dua - pasal perjalanan nottingham ke hull port dan P&O ferries
tiga - pasal mini cruise
empat - pasal bruges town
final entry untuk siri jelajah melawat rakyat 4. pergh, feeling-feeling princess ok. ape kau ingat kau tu darah keturunan diraja england ni aliaa?
selingan :
tiba-tiba teringat dialog yang selalu diulang tayang kalau borak dengan izzat:
aku - weh, ko jangan main-main dengan sumpahan aku tau. aku ni berdaulat.
izzat - itu bukan berdaulat. itu puaka.
ya, memang ayat keji ok. dah habis selingan.
kami tiba di hull port pukul 7.30am waktu UK. kami memang dah ready awal-awal. bila pekerja announce untuk orang yang bawak kereta untuk pergi ke kereta masing-masing, kami pon keluar dari cabin. standby keluar siap-siap. karang jadi peserta terakhir lagi pulak. kalau terleka sikit, ada jugak adegan lepak dalam cabin, pergi lagi skali bruges kan. ish.
ada la jugak orang lain yang dah tunggu siap-siap nak keluar. tapi pintu keluar tak dibuka lagi. pekerja pon takde yang standby kat pintu keluar masuk tu lagi. so kami bajet mesti lambat lagi boleh keluar. so lepak dulu kat lobby yang tak berapa besar tu, dan tengok-tengok ape yang patut.
DrNotts kata, gambar wajib aku ialah gambar aku tengah baca map / papan kenyataan / tour guide. well, aku kan biro perancangan program dan menguruskan semua hal ehwal booking membooking, beli-membeli, daftar mendaftar, passport mempassport, susun itenary, print out booking confirmation segala. memang pon salah satu hobi saya ialah membaca. tapi baca magezine hiburan aje. huahuahua.. anyway...
baca |
stop kejap pusing belakang, DrNotts nak ambil gambar |
sambung lagi baca |
stop lagi sebab ada peminat nak ambil gambar |
gambar ni nak tunjuk yang bapak dia ialah main-main dengan anak perempuan dia untuk mengelakkan anak dia bosan. |
budak jeket pink tu la. comel. |
keluar dari cruise, terus beratur nak go through UK border yang tersangattt femes dengan tahap kestrictkan nye yang tinggi tahap dewa.
settle UK border, terus kami keluar menuju ke kereta. cuaca sama aje 1 darjah tapi takla sesejuk macam kat bruges.
babai |
tak sure apebende ni |
kami tak singgah pon kat humber dock tu sebab hujan renyai-renyai manja dan sejuk. so decide untuk pergi ke salah satu mall (kecik aje pon) dan breakfast kat sana.
masuk JJB sport kat dalam mall tu untuk beli mouth guard untuk Manje sebab dia punya mouth guard yang dia guna untuk main rugby dah hancusss.. kau kunyah ke mouth guard tu Manje oiiii..
nama pon JJB sport, haruslah kedai sukan kan. tapi pasang lagu justin beiber. apekah??? stress ok.. masa nak bayar:
cashier kacak laksana berkuku pendek : do you know this song? it's justin beiber you know..
(aku tak tau pon yang keudara tu lagu justin beiber)
aku : owh. really?
cashier kacak laksana berkuku pendek : yeah. don't you like him?
aku : no, not really (honest gila)..
ok, apasal cashier tersebut ialah tau itu lagu justin beiber dan aku tak tau? nampak sangat hari-hari duk pasang lagu tu dalam kedai. tapi takpelah. sebab dia kacak laksana, aku suka tengok dia. jangan kufur nikmat tuhan. ehhh...
settle jalan-jalan, kami pon decide untuk balik ke rumah.
ha, ni salah satu gambar wajib aku, iaitu gambar aku nak bayar teket parking kereta.
ada ke yang tertanya-tanya, takde ke gambar lompat kali ni? jawapannya : ada. tapi tak upload. sebab karang ada pulak yang kata "lecturer mana la ni duk terlompat-lompat".
anyway, kami sampai rumah dalam pukul 2pm camtu. basuh baju segala. kemas-kemas ape yang patut..
botak rasa seronok sebab dah ponteng sekolah 3 hari.
sengih rasa tensi sebab homework banyak gila walaupon college dia cuti seminggu.
DrNotts sangat gumbira sebab akhirnya mencapai impian untuk naik cruise dan pergi belgium.
aku? alhamdulillah sebab semua urusan dipermudahkan.
4 comments:
wehh.. kalau buat dikir barat pun ok gak tu
terus boleh promote malaysia
kihkihkih
anjing2 kat airport tu comel kan? haha. kem salam auntie.lama tak dgr berita :)
drhanie - ok jugak tu promote malaysia. tapi diorang ni memang jenis suka membaca. even duduk depan pintu nak tunggu keluar pon, siap baca buku lagi sambil bersila.
theblabber - tak berapa nak comel lah. dahla ganas macam baru keluar cage. huhu..
saya dah sampaikan salam kat mama..
Post a Comment