Thursday, May 27, 2010

peluang : chances

semalam pagi, ada Ikram explore race. aku join menggantikan sorang lagi lecturer lain yang tak dapat nak join event tu. so kitorang represent SABE, school of architecture and built environment. kitorang tak menang pon, tapi dapat tempat ke-3 keseluruhan (dari 8 group), dan dapat completekan semua task yang diberikan.

task 1 : tough twister. ala2 she sell sea shell on the sea shore punya style.

task 2 : puzzle of an elephant.

task 3 : word sudoku (my favourite!!!)

task 4 : jigsaw puzzle.

task 5 : dance (pocho-pocho).

overall = best!

petang pulak, ada interview for the post of new lecturers for geomatic engineering. dari 10 candidate, yang confirm datang 7 orang. lagi 3 orang tu kasi alasan macam-macam. kat kampung la, ada hal lain la. tapi sorang tu aku boleh la nak maafkan pasalnyer die kat kampung die kat sabah. tapi, kalo aku la, kat mana pon interview aku akan pergi kalau aku betul-betul nak kerje tu. yelah kan, takkan ko anta resume, saje2 je kan. takkan takde niat nak kerje yetak. kalo takde niat nak kerje, baik takyah anta.

so semalam interview start pukul 2.00pm. ada 2 candidate yang berturut-turut. then aku tunggu candidate yang ke-3. lepas tunggu 20 minit (baik kan aku?), terus aku call candidate tu. boleh die cakap "alamak, sorry la saya tak dapat nak datang la". aku cakap, pasal ape yang ko tak tepon balik kasitau? (oh, nada lebih korporat lah harus kan). alasan die kasi, takde no fon la. abestu, yang semalam aku call ko tu, kan ke keluar nombor fon aku. ape kejadahnye ko takde no fon? hangin ok! then candidate yang lepas tu pon datang. teruskan lagi interview. lepas dari tu, tunggu punya tunggu, takde lagi yang datang. aku call lagi candidate-candidate yang lain, sumanya tak datang. so, dari 7 orang yang confirm, cuma 3 orang yang datang. lagi 4 orang tu sumanya ampeh! (sorry to say la kan). common la, kalo ko dah bagi kata confirmation nak datang, datang ler. kalo tak dapat datang, call la kasitau. boleh pulak ada yang cakap cani bila aku call diorang "boleh tak set up interview hari lain?". banyak cantik ko? aku yang interview ko ke ko yang interview aku ni? serius weh, korang dah terlepas chance! walaupon belum tentu ko dapat kerje kat sini, atleast dengan datang interview, ko boleh dapat experience interview. dahla korang tu fresh graduate, ingat senang-senang ke ko nak dipanggil interview. cuba tanya orang lain, sapa yang first time anta resume terus kene panggil interview? boleh bet 1:10 orang la kan. kebanyakan member-member aku yang anta resume, sumanya sampai 5-10 company, then baru kne panggil interview. dengan ekonomi sekarang yang "ekonomoney" ni, korang ingat senang ke nak carik kerje. atleast kalaupon tak dapat kerje ni, atleast bila next time ko dipanggil interview, bila interivewer tu tanya berapa company ko dah pegi, boleh la ko cakap at least 1 company kan.

aku tak faham orang (eh, ke lebih tepat untuk direfer sebagai "budak-budak") zaman sekarang ni, kenapa pesen diorang cani.

Thursday, May 20, 2010

padan muka!

kitorang kan memang mengada-ngada. panjat sana, panjat sini. gedik-gedik tak bertempat. sabtu lepas, kitorang (aku, widad n alim) pergi panjat broga hills. mencungap + menggeletar lutut kaki tangan.

pukul 6.30pagi kitorang keluar rumah. sampai kat tempat parking tepi-tepi jalan tu dalam pukul 7pagi. dekat sangat dengan rumah ni ha, kat semenyih aje pon kan. oh by the way, selama-lama aku pegi semenyih, memang aku tau university of nottingham in malaysia kat semenyih tu, tapi tak pernah la pulak nak pegi tengok. yelah, tak de tujuan kan pasal dah pernah pergi university of nottingham yang betul-betul kat UK nun [berlagak, pang karang!].

lepas dah parking, kitorang terus ke tempat start mendaki, yang perlu melalui ladang kelapa sawit sikit. paling eksaited ialah alim, pasal die tak pernah ikut kitorang panjat mana-mana kan.


widad ialah suka ambil gambar candid. cis!

budak eksaited

budak mengah

halfway



almost at the first peak. gila ramai orang ye. aku yang tengok ni pon rimas!

