Thursday, March 3, 2011

melawat rakyat 4 : belgium : bruges town

hari ke-2 bruges minicruise, kami berlabuh di zeebrugge port lebih kurang jam 7.30am waktu tempatan (kene tambah sejam dari waktu UK). masa tu kami dah bersiap-siap. tunggu announcement untuk keluar sahaja. lama jugak kami tunggu. tapi announcement takde pon suruh keluar. akhirnya kami keluar juga dan tanya pada orang yang bertugas kat dalam cruise tu. dia kata "its time to go".

kami keluar aje dari cabin, rupanya kami peserta terakhir yang keluar dari cruise. sampai di immigration, terus pegawai tu kata "wah, malaysia". agaknya jarang orang malaysia datang belgium ikut laut kot.

lepas dah cop cop, terus jalan laju-laju ke tempat bas. kami peserta terakhir naik bas. pergh, nasib baik sempat. kalau tak, kau jalan la kaki ke town tu.

naik bas dalam 30 minit aje, dah sampai bruges town. terus turun dari bas dan kami ikut aje orang ramai yang jalan menuju ke town square. pasal kami pon takde peta dan malas nak beli sebab bruges tu kecik aje. pusing-pusing sampai balik point yang sama.

minniwaterpark
oleh kerana agak awal jugak sampai, kami cari breakfast dulu.. pukul 9am, banyak kedai masih tak bukak lagi.  waffle ialah desert yang paling famous di belgium.


pengsan tengok pastry

breakfast makan waffle ok!

motif gambar ialah nak fokus kepada sefamily bertiga belakang itu. diorang sama cruise dengan kitorang. anak bawak mak pak jalan.

kopi secawan dulu.
lepas breakfast kami terus jalan-jalan. jumpa kedai best, kami masuk. jumpa tempat best, kami stop ambil gambar. jumpa post office, kami masuk hantar poskad untuk diri sendiri. 



town square dia. semua square di UK dan europe ialah lebih kurang sama aje. belakang tu orang beratur nak naik kereta kuda.



bruges tak besar mana pon.
 

macam di amsterdam (dan mungkin kebanyakan negara europe), orang local dia suka naik basikal.


cuaca ialah 1 darjah tapi matahari cemerlang. angin sejuk gila.

pelancong kan



penat berjalan, kami berhenti lunch di salah satu fastfood kat town dia. nama dia QUIK. macam mc donald tapi brand europe kot. 

dega pogoshiposso unni & oppa

aku suka yang ni, tomato and cheese toastie
oleh kerana town dia kecik aje, so takde lah tour bus. tapi ada tour horse carriage. bayar 36euro untuk setengah jam tour. tapi rasa macam tak berbaloi sebab kalau jalan kaki, 2 jam dah habis dan boleh masuk celah-celah lorong dan jalan dan bangunan.


kat bruges banyak pokok camtu. kenapa entah.



lepas lunch, kami jalan lagi. beli souvenir dan jamu mata tengok coklat kat tingkap kedai. last sekali masuk jugak kedai coklat beli sikit untuk rasa-rasa. karang orang kata "kau pegi belgium apasal tak beli coklat". maka aku pon beli la...

then kami terus jalan balik ke tempat tunggu bas. sementara tunggu bas sampai, ambil gambar lagi, jalan-jalan, ambil gambar lagi, bla bla bla.





akhirnya bas pon sampai. kami beratur nak naik bas. ramai rupanya orang naik cruise tu.

samapi di zeebrugge port, aku masih dalam bus, lain-lain dah keluar.

kanak kanak penat berjalan kah?
eh, ada lagi pulak gambar masa jalan-jalan daaaaa..




salah satu sumber elektrik.
lepas dah check in di kaunter, dapat boarding pass, terus jalan nak masuk ke dalam cruise. mestilah kene lalu balik kat imegresen belgium lagi sekali untuk cop keluar. eh, jumpa lagi pegawai yang sama masa kami cop in pagi tu. nampak aje aku, terus pegawai tu kata "yes, malaysia. do you have fun in bruges?". aku pon jawab "yes. lots of chocolate". sambil dia cop passport kitorang tu, dia cakap "if you buy chocolate, don't eat all of them at once ok?" sambil senyum.

aku suka pegi belgium sebab diorang tau ada negara nama malaysia.

lepas cop cop terus kami masuk cruise. letak barang di cabin. kurangkan amount jacket yang pakai dan terus ronda-ronda dalam cruise tu. seperti biasa, harus dinner kat cafe dan lepak sampai cruise tu start berlayar balik pulang ke hull port.

2 comments:

afendi ariff said...

belgium?
lawat guna google earth je la aku ni....

aliaaroslan said...

afendi ariff - boleh imagine berada dalam dunia coklat. saya feeling pelakon utama charlie and the chocolate factory (sendiri perasan)