Monday, September 27, 2010

konsert

tahun 2004, aku pegi concert PINK kat nottingham ice arena. dengan semai n kawan semai (aku lupa nama die). dah start beratur dari pukul 5 petang. seingat aku, sebelum pegi ice arena tu, kitorang sefamily pegi rumah untie faizah, kawan sama-sama buat PhD mama. makan dulu, isi perut dulu. time tu ala-ala makan tak lalu sebabnya terlalu super excited nak pegi tengok concert kan. tak pernah pegi ni rock concert. sebelum ni ialah pegi concert nasyid or concert open yang buat kat uitm tu ha. nasyid? ok, aku insaf kejap.

then beratur lah dari pukul 5 petang tu. pukul 7 baru dapat masuk. macam lembu dilepaskan, aku dengan orang lain berebut2 nak berdiri depan stage. tapi tak dapat betul-betul depan stage pon, dalam 10 meter dari stage jugak lah. memang konsep concert kat sini besanya macam tu, yang tengah2 punya audience ialah standing punya, teri-tepi baru duduk. tapi kalo duduk tengok rock concert, tak rock lah kan.

so sementara nak tunggu opening act, oleh ntah siapa aku tak hengat, berdiri lagi. borak2 dulu. then ada satu couple sengal, slumber datang berdiri depan aku. boyfriend dia ialah sangat inggi ok. lebih dari 6feet. pastu perempuan (yang tak dikenali) sebelah aku, slumber sound diorang, cakap "apehal ko suka2 ati datang potong line orang berdiri depan orang ni. dahla perempuan ni rendah n ko tinggi gila. cane die nak tengok concert ni. consider la sikit". ok, mestilah dia tak cakap melayu kan. die cakap skipping omputih. pastu couple tu blah pergi berdiri kat tempat lain. pastu aku pon cakap thanx la kat perempuan tu.

gila ampeh kan. ko datang lambat, slumber nak potong que orang. lepas tu start la concert yang memang best gila. memang die menyanyi n menari all out. tak rugi aku bayar GBP18.

abes concert tu dalam pukul 9 lebih, then pegi main ice skating dulu. free kan. then barulah naik bas balik rumah. pergh, masa naik bas tu, kaki dah super lenguh. pasal berdiri lama gila kan, dari pukul 5 petang koooo.. tapi dalam bas, baru duduk 2 minit, naik pulak satu couple tua. so aku n semai bangun n kasi diorang duduk. sampai rumah, duduk dulu setengah jam, baru boleh buat aktiviti yang seterusnya. 

tapi aku tak berkesempatan lagi nak tengok concert westlife. tahun ni wajib tengok!!! sapa nak ikut? ayuh. walaupon diorang dah tua, diorang tootapppp dihatiku!!! karang ada jugak aku buat adegan pegi sligo, ketuk pintu rumah mak pak diorang. hwahwahwa..

3 comments:

DeLancrettLurpak said...

kami nak pegi tgk concert gak nov ni... nak ikut?? dkt birmingham NIA.. concert disney on ice.. hahahahahha!!!

DrNotts said...

concert disney? hahahhaha, sure nak pergi tengok ni. jom kita buat rombongan cik kiah, lurpak! si aliaa, ni kita tinggalkan kat orang yang tarik tirai sebab kebetulan orang tu ada rupa si shane westlife.

aliaaroslan said...

kalau disney on ice, saya yang skater dia skali!!!