Sunday, September 19, 2010

academician

dari kecik, dalam umur-umur 4 tahun camtu, memang dah terpahat-tanam dapat pikiran aku ni, cita-cita ialah nak jadi doktor. suma bende nak relate dengan doktor. sampailah gigih tengok cerita chicago hope dengan ER. tapi, aku ni lah paling pengecut sekali dengan doktor. kalo nak kene pegi klinik biasa or klinik gigi, aku akan nangis dulu sebelum sampai klinik lagi pon. teringat pulak masa darjah 1 kan ke ada orang klinik kerajaan akan datang tuk kasi injection apebende ntah tu kan. nampak aje van die, aku dah nangis dulu. time tu mama ialah cikgu kat sekolah aku tu kan. siap mama kne datang kelas, buat teknik ugutan serta kne tampa sedas dulu, baru la terhegeh2 pegi ke bilik nak injection tu sambil nangis tersedu-sedu. ampeh kan aku ni. tapi time tu toootapppp nak jadi doktor, kekonon rasa cool gila aje kan duk inject/rawat orang. tapi lepas dari tu aku ok aje. sekali tu aje pon nangis. lepas-lepas tu jadi heroin remaja, beratur depan sekali kalo kne check up. kalo nurse gigi datang pon aku beratur depan sekali.

nurse gigi yang datang tu ialah sangat garang dan ditakuti ok. tak ingat la nama die ape. tapi assisstant nurse tu ialah mak kepada kawan sekolah aku. so kitorang tak takut sangat la kan. nurse garang tu ialah india. dia ialah cabut gigi aku ok! tak ingat berapa batang, tapi gigi aku selain dari yang aku cabut sendiri, konfem die yang cabut. alah, bukan garang mane pon. biasalah, kalo setiap hari ko dah tengok 500++ mulut n gigi budak-budak sekolah yang busuk lagi tak diberus tu, tak ke ko stress rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding?

so cita-cita tu diteruskan sampailah aku form 4, bila kitorang datang ke nottingham. mama dapat sambung phd kat sini. so memang aku sangat teruja lah sangat kan, kekonon plan untuk buat a-levels, lepas abes aje terus masuk university of nottingham pasal uni notts ni ialah salah satu uni yang paling bagus untuk medicine. pergh, melompat ok!

so sampai kat notts, masuk form 6. lompat ok, dari form 4 ke form 6. dengan tak amek spm nye, blasah aje. siap amek subject2 untuk medic lagi, iaitu aku buat a-levels chemistry, physics, biology dan maths. course die 2 tahun. after 1 year, uni of notts ada buat satu kursus, Medlink. macam intro to medicine punya course, untuk potential medical students. aku pon pegi la, seminggu. balik dari Medlink tu, terus aku tanak jadi doktor. apekah? ntah, aku rasa jiwa aku tak cukup passionate untuk jadi doktor. pulaknya aku ni bukan jenis yang bookworm, etc. so aku decide untuk tukar, nak jadi software engineer.

time tu, aku ingat software engineer ni ialah design software computer aje. tapi, it is more than that sebenarnya kan. so aku tambah lagi satu subject for second year a-level tu, ICT. habis a-levels, aku apply uniten (software engineer), uitm (geomatic) dan uia (computer engineering). tapi uniten takde intake december, dan uia ialah nak BM paper SPM. mane la aku ada. kalo nak resit, kne tunggu setahun lagi. so aku blasah aje masuk uitm. ape bende course geomatic tu pon aku tatau.

aku blasah buat aje. it took me more than a year to finally understand what geomatic is all about. nasiblah masa first year tu banyak subjek yang calculation. maths is one of my best subject, so i got lucky. masa lagi 1 sem nak habis degree, semorang dalam kelas ialah gigih duk isi borang cari kerje. aku ni aje yang relek, tercongok tatau nak cari kerje ke ape kan. so aku isi borang masters untuk masuk uitm. tapi tak dapat masuk pasal course yang aku nak ambil tu perlu ada working experience dulu. then apply upm, alhamdulillah dapat. so buatlah masters kat upm tu. masa tu supervisor aku offer part time mengajar budak2 degree civil engineering subjek surveying and aku rasa masa tu aku suka mengajar. so sebulan sebelum habis masters, aku dah dapat kerje kat kliuc, alhamdulillah.

so lepas berliku-liku pilihan, aku pilih untuk jadi academician. harap-harap dapatlah capai impian untuk tamatkan semua peringkat pembelajaran untuk jadi academician yang terbaik. doakan ye. aminnn.

7 comments:

orang said...

insyallah amin..

Shiema said...
This comment has been removed by the author.
Shiema said...
This comment has been removed by the author.
Shiema said...

hua hua hua...1st year in geomatic stil blur2 lg...
x pe, dulu blur2 pun, look where are u now!!!not like me :) huhuhu

aliaaroslan said...

kak shiema - kak shiema lagi la terel gila pasal gis. orang tak berapa sangat.. huhu

orang - thanx. aminnn

che mal said...

jom join geng academician!

ex-maahad
(batch akak form two tp xbuli adik form one tau!)

aliaaroslan said...

che mal - ya, ayuhlah kita berbakti kepada anak bangsa..

saya cuba buka blog akak, tapi takde entry.. huhu.. akak siapa ye?