ialah culture shock. tengok orang beli PC (zaman tu laptop sangatttt mahal), ko nak beli PC. tengok orang beli jeans levis' original, ko pon nak beli padahal seluar jeans dah ada 2-3 helai dalam almari, tak koyak pon lagi. tengok orang beli handphone, ko pon nak ada jugak. pulaknya taknak kalah ok, mesti handphone paling latest dikalangan semorang. yang dah ada handphone pulak tukar kepada yang paling mahal. hari sabtu keluar pegi KL pagi sampai malam, balik bawak barang banyak gila dan kebanyakannya ialah barang branded, meaning barang yang sama boleh dapat dengan harga yang lebih murah. awal minggu ni dapat duit ptptn, hujung minggu dah tinggal RM300 aje, macam tak berjimat pon. cane ko nak survive sampai hujung sem? ada lagi 2 bulan lebih tu. dahtu buku-buku suma takyah beli?
aku pulak yang jadi culture shock tengok diorang culture shock. eh, itu namanya culture shock ke?
diorang tak fikir ke pasal duit emergency ke ape eh? boleh pulak yang salah sorang roomate aku tu, emergency kene balik kampung pasal mak dia sakit. mane nak korek duit? akhirnya kne meminjam dari orang.
aku ni dibesarkan kat bandar. kajang kira bandar kan? pulaknya pernah duduk nottingham 3 tahun sebelum masuk uitm. tapi, aku takde pulak nak pegi beli seluar jeans baru sebab seluar jeans masih ada lagi, dan boleh dipakai lagi. tak pulak aku nak beli handphone baru sebab yang ada masa tu tak rosak pon. sebab aku berjimat ke? aku pon tak sure.
tapi, sebab aku terfikir jugak. mungkin diorang beli semua tu, sebab sebelum ni diorang tak pernah dapat bende tu dan mungkin jugak tak pernah diexpose kepada bende-bende tu semua. cuma yang aku tak faham tu, kaedah pembahagian duit diorang tu macam kurang bagus. kalo beli PC sebab nak buat assignment, memang boleh aje pegi guna PC kat computer lab kat fakulti. tapi maybe diorang memudahkan kerje kot. boleh buat assignment bila-bila masa, even sampai tengah malam pon. cuma part yang "kehendak" didahulukan daripada "keperluan" tu yang agak merunsingkan.
takpelah, kepada mereka yang meminjam duit aku tu, kalo teringat yang korang ada meminjam, bayar la. even lambat beberapa tahun pon aku tak kisah. tapi kalo terlupa, takpela. aku halalkan. mungkin korang lebih memerlukan.
memang betul, time kat university la kita akan belajar banyak bende pasal kehidupan. tapi biarlah bende yang kita belajar tu, reflect pada tindakan kita pada masa depan.
selingan : tapi aku kat uitm dulu, aku rasa itu time aku paling jahat skali. setakat panjat pagar CK dengan pagar tepi fakulti pengurusan hotel & pelancongan (hotcat) itu biasa - eh, itu adegan lain pulak, nanti komdiam aku citer. datang kelas tak pernah on time, kalo kelas pkl 8am, 8.15am atau lewat lagi baru sampai (abeslah kalo ada student yang baca blog aku ni) - tapi lecturer suma kenal aku tau (gila glamer?), sampai lecturer tak kuasa nak halau. besanya budak laki aje pakai slipar jamban pegi kelas kan, tapi aku join skali. orang lain naik court pakai baju kurung, aku slumber pakai tshirt aje. dah kata buat salah, baik tunjuk betul kan kesalahan tu. tapi bila masuk upm, jadi baik you all!kat sini, laagggiiii baik (eh, yeke?). aku banyak belajar dari kesilapan sendiri dan observation terhadap orang lain. improve diri from time to time. paling penting sekali, jangan tolak mentah-mentah pandangan atau pendapat orang. kutip semua skali, observe dan fikirkan. mane yang baik tu kita simpan dan amalkan. yang kurang baik tu jadikan peringatan..
p/s: abeslah, dah jadi macam blog penceramah bebas pulak. haritu dah jadi blog masak-masak dan makan-makan.
6 comments:
Aliaa dkt UiTM dkt faculty ukur tanah kan, kenal tak Dr Hamimah Adnan?
ye betul.. improve diri utk jadi yg lebih baik.. bukan sebaliknya =)
kak mimah - kat uitm shah alam, fakulti senibina, perancangan dan ukur. jabatan sains ukur dan geomatik. tapi tak kenal la Dr Hamimah. dia department ape?
drhanie - yup, definitely.
ntah la Aliaa. Dia amik quantitative surveyor dulu rasanya.. saja tanya. Dia makcik (sepupu abah) akak.. heheheh
owh, kalo QS tak sama macam land surveying. cuma fakulti aje sama. tapi saya tak kenal sangat lecturer yang sama fakulti, kecuali jabatan sama aje sebab kitorang punya jabatan jauh gila dari fakulti. macam anak tiri pulak. hehe..
Post a Comment