masukkan beg semua dalam kereta. cek engine oil dan air. semuanya ok. well, takat yang aku tau aje lah. nak cek yang detail-detail tu memang tak tau. itu haruslah diserahkan kepada yang pakar.
kami gerak dari Nottingham ke Warwick. destinasi utama ialah Warwick Castle. oleh kerana ni kali kedua aku datang, aku masih terasa sangat excited jugak. sebabnya haritu sampai kat warwick castle ni, hari dah gelap walaupon baru pukul 4.00pm. maklumlah, winter dan masa tu snow tengah turun dengan meriah sekali.
kebetulan hari tu warwick castle tak bukak walaupon kami tak berniat langsung untuk masuk (sebab kne bayar mahal dan rasa tak berbaloi). dia tutup untuk maintenance. potong rumput kot.
kami bayar parking 10pence untk 15 minit. kami bergambar sakan posing sakan. lepas tu terus kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Cambridge. sebelum tu buat pit stop (termasuk toilet stop) di Services before masuk masuk bandar Cambridge.
kami terus ke destinasi utama, iaitu Cambridge University yang sangat femes tu. memang sebelum tu even aku pon tak pernah sampai. so ni first time. tu yang terus feeling2 pandai lagi bijak bistari. tempat yang paling famous kat Cambridge University ni ialah King's College. sebab dalam dia ada cathedral yang cantik.
ada sedikit segan bila pakai hoodies sekolah sendiri dan bergambar depan sekolah yang sangat gah lagi glamour.
settle kat Cambridge university, kami nak lunch di cambridge town. kebanyakan orang kat cambridge town ni gemar naik basikal ke mana sahaja. student university especially. so boleh nampak orang naik basikal merata-rata. salah satu faktor lain jugak ialah Uni ni kat tengah-tengah bandar dan bandar dia pulak kecik comel aje. memang kalau semorang pakai kereta, konfem jam habis.
tengah duk terhincut-hincut nak masuk bandar cambridge, tiba-tiba kereta kami berasap. terus kasi emergency signal dan parking atas divider tepi jalan atas jambatan. sebelum bukak boot kereta, ada orang yang lalu lalang pesan supaya be careful. aku rasa boot, tak panas tapi asap keluar. so bukak boot kereta. aku bukak siki tempat masukkan air / coolent untuk radiator kereta tu, dan air panas gila menggelegak keluar. tunggu jap sampai habis air keluar, baru bukak habis penutup tu. biar asap keluar habis segala. then tambah air sampai takat yang patut. nak cakap lelebih pasak kereta tak pandai. so aku assume (harapnya betul lah kan) engine kereta terlalu panas lalu berasap. air yang ada pon tak mampu nak cooldown kan engine kereta tu. so kne refill dengan coolent patutnya.
kekonon pandai pasal kereta |
bila settle kereta, tetiba traffic nak masuk ke town sangat smooth. tenang aje kereta bergerak. agak sakit hati disitu. tapi takpe. kereta pon dah ok. kami teruskan misi mencari lunch. ronda-ronda, takde pon kedai yang sesuai. so aku parking tepi jalan, mama dan widad keluar beli sandwich kat kedai. tapi ada pulak makcik yang jaga parking suruh jalan sebab aku park kereta kat tempat loading. so jalan depan sikit, ada parking yang betul-betul. settle mama beli sandwich, kami makan dalam kereta aje. sebab nak picnic kat luar, sangat sejuk. settle lunch, kami teruskan lagi berjalanan. next destination ialah Stadium Arsenal di London.
pitstop |
ini office dia |
stadium arsenal ni payah sikit nak parking sebab dia kat tengah-tengah perumahan orang. so of course la parking yang ada pon untuk permit holders only (pemilik rumah sahaja biasanya). so kami buat teknik berganti-ganti. parking dulu kat tempat yang banyak kosong parking. aku, alim dan widad keluar bergambar dulu. lepas tu ganti pulak, mama dan widad.
settle beli souvenir kat giftshop dia yang cekik darah naik darah, kami teruskan perjalanan lagi. next destination nak pergi ke Chelsea stadium. tapi...
dari arsenal stadium ke chelsea stadium tu, kene meredah kotaraya london yang terkenal dengan banyak gila traffic light dan jem. sebab jalan pon macam siput, so temperature kereta naik lagi. konsep kereta ni, kalau jalan terus aje, temperature dia maintain baik. kalau tersengguk-sengguk macap siput, memang akan naik temperature dia dengan cepat sekali. bila temperature dah hampir ke tahap high, kami on lagi skali emergency signal, parking atas divider kat tengah bandar london tu dan bukak boot kereta. buat kaedah yang sama macam kat cambridge sambil relek2 tengok orang lalu lalang. dalam banyak-banyak orang lalu, ada satu lori aje yang stop tanya nak suruh dia panggilkan tow truck ke tak. sangat pelik di situ. sebab british punya sejarah terkenal dengan orang yang baik2 suka menolong orang, etc. well, jangan kata sekali air bah sekali pantai berubah. sejarah pon boleh berubah ye tak.
sekali lagi, bila kami tengah releks kat atas divider tunggu engine sejuk, traffic jalan pon lancar aje tak tersengguk pon. kau tak tensi kat situ? anyway, kebetulan kami berhenti depan kedai sushi, maka mama pon pergi beli sushi untuk dinner.
london : orang shopping dan ramai dan jem, pagi petang siang malam.
sementara tu, hari pon dah gelap. so kami decide untuk postpone chelsea stadium tu dan terus ke tempat tinggal. biasalah, jalan jalan-jalan, kami suka tidor travelodge aje. murah dan bilik pon best. kami tidur di travelodge wimbledon morden. yes, memang dekat gila dengan stadium wimbledon ye.
sampai di travelodge, semorang kepenatan. sambil tengok korean variety show yang widad dah download siap-siap untuk hiburan sepanjang road trip ni, kami makan sushi :)
alhamdulillah.. selamat hari pertama..
p/s: gambar lagi banyak kat blog mama..
4 comments:
Aliaa: kita pon tak pandai pasal kereta, tapi kereta kita pernah jadi mcm tu sekali. Mekanik kata, time enjin panas2, takmo letak air / coolant dulu. Tunggu dia sejuk betul baru letak.
Saspenslah travel kalau keta macam tu..
farah - tu yang saya tunggu asap habis dulu baru refill balik air dalam tempat radiator tu. blasah aje janji ok. hehe..
kak liza - mama paling nervous. saya buat muka relek aje. huhu
Post a Comment