"jap weh, tunggu orang surut dulu"

chantiks!






broga hills ni memang tempat yang bagus untuk buat weekly exercise naik turun bukit. menguji lower body strength. memang sangat menyihatkan. ramai yang regular naik turun bukit ni. kat sini jugak salah satu tempat photographer-photographer tegar amek gambar scene best-best. tak rugi pegi. tapi bila dah ala-ala pukul 10pagi camtu, cuaca adalah sangat panas pasal atas bukit tu takde pokok2 rendang untuk ditumpang berteduh. so sape-sape yang ada niat nak pegi nanti, awak topi spare.

kitorang lepak-lepak kat atas tu jap, amek-amek gamba, makan, etc. lepas tu terus turun. haruslah bergambar kat signboard kan. bukti kehadiran.


minggu ni nak pegi lagi ke? ke nak naik datuk lagi? pasalnyer kalo nak naik kinabalu, kne naik nuang dulu. kalo nak naik nuang, kne training datuk dulu. banyak betul step. aja aja fighting!

tarik-tarik

ikram ni memang lah selalu buat aktiviti untuk staf2 die. tinggal kitorang ni rajin tak rajin aje nak join. acara wajib tahunan haruslah sukan. jangan nak kata budak sekolah aje bersokan ye. orang2 tua macam kitorang ni pon sama tau. acara yang ditunggu-tunggu haruslah tarik tali.

ikram ni ada 4 division. Building & infrastructure, Education & training, Services & consultancy, Technology & research. kliuc haruslah under education & training kan. so kitorang dibahagiakan kepada 4 group. setiap group kne hantar wakil.




group perempuan, kitorang menang! tarik tali ni style liga, kira markah n kene lawan dengan semua group. so kalo memang tu maknanya kitorang menang lawan lagi tiga group tu. calayah!


unfortunately team lelaki kitorang kalah. dahla tak cukup pemain, kurang pulak berat masing2. tapi, kalah dengan bergaya pasal walaupon tak cukup player, kitorang tetap compete sampai habis..


haruslah seronok kan diorang pasalnyer menang duit RM1000! bagi2 lah antara korang kan. nasib jugak ada pengurus pasukan yang baik, kak hanita. dialah yang kehulu kehilir cari orang nak masuk tarik tali ni (untuk team perempuan).


eh, kenapa ada gambar aku bersama x-bosses aku? en khairul (left) adalah bos yang pertama aku masa join kliuc. pn jamilah (right) adalah bos yang terakhir aku bersama department civil, school of engineering & technology infrastructure (SETI) before aku join department geomatic engineering, school of architecture & built environment.

aku haruslah pompom girl women yang tegar! hahahahahahaa. pegi padang siap bawa payung lagi. tapi jap, mana payung aku? ni mesti si zul (meachy) dah buat main2 ni!

Wednesday, May 19, 2010

sesi mendera untuk kesekian kalinya : part 3 (finale)

mengada sungguh kan, siap berpart2 kebagai. ampeh!




oh ya, demi mengikut nafsu makan si budak gila tu (shimie, ko ler tu), maka berpergianlah kami lima sekawan ke melaka. bersesak2lah kami memasuki bandar melaka yang sedia sesak tu. ayoi asyik lah snap2 click2 gambar kiri kanan depan belakang. tiqa dah selama kroh2 (yelah, die kan cramp!).


setelah sampai di zen, semorang ialah kelaparan tahap dewa dewi aras langit ke 18 (eh, ada ke?). masing2 order tanak kalah. shimie haruslah order apple cramble yang didambakan setelah sekian lama itu. so shimie, ko dah tau tempat restoran zen ni kan, next time kalo ko mengidam lagi, ajak ler awek ko datang kedai ni.


