Thursday, November 18, 2010

16 Nov 2010 (Tuesday) - Aidil Adha

Aku ni memang la sengal. dulu kalau untuk confirmakn tarikh raya kat sini, masyarakat melayu kat sini memang akan ikut Mekah punya tarikh. boleh pulak, tak pernah-pernah dalam sejarah aku tanya kawan pakistan aku kat sini bila raya haji, minggu lepas aku pegi tanya dia. dia cakap hari rabu, 17 Nov. aku ni pon simpan la dalam memori kepala ni, raya hari rabu.

so dengan tenangnya semalam aku bangun pagi macam biasa. sambil breakfast tu online macam biasa. tetiba member-member malaysian (fb) kat sini semua ucap selamat hari raya, pastu citer pegi solat raya la, panaskan rendang la, nak pegi makan kat malaysian hall la. aku pon pelik lah. dengan pantas hantar text message kat kawan. confirm raya hari selasa, 16 Nov. pergh, ampeh betul aku ni!

nasib dah marinate ayam nandos malam sebelumnya. so cakap kat DrNotts, kita raya style western lah. hihi. tapi kalau kat malaysia pon, persiapan ala kadar jugak. cuma akan pegi tolong aktiviti menyembelih dan melapah daging aje. ziarah-ziarah sedara mara yang dekat. tak la semeriah masa raya puasa. tapi kalau tak salah aku, kalau negeri2 belah pantai timur, raya haji lagi meriah dari raya puasa. yeke? erm, aku pon tak sure dan tak pernah alami. cuma dengar cerita kawan-kawan aje. nanti kalau aku kawen dengan orang pantai timur, boleh la experience sendiri kan. apekah?

dah berjanji dengan Fazilah (Zie) untuk jemput dia di manchester airport. balik dari malaysia dan hantar ke bradford. dia balik cuti. ni datang balik untuk konvo masters, uni of bradford (congrats my friend!). dalam pukul 9.30am camtu aku dah bertolak ke manchester airport. perjalanan almost 2 hours. maklumlah, bawak dengan slow n steady pasal pagi tu keadaan agak frosty. nasib baik jalan tak licin cuma foggy aje. dah alang-alang nak pegi bradford tu, janji jugak nak jumpa kak E & abg halim sefamily. dulu abg halim buat masters di nottingham ni. so memang kitorang dah kenal lama. cuma kat malaysia tak jumpa-jumpa, pasal diorang duduk sarawak.

tak tunggu lama pon kat airport. zie sampai aje, terus kitorang bertolak ke bradford. cadangnya nak ronda-ronda bradford, meaning ambil gambar kat town centre dan borak-borak. tapi memang langkah kanan betul sebab orang bradford jemput datang makan sempena raya. dahla aku ni tak pakai baju kurung pon. slumber aje beraya pakai tshirt n jeans. zie pulak malas nak gosok baju kurung dia. so kitorang berduet la pakai sempoi untuk pegi beraya. kami ke rumah Kak Nur sekeluarga (yang buat PhD). sambil zie dah lalok akibat jetlag, kitorang masih lagi borak-borak sambil makan-makan..

kak nur yang kanan sekali

bersama geng bradford

food : nasi dagang, nasi bikhara, pulut berinti serunding, rendang, etc
kak E gerak dari london, sebab pegi buat passport Ayyash (baby kak E) so janji jumpa terus kat rumah kak Nur. kitorang ni makan dah berulang-ulang. hihihi. raya kan..

baby Ayyash : memang anak omputih. baik aje. tak nangis pon.

me, kak E (baby Ayyash) & Hani

bradford : zana, hani, zie & me

borak habis lah sesi melepas rindu dengan kak E. best betul. lepas dah borak-borak tu, terus bertolak balik ke Notts. gambar last tu memang nampak baackground gelap. tapi masa tu baru pukul 7pm lebih. now kat sini, pkul 4.30pm dah gelap. nak masuk winter lah katakan. hehe.

alhamdulillah selamat sampai rumah. dah dapat dah bekalan ubat DrNotts yang dibawak oleh Zie (thank you so much bebeh!). hopefully DrNotts boleh tido lena lepas ni. ha, pagi tadi pon dah pergi argos tukar lampu infrared DrNotts. boleh buat muscle therapy lepas ni.

14 comments:

DeLancrettLurpak said...

Jgn DrNotts jadik incredible hulk sudeh ye.. heheheh

Momoe said...

Hepi Aidil adha!

auntie dokter xsehat ke? get well soon ye. Muscle therapy yg power/free (kot?) bleh dpt kt Msia ngan abg Lah haha

Ms Haslina said...

selamat aidiladha sis...wah ngalah akak kat sini makan raya kat sinun...

akak layan spegetti goreng pagi raya..itulah kan gara2 tidak balik kg..

baby Ayyash sungguh sepadan dgn mama alia ni..
hikhik..gurau jea..

Mak Su said...

tersilap tarikh?! adoi.... tapi tetap meriah ek :D

orang said...

ko masak ape aliaa? nak gak tengok gambar...

aliaaroslan said...

kak mimah - oh, beliau sangat suka! dapat terus makan tu..

aliaaroslan said...

momoe - apparently mama dah tak percaya kat fisio2 ni. pasal dulu pegi fisio session, diorang letak hot patch aje. takde pon ajak fisio. ampeh. selamat hari raya utk tiqa n family jugak

aliaaroslan said...

kak has - ramai cakap baby ayyash dah macam rupa aliaa. hehe.

speghetti goreng di pagi raya, baru lain dari yang lain. hehe..

selamat hari raya kak. rindu la..

aliaaroslan said...

maksu - meriah makan!

aliaaroslan said...

orang - ayam nandos + potato bakar. nanti aku tepek gambar k..

h4ni3 said...

ada la jugak beraya.. ai kat sini, raya pun srupa tak raya punya.. huhuuhu

aliaaroslan said...

drhanie - ada dapat daging korban tak doc? kalo ada, kasi kari sama dia! sodap tu..

rashiD said...

mmm, zana tu classmate sekolah rendah dulu..
sedara ke kawan2...?

aliaaroslan said...

rashid - kira kategori kawan sebab dia kawan kepada kawan saya, zie. pusing-pusing jumpa balik kat sini kan..