jam 10.00am, masih tenang duk kat bilik golek (di Radford Grove Lane). siap settlekan 2 episode Athena lagi. beg, bus ticket, flight ticket, semua dah settlekan malam sebelumnya.
jam 12.30pm, siap mandia semua pakai jacket segala, call up Nottingham Cars (taxi). salam peluk-peluk dulu. widad dah pergi college pagi tu so tinggal ahli rombongan mama dan alim aje. 5 minit kemudian taxi sampai. ambil taxi sampai ke Broadmarsh Bus Station di City of Nottingham.
bas National Express scheduled pada jam 1.45pm. so pergi beli jacket potato dulu untuk lunch. tapi makan half aje nak buang sayang. biasanya akan bawak balik rumah habiskan kat rumah. so bungkus balik dan bawak naik bas.
bas memang ontime. jam 1.45pm bas sampai dengan driver yang sangattt baik hati. siap tolong angkatkan beg masukkan bawah bas. biasanya kene masukkan sendiri.
yang botak tu driver bas yang baik hati |
bus ni bukan direct ke Stansted Airport, tapi ada beberapa pitstop in between including Leicester, Luton Airport, etc. tak ingat semua sebab ada part yang aku tertidor dalam bas pasal dah bosan main sudoku.
scheduled untuk sampai di Stansted Airport London am 5.45pm tapi sebab ada adegan jam di tengah jalan, maka sampai jam 6.10pm. driver tu sangat baik siap mintak maaf lagi. turun dari bas, siap driver tu bagitau direction nak ke terminal. masuk aje airport, naik ke first floor untuk ke terminal.
my flight is scheduled at 11.00pm. but the drop in luggage counter will only be opened 3 hours before the flight time. so while waiting, i finish up the jacket potato and read the novel that i brought along with me.
at exactly 8.00pm (3 hours before the flight time), the counter was opened. Air Asia got several counters available. for self-check in ticket and luggage drop, on the spot check in and luggage drop and for passengers without any luggage to drop off (only need to valid their ticket). since i've already did the online check in the day before, i just proceed with the luggage dropping counter.
luggage saya over 2kg dari yang dibeli (beli 25kg aje). kene bayar GBP10 untuk setiap extra 1kg. so total up kene bayar GBP20. rasanya masa timbang di rumah semalamnya, memang tepat-tepat 25 kg. tak boleh nak keluarkan barang dari luggage dan masukkan dalam bag hand luggage since hand luggage pon dah penuh.lepas bayar luggage baru dapat the actual boarding pass. saya decide terus nak go through security dan terus tunggu di gate sahaja.
security mana-mana airport pon sama. bukak semua jacket, keluarkan laptop dari bag, liquid more than 100ml tak lepas. masa saya kat security tu, takde orang so boleh bukak jacket dengan tenang, keluarkan laptop dengan tenang.
settle security, terus jalan menuju ke gate 6. lepas dari security tu ada tempat nak beli barang dan makan (tax free). saya singgah Boots dan beli chapstick dan cocoa butter guna point dalam Boots Advantage Card saya. so tak perlu bayar. hehe..
lepas dari tu, terus naik mini train untuk ke gate 6. ini first time saya naik mini train di airport UK dan Ireland. kalau tak sebelum ni naik mini train di KLIA aje. dalam train hanya saya dan seorang wanita cina sahaja. so saje main-main ambil gambar. tengok keliling airport. cantik betul sebab masa tu dah gelap.
sampai di stop untuk gate 6, saya keluar dan terus naik escalator untuk ke gate 6. tapi boarding time hanyalah 1 jam sebelum flight time (10pm) so saya lepak di COSTA dulu. makan mozarella and tomato panini dan minum cafe mocha. sambil tu lepak dengan ada sorang akak ni yang buat PhD di London (tak ingat nama uni dia) dan 2 orang untie yang datang London untuk buat pameran makanan Malaysia. untie 2 orang tu datang dengan 1 business group, ada dalam 20 orang jugak diorang semua.