orang cramp pon kne makan dessert yang best2 jugak, walaupon die ialah tokan kek yang berjaya. nak tiru recipe ke? secret u know!


lapar lapar lapar. menunggu ketibaan air suam pon lama. nak kata ramai orang kat zen, takde maknanya. aku tengok suma meja dah diserve. tinggal meja kitorang je. mungkin diorang kne kumpul kayu api dulu baru boleh masak air untuk serve air suam kitorang. dan mungkin jugak kayu api tu diorang kne kutip kat campsite gunung datuk. mungkin kah?


sodapnya! hampir terkeluar air liur aku skrang ni weh. sedapnye! memasing makan dah tak toleh kiri kanan.. tapi kesian ayoi, makanan die hanya sampai lepas kitorang dah abes makan. ko tu order meatballs speghetti bolognase ayoi! ko harus faham bahawa diorang perlu naik ke tingkat 3 dataran pahlawan tu, untuk ke carefore, untuk membeli minced meat, bagi memproduce meatballs untuk kuah bolognase kau. itu yang mengambil masa yang agak lama tu..


tanak kalah tu. semalam dah makan kambing. arini kambing lagi. hangin ko karang kepanasan!


itu dia izzat yang sungguh happy dapat makanan. suma stok mentekedarah. beringat ler ko tu dahlah lactose intolerance izzat oiiii.. nak jugak speghetti carbonara.



kat zen ni, budak gila yang belanja. seronoknya! sebab ko terasa bersalah eh menipu kitorang.. mwahahahahahaaaa... bila nak belanja lagi?

lepas dari tu, kitorang jalan-jalan, lepak kat bilik hotel mama kejap, then teruskan perjalanan balik ke tempat masing2. izzat n tiqa hantar shimie ke melaka sentral. then kitorang singgah dinner kat RFC, tempat pakcik kerje. makan2 n pulang.

bestnya! walaupon sakit2 seluruh badan, tapi memang worth it la. aktiviti menyihatkan badan.

next, ke mana kita?

Tuesday, May 18, 2010

sesi mendera untuk kesekian kalinya : part 2

part 1 boleh baca kat sini.

entry kali ni adalah untuk mendisplaykan gambar2 yang diambil oleh ayoi dengan menggunakan camera gedegang beliau.. sambil2 tu ada cerita ceriti tambahan..

ni adegan nak cocok sapa ni?

pendakian bermula. start aje dah mencanak naik 80darjah. jawab!

eleh, mula2 boleh la ko kat depan aliaa oiii!

apakah ini pitstop pertama?

yang ni sebelum kitorang jumpa geng seremban yang muntah tu..

yes, pakcik ni ialah potong kitorang ye!

agedan perasan comel (menyampah)

tqa memang drama queen

baru 1/10 perjalanan weh!

ayoi tu lenggang mak minah aje..

ya, inilah real scene

ni berlakon FAO kapalterbang terhempas ke?

kami sayup2 di atas nun

kalo bab berlakon, memang tak kalah

tiqa : sepohon kayu daunnya rimbun

bertembung dengan geng2 yang asyik la gelak2

jauh kak?

tongkat kesaktian yang banyak membantu

nampak tak aku tu?

eh, takkan shimie pon mengah? kata workout tetiap ari

harus posing gaya cover album

tokleh blah!

laluan antara baru yang mencabar minda!

kami terjumpa orang tengah bertapa.

celah2

ini tandanya dah nak sampai puncak!

akhirnya semua sampai. haruslah aku peserta terakhir kan.

ramai gila yang dah sampai. diorang ada yang camping tido atas gunung malam tu..

lunch sebelum mendaki 20m terakhir

nyanyai "kami ahli pengakap muda, buat sehabis baikkkkk!"

tiqa tetibe start cramp (ye tiqa, citer cramp ko akan berpanjangan, siap aku akan cerita kat anak cucu aku lagi!)

napa ayoi camtu? nak kentut ke? batal air semayang!

kami menunggu tiqa punya cramp surut sket.

