Monday, July 20, 2015

Aliaa's Raya 2015

Hari raya ke-4 ni barulah sempat nak update cerita ceriti. Tapi hari-hari ada update di instagram. Kekonon busy sangat acik ni kan.

Persiapan raya besar besaran start Rabu minggu lepas. Aku start cuti hari Khamis, company kasi cuti perayaan start hari Khamis tu. Tapi by Rabu tu, masuk office sekejap lepas tu dah cabut keluar. Part of it sebab takde orang dah kat office. Student pon takde, so lecturers pon boleh lah start berkurangan.

Aku dengan officemate, Kak Siti, pergi ke pasar besar Cheras. Kat situ ada jual barang-barang untuk masak rendang yang bawang serai segalanya dan siap blend. Jumpa akak kedai tu lepas tu bagitau nak buat rendang berapa kilo, nak rendang biasa ke hot n spicy. Macam KFC pulak kan. Tapi akak tu memang sporting habislah. So aku beli lah set bawang, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan cili yang dah siap blend untuk masak rendang campur - daging + paru + limpa untuk 6kg, set untuk masak rendang ayam 3 ekor, dan set untuk buat kuah kacang. Kat kedai akak tu jugak ada jual barang-barang untuk masak hari raya - kerisik, daun kunyit, kacang tumbuk, etc etc. yang barang dah siap blend tu, akak tu jual RM2 untuk 100g. Aku tak kisahlah, janji semua dah siap, tinggal nak masak aje. Maklumlah tenaga kerja wanita dua-dua mengandung pastu dua-dua tak dapat tolong masa nak masak rendang, aku ngan mother berdua je.

Balik dari pasar tu terus pergi kedai kat Bangi seksyen 7, something something Nada nama kedai dia. Aku dah order daging minggu sebelumnya. So tinggal ambil je. Aku order daging batang pinang, paru dan limpa dan ayam kampong. Minta semua nya untuk dipotong saiz rendang tapi limpa nya orang tu terlupa nak potong. Nasib baik pisau kat rumah aku dah asah baek punya.

Planning asalnya nak masak rendang hari Khamis. Tapi aku sampai je kat rumah mother balik dari ambil barang-barang tu, mother ajak masak terus. So, by the time Rabu petang tu, dah siap rendang kami. Tadaaa...

2 row kat atas yang warna gelap tu rendang campur, barisan bawah rendang ayam kampung.
Oleh kerana Rabu tu dah siap major preparation (masak rendang), hari Khamis tu kami dah releks. Aku dah suruh maisarah beli ketupat nasi dan ketupat palas yang dah siap masak kat warta bangi, dan dia akan bawak lemang yang dia order dari pakcik saudara zul (business geng x-cammandor Malaysia). So, tepat pukul 10am, aku dan mother pon keluar ke Bangi. Kami ke PKNS Bangi. Mother nak carik lapik meja. lapik meja dapat yang terpaling canggih you all. Aku pon sama naik beli cushion dan lapik meja plastik, nak gantikan yang lama kat rumah tu dah koyak. Aku beli plain cushion je sebab nak masukkan dalam sarung cushion yang aku beli kat Krabi haritu.

Aku kan dah stok makcik makcik. Pergi mana-mana, beli hiasan rumah je. Hahahaha.

Anyway, ni lah hasil rumah aku...

warna tetap boring. hahaha

lapik meja bergambar tu ialah asalnya selendang. Aku beli dari mamat. kata nak kreatif. hahaha

Mother pulak beli lapik meja tercanggih di abad ini...


siap beli lapik plastik, takut kena kuah rendang you all


dan beli cup holder ni. ni dah last stock. kalau ada stok lagi konfrom aku pon beli satu set gak



Last ramadhan, kami berbuka puasa semua orang. Habiskan lauk-pauk yang ada dan rasa sikit rendang yang dan masak semalamnya. Malam raya kami lepak kat rumah. Sapu, mop dan bersihkan rumah. Simpan semua barang-barang dalam bilik. Seperti biasa, sebab orang pon dah berkurangan kat kawasan rumah aku ni, aku pon tidurlah rumah mother malam raya. Nasib baik rumah kami sejauh 200 langkah aje. Hahaha...

Pagi raya, kami masak kuah lodeh dan kuah kacang lepas subuh. Settle masak semua dah hidang, aku pon balik rumah aku. Mandi, bersiap semua dan balik kampung (rumah mother yang jauh sangat tu). Baju raya beli kat Jumana jubahonline.com. Beli yang penghabisan stok punya, tapi berjaya membuatkan aku nampa kurus sikit. Huahuahuaaaa.. Tudung pulak beli kat bokkitta hijab. Masa beli tudung tak bawak pon jubahnya. Main agak-agak je. Nasib baik matching. Ewah gituuuu.



Bila geng lelaki dah balik dari masjid, kami pon bersalam raya... 





mamat bagi aku duit raya lagi tahun ni



sesi nak pujuk kasi sofea duit raya tapi tak laku sebab dia dah dapat high 5 kat youtube



 Lepas tu ape lagi, makanlah!!!! Makan ulang-ulang sampai penuh perut. hahahaha... Lepas tu kami tengok tv drama hari raya. lepas tu makan lagi. Ada yang rehat tidur, etc etc...

Lepas zuhur dan solat jumaat, kami pergi DPulze kat Cyberjaya. Makan boat noodle!!!!! Aku dan Vivy Yusof memang thinking alike lah!!!







Oh by the way, kat boat noodle tu, mamat dan alim makan sorang 10 mangkuk chicken ball. 1 mangkuk ada 2 cucuk chicken ball. bayangkan berapa banyak diorang makan? Aku dengan mother makan sorang 4 mangkuk je boat noodle, walaupon perut dah berisi makanan raya. hahahaha. craving kauuuu sebulan tak makan.

Lepas tu terus balik rumah, family ucu datang beraya. Ucu ialah adik mama yang bongsu.



Borak sakan kami semua. By the time maghrib, diorang pon balik. Lepas maghrib kami ke Mines. Tengok wayang cerita AntMan.


Tetiba tengok gambar adik-adik aku kat atas ni, dah bujang dah. Esok lusa dah boleh lah dua-dua ni kahwin. Anyway, aku tengok Antman sambil tersengguk. Tak berapa best lah Marvel kali ni.

Esok nya, raya ke-2, barulah kami berjalan raya Kajang.

Itulah raya kami so far... Nanti aku cerita lagi ok.

2 comments:

@ju said...

santekk pulak kat sliding door tu tampal wallpaper ey? best jugak idea tu....mana nak cari tu? Kaison ke?

aliaaroslan said...

@@ju ini pasang tinted film. 2 lapis, 1 yang ada corak dan 1 lagi yang plain. So orang luar tak nampak kita kat dalam..