Monday, August 26, 2013

Raya guest

Minggu lepas, lepas, kawan-kawan datang beraya. Ahad, 18 August to be exact.

Pagi-pagi lagi goreng mihun. Mother punya recipe. Mother letak perencah, aku tukang goreng dan kacau je. Then panaskan rendang dan goreng roti pratha.

Tetamu yang datang, Midah dan family. Midah ada 2 anak lelaki, Syawal dan Waraqah. 

Syawal seronok lepak tengok Phineas & Pherbs


waraqah ni main sorang-sorang pon jadi. bagus...


then atiqah (kiri sekali) dan ili (tudung pink) pon datang join. sebelah midah tu adik ipar midah, adik kepada muin (kanak sekali)

sakan kami berbual. lepas midah balik, atiqah dah ili lepak lagi. kami sambung borak-borak. then aku ajak diorang pergi ke open house rumah supervisor PhD aku. uhuk uhuk siap call suruh datang. Kalau dah siap PhD nanti kita cerita pasal supervisor aku ni eh. Ini second supervisor actually sebab first supervisor ialah Mother. eh? hehehe. Mother sila jangan merajuk nanti saya belanja ais kosong kat mapley.

Petang tu x-students datang beraya. Diorang ni batch yang aku mengajar masa aku baru masuk KLIUC dulu. diorang pon ada yang sebaya, muda 2-3 tahun dan ada yang tua dari aku. tapi baik-baik semuanya. thanks for coming you all. 



seronok tengok diorang makan. bersungguh-sungguh dan memang semua diorang makan, kuih raya pon diorang suka walaupon beli je. hehehe.. sementara tu atiqah dan ili dah pergi ke hospital Serdang untuk visit Maizatul.

lepas diorang balik, terus aku bersiap untuk ke wedding Kak Nora.

On the way tu singgah hospital Serdang dulu, lawat Maizatul. Dia kena operate buang gigi geraham dia yang akar gigi tu mencengkam urat dalam gusi dia, yang membuatkan sakit kepala dan demam on-off. Now dia dah ok.

Lepas tu barulah aku dan atiqah gerak ke shah alam...

0 comments: