pakej ni sangat best sebab all inclusive. kau hanya perlu bawak diri ke Hull Port sahaja. lain - lain semua dah siap settle dalam pakej ni. contohnya macam kami ni kan, pegi ke Hull Port naik kereta. then tinggalkan kereta parking kat situ. naik cruise. berlayar satu malam ke zeebrugge port di belgium. turun cruise, terus naik bas yang disediakan untuk ke bruges (ibu negeri belgium). sampai kat bruges, kau jalan lah sendiri dan buatlah ape aktiviti pon yang kau nak buat. bila petang, ada bas dah standby untuk bawak kau balik ke zeebrugge port. sampai kat port balik, naik cruise lagi overnight sampai balik ke hull port. kalau nak tido semalam di bruges, yang tu kene uruskan sendiri sebab tak termasuk dalam pakej. tapi bruges ni kecik aje. jalan 2 jam dah habis. so pada pendapat aku, tak perlu nak tido semalam di bruges.
sebelum memulakan perjalanan ke Hull Port, aku dah check engine oil kereta cukup ke tak. air cukup ke tak. minyak memang dah isi penuh awal-awal. tengok tayar, bunga ok lagi. tapi kurang angin. maka, on the way nak masuk ke expressway M1 North, singgah dulu ke stesen minyak.
sila bayar 20pence untuk 2 minit ye... |
tengok dengan tomtom (GPS) yang digunakan, estimate journey time dari Nottingham ke Hull Port (King George Dock) ialan 1 jam 40 minit. kami bertolak dari rumah jam 12.30pm. on the way tu, berhenti di tempat Services (RnR) untuk lunch dan guling-guling stretch kaki masing-masing. ok, tak guling. aku tipu aje.
dah settle semua, kami teruskan perjalanan lagi menuju ke Hull Port. kami sampai di port lebih kurang jam 4pm. tempat parking kereta memang disediakan. harga GBP5.00 untuk 24 jam. oleh kerana kami akan balik lusa, so beli ticket untuk 2 hari (48 jam). kat UK ni kalau parking 48 jam dengan harga GBP10.00 ialah kategori murah. lagipon ada security. konsep ticket ni kalau nak beli ialah pay n display.
itulah mini cruise yang kami naik. |
settle steering lock dan beli ticket parking, terus kami check in. ala-ala check in nak naik flight tu. check in ni untuk dapatkan boarding pass dan teket-teket lain yang berkaitan, seperti teket bas return (zeebrugge - bruges), nombor cabin dan return ticket balik (zeebrugge-hull) untuk ambil boarding pass balik nanti.
booking itenary dan passport-passport peserta rombongan |
dah dapat boarding pass, terus ke passport checking dan tempat menunggu sebelum masuk ke dalam ship.
kami dah readi nak naik dah |
lorong nak masuk cruise pon macam kalau naik flight |
budak over obsess korean boyband dan girlband |
budak suka sangatttt main game |
tapi kalau bab ferry ni, pengalaman paling tak boleh lupa ialah naik ferry 3 jam dari penang ke langkawi. masa tu aku form 1 rasanya, dengan makcik aku yang duduk di US (acik noai) dan arwah nenek (yang ada datang duduk dengan kitorang kat nottingham ni dulu). HORROR ok! mane taknya, sepanjang 3 jam tu aku ialah muntah tahap dewa sampai dah takde bende nak dikeluarkan dah. duduk tegak tak boleh. berdiri lagi la tak boleh. akhirnya aku meniarap atas lantai (ye, lantai ferry yang orang lalu lalang tu) sampai langkawi. lepas dari tu, aku ala-ala fobia nak naik ferry. takut kejadian sama berulang kembali. aku rasa sebab perjalanan tu lama sangat dan antara penang ke langkawi tu takde pulau-pulau kecik yang nak kurangkan gulungan ombak tu. tu yang dia punya beralun tu memang tahap pening-muntah-termeniarap.
ni ape citer muntah pulak ni. cisss.. ok. nanti nak sambung lagi pasal cruise tu pulak.
2 comments:
jeles!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
bujal X - jeles dapat naik cruise takpe. jangan la jeles pasal mabuk kepayang atas cruise.
Post a Comment