Sunday, July 5, 2015

Homemade is the best right?

Jumaat malam, lepas berbuka, aku, mother dan Alim ke Bangi getaway. Motifnya nak cari dan beli baju melayu raya Alim. Tahun ni memang plan beli je baju kanak tu, sebab option pon dah banyak. Settle beli baju melayu dia, kami beli barang dapur kat Jaya grocer. Aku ala-ala teringin nak makan burger untuk sahur. So belilah roti burger dan sebagainya. Mother belanja you all. Dah tua-tua nak masuk umur 31 tahun pon mother belikan barang dapur lagi. Well, anak kesayangan kan. Eh? Hahahha.

Unjuran dari itu, sahur Sabtu pagi. Terhasillah...



Haishhh tengok gambar ni rasa lapar pulak. Eh....

Ok, sebab semalam celebrate berbuka puasa sekali dengan birthday Semai, kami pon masaklah nasi ayam bakar...


Ayam bakar, aku masak. Nasi putih dan rebus telur ialah kerja alim. Semai masak cili dan goreng cucur udang. Salad beli yang ready to eat je. 


Kenyang kauuu. Lepas tu oleh kerana nak celebrate birthday Semai dan mak buyung tersebut ialah tak boleh makan sebarangan kek, aku pon buatkan butter cupcake favourite dia. 


Lepas berbuka, kami ke KLIA2, jalan-jalan sambil cari dan beli kasut raya Alim. Nak new balance katanya. 

Seperti biasa Sofea kan manja dengan semorang. Penat semorang kejar dia, termasuklah grandma. 


Balik rumah, semua kepenatan. Tapi best!



0 comments: