Thursday, March 10, 2011

peminat

aku rasa ramai blogger yang memang kipas-susah-mati Maher Zain. aku ni, nak kata minat sangat tu tak. tak minat pon tak. aku rasa dia salah sorang pemberi nafas baru dalam industri nasyid-nasyid ni. lagu-lagu dia aku boleh layan.

cuma, kadang-kadang aku terfikir, kenapa bila dia nyanyi nasyid, guna bahasa inggeris, tambah dengan muka kacak (sebab putih dan berhidung mancung kah?), dia sangat diminati ramai?

aku rasa, ramai lagi artis nasyid tempatan (malaysia) yang muka kacak jugak. suara pon sedap. ada jugak yang nyanyi nasyid dalam bahasa inggeris. tapi diorang tak mandapat sambutan sehebat sambutan yang diberikan kepada Maher Zain. ape faktor orang negara sendiri diperlakukan begitu?

bagi aku, Raihan and Rabbani are the best. Mirwana pon tak kurang hebat.

6 comments:

ajujua said...

Ya...Raihan memang tetap yang terbaik..Fenomena...

Naz IzaRd said...

salam aliaa,
nk bg pendapat sket drpd org yg xtau apa2 psl muzik ni...hehehe..

rasanya kenapa maher zain lebih mendapat sambutan drpd artis nasyid m`sia adalah disbbkan lirik n lagunya yg menarik. mcm lagu nasyid m`sia,apa yg abg perasan,rentak lagu dia mcm sama je dr zaman dulu...tambahan pulak artis nasyid m`sia mcm kurangla nk wat lagu dlm bahasa inggeris...but satu lagu nasyid bahasa inggeris yg masih melekat dlm kepala smpai skrg ialah lagu THANK U ALLAH dr RAIHAN...

n abg setuju yg raihan n rabbani are the best...+ in-team yg cuba bg nafas baru dlm lagu nasyid ni...

sekian pendapat saya...ahakssss

aliaaroslan said...

ajujua - of course. diorang macam pioneer dunia nasyid malaysia. hehe..

aliaaroslan said...

naz izard - aliaa pon suka inteam jugak :)

memang maher zain punya lirik n lagu menarik. aliaa rasa artis malaysia patut ambil contoh tauladan dari cara marketing maher zain dan cuba untuk naikkan industri nasyid negara kita kan..

sejak banyak lagu nasyid dalam bahasa inggeris ni, berdoa pon nak speaking. hihi..

p/s: welcome to the blogger world abg!

Peminat Katie Holmes said...

satu ketika dulu. semua lagu nasyid aku hafal.tapi tulah, satu ketika dahulu.

aliaaroslan said...

pemiat katie holmes - aku pon sama. satu ketika dulu, jangan kata raihan, dengan aljawaheer pon aku hafal. hehe