Thursday, September 30, 2010

makan

lasagna / orange cake / sambal ayam yang paling sedap dalam dunia tu aku dah testing masak. pasal takkan nak makan doner kebab kat Khyberpass aje? euwww. bukan sodap pon.

tiba-tiba nak masak nasi lemak pulak. balik nanti nak masak la.

pergh, terus aku jadi rajin masak la, try recipe baru la, cari recipe kat google la. ape kes? roti canai aje tak buat lagi. pasal ada roti pratha, which yang jauh lebih healthy lagi dari roti canai.

tiba-tiba aku terasa nak makan roti canai kat kedai nenek kat ikram. sambil tengok bkj. bkj? huahuahua.

panjat

masa kat malaysia, kalau aku stress, boleh jugak aku buat sesi mendera kaki tangan lutut, bahu, badan, pinggang, segala dengan panjat bukit or gunung. kat sini, mane aku nak panjat? rata aje aku tengok land surface kat sini.

apekah ini bermakna aku kne berjinak-jinak untuk berjogging dan mengworkoutkan diri kat outdoor gym di forest field tersebut sambil tengok team bola sepak nottingham forest training, tapi tak pernah nak menang tu?

ataupon, aku perlu ke konsert westlife sahaja sudah memadai?

oh yes, westlife is enough.

ma, sapa bawak pegi carboot arnold jap lagi?

pasta bake

A - dah makan ke?

H - dan makan dah tadi. (tapi ambil jugak mangkuk & senduk pasta bake. terus makan)

kata dah makan???

(aku, terus aje tengok laptop ni)

video

kalo anak orang putih, sua aje camera / video camera dan say "action!", diorang akan terus aje bercakap tanpa henti.

kalo anak orang malaysia (biasanya lah), sua aje camera / video camera dan say "action!", terus bisu, keras kejung satu badan.

kalau widad, tak sempat nak sua camera / video camera, dia terus aje bercakap sorang-sorang dan posing sorang-sorang.

kesian betul adik aku sorang ni. weh, arini ko pegi college tak widad?

doctor

my uncle said that, it is not too late for me to study medicine, if i am still into it.

one of the most interesting thing that he said to me was, "all those 6 years of studying medicine in the university, doesn't prepare me for my first day of work". wow, really?

any medical doctor would like to comment on it?

ie, uk

ireland lain, united kingdom lain. orangnya pon lain. cara hidup pun lain.

orang polish (poland)? mane diorang pegi, sama aje perangai. cisss!

dublin : 5.10pm (29th sept 2010), kuala lumpur : 12.10am (30th sept 2010)

doa kene banyak-banyak

usaha dan ikhtiar kene sehabis mungkin

sebab hasil takkan datang bergolek

saya perlu kuatkan semangat

semua yang terjadi, dirancang atau tidak

mesti ada hikmahnya

Monday, September 27, 2010

konsert

tahun 2004, aku pegi concert PINK kat nottingham ice arena. dengan semai n kawan semai (aku lupa nama die). dah start beratur dari pukul 5 petang. seingat aku, sebelum pegi ice arena tu, kitorang sefamily pegi rumah untie faizah, kawan sama-sama buat PhD mama. makan dulu, isi perut dulu. time tu ala-ala makan tak lalu sebabnya terlalu super excited nak pegi tengok concert kan. tak pernah pegi ni rock concert. sebelum ni ialah pegi concert nasyid or concert open yang buat kat uitm tu ha. nasyid? ok, aku insaf kejap.

then beratur lah dari pukul 5 petang tu. pukul 7 baru dapat masuk. macam lembu dilepaskan, aku dengan orang lain berebut2 nak berdiri depan stage. tapi tak dapat betul-betul depan stage pon, dalam 10 meter dari stage jugak lah. memang konsep concert kat sini besanya macam tu, yang tengah2 punya audience ialah standing punya, teri-tepi baru duduk. tapi kalo duduk tengok rock concert, tak rock lah kan.

so sementara nak tunggu opening act, oleh ntah siapa aku tak hengat, berdiri lagi. borak2 dulu. then ada satu couple sengal, slumber datang berdiri depan aku. boyfriend dia ialah sangat inggi ok. lebih dari 6feet. pastu perempuan (yang tak dikenali) sebelah aku, slumber sound diorang, cakap "apehal ko suka2 ati datang potong line orang berdiri depan orang ni. dahla perempuan ni rendah n ko tinggi gila. cane die nak tengok concert ni. consider la sikit". ok, mestilah dia tak cakap melayu kan. die cakap skipping omputih. pastu couple tu blah pergi berdiri kat tempat lain. pastu aku pon cakap thanx la kat perempuan tu.

gila ampeh kan. ko datang lambat, slumber nak potong que orang. lepas tu start la concert yang memang best gila. memang die menyanyi n menari all out. tak rugi aku bayar GBP18.

abes concert tu dalam pukul 9 lebih, then pegi main ice skating dulu. free kan. then barulah naik bas balik rumah. pergh, masa naik bas tu, kaki dah super lenguh. pasal berdiri lama gila kan, dari pukul 5 petang koooo.. tapi dalam bas, baru duduk 2 minit, naik pulak satu couple tua. so aku n semai bangun n kasi diorang duduk. sampai rumah, duduk dulu setengah jam, baru boleh buat aktiviti yang seterusnya. 

tapi aku tak berkesempatan lagi nak tengok concert westlife. tahun ni wajib tengok!!! sapa nak ikut? ayuh. walaupon diorang dah tua, diorang tootapppp dihatiku!!! karang ada jugak aku buat adegan pegi sligo, ketuk pintu rumah mak pak diorang. hwahwahwa..