apparently tak surut2 je

tapi die nak jugak tu pajat ke stage pertama (ada 3 stage sumanya untuk sampai puncak)

stage pertama : tetiba dengan scene yang chanteks boleh pulak cramp itu menjadi2.

dalam pada cramp tu, haruslah sempat posing ye!

tunggu lagi. panas weh..

nampak tak aku tengah panjat tangga stage ke-3 tu? nak sampai dah.. woohoo!!!!

ini ialah perjalanan pulang. oleh kerana terlupa yang bekalan air ialah bersama ayoi dan izzat, maka aku, shimie n tiqa ialah berkongsi setengah botol mineral water (saiz 500ml). challenging weh!

lepas mendarat di ground, kitorang angkut2 barang, pasang kemah kat sebelah campsite budak scout tu.. lepas maghrib, terus tart bakar2 ayam n kambing, bersama potatoe n sweet potatoe. marinate ayam n kambing - credit to izzat, sodap gila beb (ke sebab kitorang kelaparan?). idea potatoe tu dari tiqa n sweet potatoe tu dari shimie gila..

biro bakar dan pembakaran : tiqa n shimie

sementara tunggu isyak sekali. baca yaasin, doa memohon perlindungan dariNya.. aminnn

izzat pon tolong jugak tau. aku aje yang tengok pasal aku dah setup tempat makan depan dorm kemah lelaki. kemah perempuan yang kanan, kemah lelaki yang kiri.

ko blasah aje kan shimie pakai tongs untuk bakar kayu api. tongs tu la yang kepit makanan, tongs tu la yang kepit kayu api. cis gila! (aku ialah still geramz  lagi masa ni pasal shimie tak kasitau die nak join)

tiqa ialah penat menahan "cramp". sebab tu la membakar sambil bersila.. ahahaa

slurrpppp (aku ialah tengah lapar masa tulis entry ni)

makan makan makan


oleh kerana kami yang perempuan (izzat, aku n tiqa) dan mandi kat toilet lepas turun dari gunung, geng2 lelaki pulak nak pegi mandi. nak pegi mandi kat sungai katanya. ada mitos yang mengatakan kalau mandi sungai time siang, airnya sejuk. time malam, airnya panas. tapi, ayoi kata sejuk jugak. eleh ko tu ayoi, time bila yang air panas? kat cameron aritu? cit podah.. oh, masa diorang mandi manda tu, kitorang yang perempuan ni gosip2 la.. hahahaa

lepas diorang balik dari mandi, terasa lapar lah pulak. so kitorang masak meggie! uish, sungguh tak berkhasiat!

lepas tu kitorang tido. subuh tu bangun n solat, then prepare untuk masak hotcake (tiqa la).. kitorang tengok aje. haha.
sambil tu shimie ialah bakar jagung.. sodap! (tengok, aku tengah lapar ni)

budak2 scout yang gigih masak. eleh, kalo setakat pakai solid fuel (lilin askar) tu, boleh la citer. cuba ko masak pakai kayu api? jawab!

eh, terselit sket gamba menuju puncak

chef cramp sedang memasak

tak sabar!

koleksi pilihan spread.. nutella? jem blackcurrent? jem strawberry? honey?

ayoi peserta pertama yang dapat makan! bedebah kau!

eh, napa ni? bajet comel, menyampah.

budak scout yang pakai baju scout

ini ialah anak-anak cikgu scout.

lepas breakfast n habiskan semua makanan, kitorang start kemas. time ni memang terasa ketegangan otot2 diseluruh badan, tapi bukan cramp ye tiqa oiiii.. hahahaha. so kitorang terus kemas, lipat kemah, bersihkan campsite, then bertolak ke melaka pasalnye ade budak gila (shimie) ialah nak makan dekat Zen kat dataran pahlawan, melaka. so kitorang amek keputusan untuk berenti mandi di restoran jejantas ayer keroh, di mana aku terserempak dengan mama n kanaks yang ondaway ke equatorial hotel, melaka untuk stay sana seminggu. mama ialah nak observe student tesl upm practical kat melaka.

pasal Zen? entry lepas ni k!