COSTA tu sebelah aje dengan gate 6 so bila announcement dibuat untuk board the plane, kami pon terus pergi aje ke gate. bila dah duduk depan area gate 6 tu, ada announcement lagi yang diorang delaykan kejap boarding time. sambil duduk berbual dengan kakak PhD London tu, tiba-tiba ada sorang wanita tegur saya. rupa-rupanya pensyarah saya dari UiTM yang datang untuk Viva PhD beliau. dah settle dah. alhamdulillah. Tahniah Dr Aizam. best betul bila dengar orang dah viva dan settle PhD diorang. sabar aliaa. teruskan perjuangan!!! kami berbual-bual sambil tunggu dipanggil masuk ke dalam plane.
berama Dr Aizam |
tak lama lepas tu, semua pessenger dah boleh board the plane tapi diorang panggil by seat numbers. diorang panggil yang number seat belakang-belakang dulu, dan ke depan. of course yang premium seat dan people travelling with young children or need assistance dah masuk dulu sebelum orang lain.
sebelah seat saya takde orang. dalam flight tu, 60% orang malaysia. bangga sungguh bila naik international flight yang ramai orang malaysia. sebelum-sebelum ni of course ramai orang international aje. bagus betul Air Asia buat flight murah. flight pon tak penuh. kebetulan sebab flight malam. walaupon ada beberapa orang yang bawak baby dan anak-anak kecil, tapi takde adegan budak menangis sepanjang flight dan yang sewaktu dengannya.
flight sangat smooth. capten sangat terel. even waktu menempuh cuaca tak baik pon, capten boleh kawal flight dengan baik. untuk yang ambil meal on flight, diorang kasi makan 2 kali. saya ambil Malaysian meal. so masa first time waktu makan, which was 3 hourse after take off, makan nasi briyani ayam dan air mineral sebotol. untuk second time makan, which was 2 hours before landing, makan nasi lemak dan air mineral sebotol. in between tu kalau nak makan snack ke ape-ape, boleh beli dari diorang. standard harga makanan atas flight. saya beli milo ais sekotak, RM6. ok, terbeliak mata kejap.
nasi briyani ayam |
nasi lemak + milo ais |
tapi rasa nak makan all the time tu tak de jugak sebab flight malam so macam tido, bangun baca novel, main psp, sudoku, tido, bangun pegi toilet, minum air, etc. itu aje adegannya. seat pulak selesa betul untuk long flight. takde la sampai lutut sendiri terlanggar seat orang depan. memang selesa. neck pillow dan selimut pon dijual atas flight tapi saya dah bawak sendiri. beli kat poundland aje, GBP1.00.
scheduled landing di LCCT Malaysia jam 8.00pm, waktu Malaysia. tapi landed earlier than scheduled. jam 7.25pm dah landing. sambil nak landing tu, saya menyediakan mental dan fizikal untuk menghadapi kepanasan malaysia. ok, saya memang mengada. sila menyampah.
keluar dari plane, terus ke bahagian immigration. apparently, manual punya kaunter lagi cepat dari yang automatik gate punya. mula-mula saya beratur di barisan untuk automatic gate punya. tapi sebab lambat sangat adegannya, terus saya ke kaunter manual.
settle, terus tunggu luggage keluar. settle ambil luggage, lepas kastam dan terus keluar. cari public phone, call ayah dan mamat. diorang on the way since saya bagitau diorang yang flight saya sampai 8.00pm. so saya lepak aje kat LCCT tu. makan ice cream Mc D Choco Top sambil tengok kerenah manusia malaysia.
sambil tunggu ahli biro penjemput sampai, saya siap berbual dengan seorang pakcik tukang sapu sampah. lepas tu saya suka tengok ada sekumpulan budak-budak muda yang mengutip troley dia sekitar kawasan LCCT tu dan dan tolak ke tempat orang nak ambil troley. at least nak jugak diorang ni bekerja cari duit dari duk melepak menghabiskan duit mak bapak aje.
sampai aje ayah, aiman, miza, lana, semai dan mamat, salam peluk-peluk dan terus kami pergi dinner. by the way, betul tanggapan aku yang mak bapak lana lagi excited dapat singing teddy bear dari lana. apekah?
lepas dinner, balik rumah. bagi-bagi hadiah, mandi, borak-borak lagi dan cuba tidur. mind you, cuba tidur. tapi hanya dapat tidur jam 5am.
mari, teruskan perjuangan aliaa!!!
6 comments:
berapa Aliaa dpt tiket AA ? dah lama ke beli? hehehe
kak mimah - beli sebulan lepas camtu. dapat RM1600 1 way..
dr aizam yg ngajar kite dulu tu ker?
p/s: nasi beriani AA memang best !!!
alia, dah balik mesia ke?
@Shiema
aah, dah kne panggil Dr Aizam tau.. tahun lepas Dr Zul. akan datang Dr Eran. bila la turn aliaa ni..
@Ribbon Clown
dah kak. bila nak turun KL? nanti bawak makanan sedap2 eh. boleh saya tumpang makan. hehe..
Post a Comment