Thursday, September 23, 2010

arnold

semalam ke carboot sale di arnold. nak carikan toys untuk alim main. memang murah-murah die jual. scrabble set 50p aje. ok sangat. tapi sebab kitorang tersampai awal. so jalan-jalan kat sekitar bandar arnold yang hanyalah sepelaung aje radiusnya.

kat belakang tu la tempatnya. penjual tengah setting barang2 diorang

yang sorang ni (widad) suka nak posing syok sendiri



kalo pakai tudung arab syria ni mesti menunjukkan kebulatan dan kechomelanz wajahku tersebut




best jugak jalan-jalan beli barang murah ni. tak rugi pon, untung lagi ada la. cuaca siang semalam agak panas. sampai gatal-gatal badan aku. apekah ini tandanya aku perlu tinggal di UK untuk selamanya? macam allergic la pulak bila panas sikit. menyampah tak? aku sendiri pon menyampah.

orang lain duk kat malaysia tuk punyalah lama, elok aje tak alleergic pon. ko aje yang menggatal aliaa! tapi ko duk pergi buat survey tengah-tengah panas tu takpe pulak?

by the way, sunburn aku tak ilang lagi. ini semua gara-gara Galway! tapi takpe. sebab Galway cantik, aku rela!

Wednesday, September 22, 2010

tv

ada 5 public channel. apasal semuanya tunjuk rancangan yang almost the same. kalau BB1 tunjuk berita, terus BBC2 pon berita. kalau ITV tunjuk rancangan memasak, channel FIVE pon tunjuk rancangan memasak. tau la aku tak pandai masak. ampeh, perli ke hape.

apasal aku duk dengar bunyi muzik berdentum2 ni? jiran sebelah ke sebelah-sebelah lagi. takpe la kalo siang. kalao malam, aku call la pak polisis kasi sound. tapi pandai pulak malam-malam senyap. macam boleh baca fikiran aku pulak.

ni dah masuk hari ke-3 ialah panas. meaning nampak matahari keluar. terus terasa nak basuh dan sidai kain. tapi dah takde kain nak dibasuh. nak basuh karpet ke?

 ayam tu aku dah rendam untuk dimasak. marilah memasak. jap, nak masak ape ni? kne konsep kicap sebab dah beli kicap semalam. mwahahaha

keranamu kicap cap kipas udang oiii!

segalanya sanggup ku redah

hanya keranamu kicap!!!

hanya untuk orang sihat sahaja. yang demam selsema, sila tinggal di rumah.

peserta sihat : alim, widad & aku
peserta demam & kene tinggal : mama

tempat : forest field

there's an outdoor gym!




laju.. laju.. buaiku laju..

nottingham forest football team tengah practice


baru panjat 2 batu dah jatuh

sejuk you ols! penat aku tunggu budak2 ni main
berhenti minum & makan



apasal ni?
nak menari wonder girls ke widad?

gimnastik serta gimrama

mengambil haluan sendiri ke?

somewhere over the rainbow...

muah sikit untuk dot dot dot


bilik persalinan team forest field

jalan

jalan punya jauh, beli udang aje

untuk loloq & puat, silalah ke sini

isi minyak

tram menjalar sekitar notts sekarang

kaya tau bawak teksi kat sini

menderma untuk hanjeng, kucing & binatang lain

england lawan india, sapa menang?

asda smart price

cheese n onion paste & cheese n salad baguette

chicken chop anyone?

pulang

jirang sejalan

widad sengal & ampeh

aku nak masak kek, ko pon nak masak jugak. aku nak testing masak kek sponge, ko nak masak kek chocolate marshmallow. punyalah tinggi cita-cita kan.


nak mix butter dengan sugar pon terkial kial lagi. ko nak masak chocolate marshmallow? aiyoo. habis jahanam la marshmallow yang mahal tu.


sebok ko nak amek gambar. pastu gila ambil gambar sendiri pulak tu. ampeh. yang kali ni punya aku buat kek tebal sikit, double bahan. tapi macam fine sangat pulak texture die. so pagi tadi duk google lagi, mama jumpa recipe yang instead of pakai pakai plain flour, pakai self-raising flour dan tambah baking powder sikit.

marilah mentry esok ye. aku nak tengok si budak sengal ni tolong aku ke tak.

radford grove lane

untuk tatapan semai, eman, miza, mamat, lana & cikgu roslan (ayah aku ler!)

alim kalo buat air teh o memang sodap!

living room

buku alim

almari baju alim (kalo bukak mesti berkeliaran baju) - living room

pintu belakang dari tingkap bilik golek

bedroom 1

bedroom 2

usolli fardhu.........

tangga, sangkut coat, pintu

cahaya keimanan

yang bersepah tu widad punya

red door? rumah merah!

ye, rumah depan church dan graveyard! (belakang kanan)



sekian terima kasih