Wednesday, September 15, 2010

Galway, Ireland - 3rd to 4th Sept 2010 (1)

Tak book pon travelodge.

Tak beli pon teket train mahupun bas.

Belasah tawakkal aje pegi naik Fiat Punto boyfriend mama tu.

Alhamdulillah sampai jugak.

tapi, pagi sebelum bertolak ke Galway tu, kitorang settlekan dulu urusan-urusan negara yang tertangguh. oleh kerana kitorang telah disamana, i mean dengan lebih tepatnya kitorang tatau pon kne bayar parking kalo nak park kat tempat parking kereta yang 2 hour zone tu. ingatkan free for 2 hours and the next hour yang kne bayar, maka berpergian lah kami ke limerick city council untuk membayar saman tersebut. 


ye, 40euro ye tuan-tuan puan-puan. kasi jugak ayat-ayat powet kat orang council tu seperti tatau kne bayar parking la, kat malaysia ada tempat parking yang boleh beli teket parking la, signboard kne bayar tu tak nampak la, tapi haruslah tak jalan kan. bayar aje dengan tak ikhlas. memang tak halalkan weh. kejiiiii!!!


jalan-jalan lagi sekitar bandar limerick tu, tengok-tengok gelagat manusia dan bende disekitarnya. ada point point yang cantik, tapi ada point yang biasa-biasa aje.


tetiba ada ambulance ni yang tengah nak angkut nenek ke atuk pegi hospital. marilah memberi laluan kepada yang lebih memerlukan. sungguh mengaplikasikan ilmu PBSM ye..


wajah kegumbiraan dalam marah setelah membayar saman tersebut. cuaca masa tu ialah panas dan sejuk-sejuk manja beserta angin menikam ke kalbu.

balik ke rumah, aku dan mama terus siapkan barang-barang yang nak dibawa, termasuklah bekalan untuk berbuka puasa nanti. lepas tu ambil alim dari sekolah. sementara nak tunggu widad habis sekolah, alim tidur dulu. mane taknye, budak yang tak makan saman ni, tak padan dengan puasanya, nak main kejar-kejar dengan kawan-kawan kat sekolah. tapi kan, budak ni satu bende yang bagus, tak pernah komplen penat or haus or lapar nak dijadikan alasan untuk berbuka puasa.


widad balik dari sekolah, terus die mandi dah kitorang angkut barang-barang masuk kereta. terus set encik tom tom ke Galway. perjalanan lebih kurang sejam setengah, lalu highway dan jalan kampung.


ini first time kitorang seberang shannon river. lebar rupanya shannon river ni. ingatkan macam sungai ulu yam aje. eh, apesal pulak teringat ulu yam ni? nak mandi sungai kah? aiyoo.. kat sini sungai airnya sejuk beku. berani ke?


jalan punya jalan, borak punya borak, telah sampai kami ke destinasi tujuan. terus ke travelodge untuk cek in. sangat bernasib baik kerna ada bilik kosong lagi. kami ambil family room. harga 69euro. kat dublin airport aritu 52 euro aje. rupanya sebab galway ni tempat hot kat ireland ni. ala2 KL. so everything ialah mahal walaupon jenama sama.


kitorang bawak masuk barang-barang dalam bilik, mama sediakan makanan untuk berbuka puasa. sambil tu tengok tv puas-puas. kalau takde rancangan best pon tengok jugak tv tu.



lepas berbuka, kami tengok tv, mandi, borak-borak, etc. then tido. masing-masing excited pasal esoknya nak jalan-jalan sekitar galway city.

0 comments: