Monday, March 14, 2011

melawat rakyat 5 : road trip : day 2

hari ke-2 kami, awal-awal lagi dah bangun. siap-siap breakfast dan bawak bekal air dan roti. just in case ada watak nak makan tengah2 jalan, etc (widad dan alim la tu). plan untuk hari ke-2 ialah nak round kota London. sebab kereta pon tak berapa nak ok kalau bawak masuk dalam bandar, so kami decide untuk naik underground sahaja.

tak semua travelodge di london (or tempat lain) ada carpakr sendiri. kebanyakan travelodge kat london kne bayar parking).
lepas dah dapatkan info dari receptionist kacak kat travelodge tu, kami dapat 2 option. sama ada nak naik bas dan turun kat station yang ada underground, ataupon jalan kaki sahaja ke station underground tu.


mula-mula kami tunggu bas dulu. bila bas sampai, kami tanya fees. driver kata kne bayar GBP2.20 sorang (termasuk alim). so kami cancel sahaja. kami jalan kaki lebih kurang 20 minit (dengan gaya lenggang mak limah) dan sampai ke station underground tu. sangat tak berbaloi nak kne bayar GBP8.80 untuk naik bas 5 minit kan. baik jalan kaki, pagi2 dah training.






sampai kat underground station, terus beli  1 day pass. total untuk kami berempat ialah GBP20.00 (2 adult, 2 kids - orang kaunter tu suruh beli kids untuk widad so kami jimat kat situ).










konsep naik underground ni lebih kurang sama macam LRT ke, komuter ke, start kat malaysia. tapi route dia laaaagggiiii banyak gila. so kne merancang perjalanan. pitstop pertama kami ialah trafalgar square. ambil gambar sampai beku. oh ya, cuaca sangat tidak menyebelahi kami. 2 darjah? apekah?




lepas tu terus kami ke oxford street yang famous habis tu. tak de pon nak shopping. jalan dan beli souvenir aje. cuma bag primark kat sini ada tulis "PRIMARK OXFORT St". primark tempat lain takde pon tulis tempat. cis, glamer.



jalan punya jalan, kami nak stop untuk lunch. ada terjumpa satu kedai kebab halal. tapi sebab takmau makan kebab dah. ala2 muak dah. so kami jalan lagi. jumpa satu kedai sushi yang sangat interesting. boleh beli takeaway ataupon makan situ. siap ada hot food lagi. kami tapau skali untuk dinner since sangat best sushi kat situ.

nasi goreng sayur dan seafood mee

set ni baru GBP5.00. murah gila. sedap dan fresh.
lepas lunch, kami jalan lagi. terus ke hyde park. tengok ada orang berpicket la. banyak burung la. orang kejar burung la.



next destination, nak ke big ben dan kawan-kawannya. ada pulak line underground yang tutup. untuk engineering work katanya. iye ke? apekejadahnya nak buat engineering work dikala hari sabtu yang ramai orang ni. napa kau tak buat hari weekdays aje. hampeh. kne ikut route lain pulak nak situ. dan, tinggal lagi satu stop aje nak sampai kat bigben, boleh pulak train yang depan train kitorang terberhenti tak berjalan. so train kitorang kne patah balik ke station sebelumnya. apekah? kami kne cari route lain lagi. terpusing2 lepak dalam underground saja.


akhirnya sampai jugak. boleh jugak nampak london eye dari sini. houses of parliament pon tergolong dalam adik bradik big ben jugak.






last destination ialah london bridge. siap beli kacang lagi.





saja jalan-jalan before balik ke travelodge. jumpa pulak kedai jual bagels panas. wajib beli ok! sapu cheese spread, layan.





lepas dari tu kami terus balik ke travelodge. sampai kat station yang hampir dengan travelodge tu, kami beli doner kebab jugak. tambahan menu untuk dinner. then kami jalan kaki balik travelodge. jarak lebih kurang 2km camtu. terel tau mama jalan. jauh tu. kami yang muda beli (ye ke?) risau mama tak larat.

sampai travelodge, terus on kan korean variety show dan makan dinner. sedapppp!

mix sushi - sushi rice mix dengan tuna mayo + crab mayo + salad + salmon + etc. sedap!
best round london!

memang berbaloi naik underground. boleh sampai ke semua tempat-tempat yang menarik kat london tu dengan naik underground aje. takyah fikir nak parking kat mana, parking mane yang murah (sebab kat london ni semua tempat perking mahal gila), berapa jam nak parking, nak kne jalan jauh pulak dari tempat parking ke tempat yang nak tengok, etc. kebanyakan underground service sampai 12.00pm. round sampai tak larat pon takpe.

11 comments:

h4ni3 said...

bestnyaaaa

nak jadi kakak angkat korang la camni.. bole?
hahahha



psst.. cayalah drnotts!! :)

DeLancrettLurpak said...

apakah kamu nampak sgt kurus? tidak makankah wahai adik Aliaa?


saya tak pernah bergambar di london bridge, walaupun lalu banyak kali, hehehe.. ye, saya pemalas ambik gambar, hehehe

Melissa Imran said...

Kak Mimah,

saya pon begitu. dok kat london tu dah take for granted, berlagak dek sebab hari2 lalu malas nk amek gambar. balik Malaysia, sekeping pon tade hahaha

Aliaa: kat Edgware road, byk kedai halal. Dekat2 dgn Hilton tu. Paddington pon ada kedai ayam goreng underground sedap (nie jaman-jaman saya kat sana 5 tahun yang lalu huhu)

HLiza said...

Nak join Dr Hani gak..boleh tak Dr Not ambil akak jadi anak angkat..waa..nak jalan!!! Sushi kat oversea mesti sedap giler sebab salmonnya fresh..kat sini semua dari frozen salmon..

HLiza said...

Nak komplen..nape ko tempek muka budak Widad tu dik..ish ish..akak pun biasa buat cam tu kat adik2 tapi Alia buat nampak sadis!

aliaaroslan said...

drhanie - boleh2. nanti kita ronda2 londang. eh, londang tu kat melaka kan? hehe

aliaaroslan said...

kak mimah - takde kurusnye kak mimah. asyik makannnn aje. blame the coldness in nottingham. muka bulat tu.

saya suka ambil gambar dan lagi suka kalau ada orang ambilkan gambar saya. hahaha

aliaaroslan said...

farah - memang tau kat edgware to banyak kedai halal tapi kami tak ke situ pasal line underground ke situ tutup. kalau ikut line lain, kne lalu jauh jugak. makan kat wasabi tu sedappppp!

aliaaroslan said...

kak liza - sushi kedai wasabi ni memang fresh gila. yang kedai hari sebelumnya tu kurang fresh. sini pon salmon import dan frozen jugak. cuma harganya lebih murah banding kat malaysia. tapi kalau makan sushi kat sushi king, memang fresh.

boleh hantar proposal kat drnotts. tapi so far mama nak cari menantu lelaki untuk anak sulung beliau. eh...

aliaaroslan said...

kak liza - itu semua lakonan semata2. tak tempek pon. letak tangan aje. tapi muka dia tu kan over acting. hehehe..

wakgelas said...

wak pon kepingin mau pegi london jugakkk... eeeeE wak dh datang niii nk komen komennnn...