Monday, March 28, 2011

aduhai...

ni yang malas kalau tengok filem melayu / orang malaysia. bukan pasal cerita tu menarik ke tak menarik, tapi pasal penonton yang kurang menghormati cerita tu sendiri dan diri sendiri. bukan semua penonton, tapi majoriti.

bercakap sepanjang cerita.

telefon tangan berbunyi walaupon dah diingatkan sebelum filem bermula.

komen langsng tak membina dari dari awal sampai habis cerita.

keluar dari panggung ketika pertengahan cerita sambil membuat konklusi sendiri dan mengumumkan ketidakbagusan (ada ke perkataan ni?) cerita tu dengan sengaja menguatkan suara.

paling saya tak faham, kenapa perlu bandingkan filem tempatan dengan filem dari luar negara (hollywood). batu pengukurnya terlalu tinggi.

sepatutnya kita sokong filem tempatan. beri komen membina.

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

are you talking about penonton cerita hikayat merong mahawangsa?

HLiza said...

Penonton cerita Melayu mmg macam tu..dari zaman akak tengok "Perempuan, Isteri dan ..." sampai sekarang..kadang2 depa ni yg buat spoil..tu yang akak liat nak tengok filem Melayu tapi kalau cerita arwah Yasmin Ahmad, panggung kosong pun akak pergi..ingat lagi filem Talentime akak tengok sorang, penonton lain 2 orang pelajar Cina dari Anderson School dan seorang penonton India..okey je..aman! Cerita Merong tu mmg akak terkilan banyak benda, bukan nak bandingkan dengan cerita oversea tapi akak rasa skrip dia longgar sana-sini; tak macam Puteri Gunung Ledang. Tapi akak still bangga anak Melayu mahu mencuba.

aliaaroslan said...

kak mimah - yup, tapi kalau tengok cerita lain pon lebih kurang sama aje perangai masing-masing.

aliaaroslan said...

kak liza - cerita arwah yasmin mesti tengok sebab garapan dia lain dari orang lain. tapi penonton yang akan spoilkan mood cerita.

biar la pengarah dan penulis skrip nak buat style mereka sendiri supaya ada identiti sendiri ye tak.

KRU berani untuk pertaruhkan duit yang banyak untuk cerita merong.