Friday, March 4, 2011

melawat rakyat 4 : belgium : last day

satu - pasal chocolate
dua - pasal perjalanan nottingham ke hull port dan P&O ferries
tiga - pasal mini cruise
empat - pasal bruges town

final entry untuk siri jelajah melawat rakyat 4. pergh, feeling-feeling princess ok. ape kau ingat kau tu darah keturunan diraja england ni aliaa?

selingan :

tiba-tiba teringat dialog yang selalu diulang tayang kalau borak dengan izzat:

aku - weh, ko jangan main-main dengan sumpahan aku tau. aku ni berdaulat.
izzat - itu bukan berdaulat. itu puaka.

ya, memang ayat keji ok. dah habis selingan.


kami tiba di hull port pukul 7.30am waktu UK. kami memang dah ready awal-awal. bila pekerja announce untuk orang yang bawak kereta untuk pergi ke kereta masing-masing, kami pon keluar dari cabin. standby keluar siap-siap. karang jadi peserta terakhir lagi pulak. kalau terleka sikit, ada jugak adegan lepak dalam cabin, pergi lagi skali bruges kan. ish.

ada la jugak orang lain yang dah tunggu siap-siap nak keluar. tapi pintu keluar tak dibuka lagi. pekerja pon takde yang standby kat pintu keluar masuk tu lagi. so kami bajet mesti lambat lagi boleh keluar. so lepak dulu kat lobby yang tak berapa besar tu, dan tengok-tengok ape yang patut.



DrNotts kata, gambar wajib aku ialah gambar aku tengah baca map / papan kenyataan / tour guide. well, aku kan biro perancangan program dan menguruskan semua hal ehwal booking membooking, beli-membeli, daftar mendaftar, passport mempassport, susun itenary, print out booking confirmation segala. memang pon salah satu hobi saya ialah membaca. tapi baca magezine hiburan aje. huahuahua.. anyway...

baca

stop kejap pusing belakang, DrNotts nak ambil gambar

sambung lagi baca

stop lagi sebab ada peminat nak ambil gambar
lama gila kitorang tunggu. nak sejam jugak. tapi pintu tak dibuka lagi. tetiba ada announcement kata ada sedikit masalah. so kami pon join orang lain bersila sama atas lantai. ada jugak yang gigih berdiri. nasib baik tak buat dikir barat. 



gambar ni nak tunjuk yang bapak dia ialah main-main dengan anak perempuan dia untuk mengelakkan anak dia bosan.

budak jeket pink tu la. comel.
lepas sejam lebih tunggu, barulah pintu dibuka dan kami boleh keluar. tapi sebab malas nak rebut-rebut, kami biar orang lain keluar dulu. tetiba ada pulak sorang polis wanita masuk ke dalam cruise bawak anjing. ada orang tanya, kenapa bawak anjing masuk. ada ape-ape masalah ke. then polis tu cakap, takdelah. just nak suruh anjing tu prektis. tapi, kami saspek, mesti ada kes. sebab, kalau tak, knapa kitorang kne tunggu lama gila nak keluar dari cruise kan.


keluar dari cruise, terus beratur nak go through UK border yang tersangattt femes dengan tahap kestrictkan nye yang tinggi tahap dewa. 


settle UK border, terus kami keluar menuju ke kereta.  cuaca sama aje 1 darjah tapi takla sesejuk macam kat bruges.

babai
 lepas tu kami terus ke hull town untuk breakfast.

tak sure apebende ni



kami tak singgah pon kat humber dock tu sebab hujan renyai-renyai manja dan sejuk. so decide untuk pergi ke salah satu mall (kecik aje pon) dan breakfast kat sana. 



masuk JJB sport kat dalam mall tu untuk beli mouth guard untuk Manje sebab dia punya mouth guard yang dia guna untuk main rugby dah hancusss.. kau kunyah ke mouth guard tu Manje oiiii..

nama pon JJB sport, haruslah kedai sukan kan. tapi pasang lagu justin beiber. apekah??? stress ok.. masa nak bayar:

cashier kacak laksana berkuku pendek : do you know this song? it's justin beiber you know..
(aku tak tau pon yang keudara tu lagu justin beiber)
aku : owh. really?
cashier kacak laksana berkuku pendek : yeah. don't you like him?
aku : no, not really (honest gila)..

ok, apasal cashier tersebut ialah tau itu lagu justin beiber dan aku tak tau? nampak sangat hari-hari duk pasang lagu tu dalam kedai. tapi takpelah. sebab dia kacak laksana, aku suka tengok dia. jangan kufur nikmat tuhan. ehhh...


settle jalan-jalan, kami pon decide untuk balik ke rumah.

ha, ni salah satu gambar wajib aku, iaitu gambar aku nak bayar teket parking kereta.


ada ke yang tertanya-tanya, takde ke gambar lompat kali ni? jawapannya : ada. tapi tak upload. sebab karang ada pulak yang kata "lecturer mana la ni duk terlompat-lompat".

anyway, kami sampai rumah dalam pukul 2pm camtu. basuh baju segala. kemas-kemas ape yang patut..

botak rasa seronok sebab dah ponteng sekolah 3 hari.
sengih rasa tensi sebab homework banyak gila walaupon college dia cuti seminggu.
DrNotts sangat gumbira sebab akhirnya mencapai impian untuk naik cruise dan pergi belgium.

aku? alhamdulillah sebab semua urusan dipermudahkan.

4 comments:

h4ni3 said...

wehh.. kalau buat dikir barat pun ok gak tu

terus boleh promote malaysia

kihkihkih

theblabber. said...

anjing2 kat airport tu comel kan? haha. kem salam auntie.lama tak dgr berita :)

aliaaroslan said...

drhanie - ok jugak tu promote malaysia. tapi diorang ni memang jenis suka membaca. even duduk depan pintu nak tunggu keluar pon, siap baca buku lagi sambil bersila.

aliaaroslan said...

theblabber - tak berapa nak comel lah. dahla ganas macam baru keluar cage. huhu..

saya dah sampaikan salam kat mama..