apa dan bila yang trigger minda aku untuk mengambil tahu tentang special needs children?
masa aku buat work experience di Lynncroft Primary School, Eastwood, Nottingham pada tahun 2004. lebih kurang 2 bulan aku kerja sebagai teacher assistant untuk special needs children punya year 1 class (kat UK ni year 1 ialah umur 6 tahun). boleh baca sedikit info pasal special needs children di sini.
mula-mula aku cuak gile pasal tak pernah ada pengalaman handle special needs children ni. dan, rupanya banyakkkk kategori special needs children ni. sebelum tu yang aku tau hanya satu, iaitu downsyndrome child.
kat UK memang sangat besar exposure pasal special needs children ni. kat malaysia memang jarang nampak tapi pemikiran masyarakat malaysia dah mula terbuka untuk terima special needs children ni dalam komuniti kita, compare dengan masa dulu.
DrNotts ialah salah sorang consultant yang diimport dan dirujuk oleh kementerian pelajaran malaysia (for wilayah dan selangor) untuk development programs for special needs children in primary schools. ada sekali aku ikut program student UPM DrNotts, aktiviti bersama special needs children dari salah satu private organization yang menjaga autistic children. banyak kemudahan yang disediakan di tempat tu dan mereka membuat perubahan ke arah kebaikan dari masa ke semasa. awareness macam ni yang perlu kita pupuk dalam masyarakat kita.
so, aku akhiri karangan aku yang takde pendahuluan dan penutup ini dengan gambar yours truly di sekolah tersebut...
6 comments:
kat malaysia masih belum banyak centre macam ni kan
kalau ada pun, hanya di bandar2 besar
psstt... ayam goreng kat bawah tu, menggugat iman sehhhh :D
gambo budak spesialnya mana?
heh!
Oh ye ke..kalau nak tau anak akak si Najid tu dikategorikan sebagai special needs juga sebab (walaupun tak disahkan) kami nampak dia byk ciri-ciri dyslexia. Sejak tadika dia dah masuk macam2..speech therapy, occupational therapy dan pernah juga masuk special needs kindergarten (mak mertua sedih tengok akak hantar dia sekolah dgn kanak2 Down Syndrome dan bisu!)..sekarang dah darjah 3 dah banyak progress tapi dia mmg bermasalah besar kalau disuruh salin apa yg cikgu tulis kat blackboard..buku selalu kosong aje. Dia lebih suka melukis dan nasib baik sekarang dah minat membaca..dulu struggle betul. Di bandar kecil macam Ipoh ni mmg tak banyak support utk dia..cikgu sekolah pun tak boleh asingkan dia ke kelas khas sebab lebih ramai yg teruk..so dia akhirnya tak pernah diklasifikasikan sebagai dyslexia. Apa pun kami decide utk tidak bergantung pd sistem sekolah kat malaysia ni..apa2 terapi pun yg penting kami yg kena memainkan peranan sebagai ibu bapa. Akak sampai pernah nak further study pasal dyslexia bila tengok masalah dia ni..kat malaysia sangat kurang kemudahan dan expertise..
drhanie - konfem lunch harini makan ayam goreng kan?
kat malaysia baru nak increase awareness. tapi kat bandar besar aje yang ada banyak facilities dan expert..
afendi ariff - gambo dengan budaknye hardcopy di malaya. tapi dah tak ingat letak kat mana. pulang nanti kene selongkar cari alamatnya.
kak liza - yang boleh buat confirmation semua ni medical doctor dan consultant bahagian ni. kalau ikut description akak, memang dyslexic tapi biasanya mama saya akan duduk dan spend masa dengan kanak tu dulu, then only baru boleh determine ape jenis dan tahap kronik ke tak. ni email mama saya kalau nak tanya ape2 or nak mintak ape2 nasihat : drnormaliza@gmail.com
Post a Comment