Tuesday, May 18, 2010

sesi mendera untuk kesekian kalinya : part 1

1-2 May 2010 yang lepas, bepergian lah kami lima sekawan ke gunung datuk. gunung datuk ni bukan kategori gunung pon sebenarnya, nama aje gunung. die bukan kategori gunung sebab ketinggiannya adalah 800++m aje dari atas purata laut [kalau dalam bahasa surveynye, Mean Sea Level - MSL]. kalau tak salah aku la kan, yang boleh dikategorikan sebagai gunung ialah puncak yang berada 1000+m dari aras purata laut.

lima sekawan : 

  shimie, izzat, tiqa, aliaa, ayoi

kitorang bertolak dari 2 tempat yang berasingan. aku dan ayoi bertolak dari rumah aku (ayoi datang rumah aku, park motor die kat situ). izzat, shimie dan tiqa datang dari alor gajah, melaka. sebenarnya, aku n ayoi tatau pon shimie akan datang. izzat kasitau kitorang yang ada member die nak ikut. so kitorang bajet2 member kat ofis die la kan yang nak ikut. siap kata "member aku tu laki, tapi ala2 softlan sikit. so kemungkinan kita yang kene jaga die". aku pon tak kisah la kan. bukannyer nak kene dukung die naik kan. kalo ko tak larat, tinggal aje tepi jalan. balik nanti kitorang angkut.. haha..

so kitorang janji nak jumpa lepas tol pedas/linggi. kitorang sampai dulu, walaupon kitorang siap breakfast dulu kat mapley rumah aku. tunggu dalam 10 minit, diorang pon sampai. sampai2 aje ayoi kata die nampak shimie. siap cakap "eh, member izzat tu macam shimie la, lari pon gaya lari shimie". aku pon kata "eleh ko tu, rindu sangat kat shimie". lepas tu izzat datang kat kereta kitorang, die kata "ha, nampak shimie tak?". aku kata "shimie mana plak. die kan kelas kat UTM wekend2 camni".. izzat kata "eh, tu shimie la. die join".. kebetulan pulak shimie keluar dari toilet, sah shimie.. keji punya budak. siap berpakat dengan izzat n tiqa tanak kasitau aku n ayoi. cis bedebah betul!

lepas dah keluar kata-kata puaka dari mulut aku, kitorang pon bertolak ke kaki gunugn datuk. mengikut direction yang diobtain dari blog sapa ntah (sory lupa nak amek blog address n link kat sini), kitorang pon sampai. parking kereta dah penuh. nasib ada lagi ruang kosong untuk lagi 2 bijik kereta. parking then senaman regangan sket2. yang lebihnya amek2 gamba. besalah, mengada lebih kitorang ni kan, bajet artis (sila muntah). 

sebelum tukar2 kasut masing2, tiqa bahagi2kan makanan yang die dah siap2 pack kan untuk kitorang. ada chicken pie, bun sambal n cheese, etc. banyak weh. habis ke ni? kalau perut izzat panjang sejengkal, perut ayoi jangan diduga, apetah lagi perut aku, tiqa n shimie yang memang stok perut tong sampah kan. mwahahahaaaa...


maka perjalanan pon dimulakan dengan bismillah. eh, nampak aje jalan ni menurun. tiqa kata "eh, kata naik gunung. kenapa jalan menuruh nie?".. aku yang dah pernah naik sebelum ni kata "jangan la tertipu ye kawan2".. lepas tu...


eh, kenapa ayoi nak beramas-mesra dengan shimie nie? sebenarnya ayoi tak puas hati la pasal shimie tak kasitau die nak datang. aku pon tak puas hati jugak tapi just boleh tonjol kepada die aje.. ayoi boleh sepak-terajang. bestnya!
 

tak sampai suku perjalanan, semua dah pegang pinggang. mwahahahaaaaaa.. perjalanan kami lebih panjang pasalnye asyikla nak berenti amek gamba...

 
 
 
 ye, kitorang memang tak sayang ko, shimie! pasal ko tipu kitorang [masih tak puas hati pasal tatau shimie nak datang]

 

gambar menceritakan penderaan yang kami alami, baik zahir mahupu batin. masa naik memang lah mendaki dengan kaki, tangan, lutut, siku, bahu segala. masa turun lagi lahhhh.....

 

kitorang take-5 rest ntah brapa kali. pasalnye memang kne amek mood dulu before teruskan perjalanan. oh, lupa nak cerita. masa kitorang parking kereta sebelum tu, ada lagi satu group geng2 lelaki dari seremban nak naik jugak. buat stretching sebelah group kitorang aje. then diorang naik dengan cepat, siap potong kitorang. tetibe kitorang terserempak dengan diorang pasal salah sorang tu ialah tengah muntah. kitorang bajet, mesti diorang ni baru aje lepas makan, terus panjat naik. makanan tak sempat hadam lagi. tapi sampai sudah, sampai kitorang turun balik pon tak jumpa diorang. so kitorang bajet konfem diorang patah balik.. so kalau badan tak ready / makanan tak hadam lagi, jangan la gatai2 nak panjat. nanti akan memakan diri.

 

ada jugak pendaki2 tegar / pendaki 1st timer yang naik skali dengan kitorang. lepas dah helo2 n babai2, kitorang teruskan perjalanan n jumpa lagi orang lain.. besalah, tujuan sama, nak sampai puncak sambil menyihatkan badan.. tapi ada jugak yang tersalah bawak kasut...


 

seperti biasa, pantang ada tempat / scene yang best2, konfem kitorang akan berhenti dan amek gamba. ish, pantang disua camera. memang kaki bergambar! by the way, entry yang ni adalah gambar dari camera aku. dari camera gedegang ayoi belum lagi ye. yang tu lagi cantik, maklumlah, pakai DSLR..

 

memang slope sangat mencabar. 70-80% of the time adalah slope yang mempunya 70-80degree. bayangkan kne stretch muscle camne..

 

 

akhirnya kitorang sampai ke tempat rehat pertama dan terakhir. yang ni tempat official. patutnya ada pondok, tapi dah roboh, tinggal atap aje. oleh kerana kawasan agak luas, kitorang berenti makan2 sikit. pisang, asam, gegula, cekelat, etc. minum toksah cakap la kan berglup glup..
 
 

 

 

perjalanan diteruskan lagi. lagi banyak pokok dan tumbuhan yang pelik2 yang kitorang jumpa. binatang2 pon tak kurang jugak cuma tak nampak. bunyi ada, desiran die lompat / menyusur dari pokok ke pokok pon ada, cuma tak nampak aje. die jaga kitorang kot.. hehe

 

 

 

ntah berapa banyak batang pokok besar yang kitorang kene pantas / langkah. tak terkira dah! bila sampai tahap ni, dah fikir "bila la nak sampai ni". 

 

 

 

 

 

 

lagi suku perjalanan, suma dah tak kuasa nak amek gamba. suma jalan senyap aje kecuali ada la ayat2 makian / cacian dari diorang yang lain tu pasal gosip2 yang terkini.. haha

 

oh, akhirnya kitorang sampai kat puncak. tapi kitorang makan lunch dulu sebabnya terlalu ramai kat atas batu besar puncak gunung datuk tu. so kitorang lepak2 dulu makan, borak2.

 

lepas tu, kitorang tengok dah ramai budak2 yang turun. so kitorang pon nak panjat la batu-batu besar tu. ada 3 stage untuk completekan 20m yang terakhir. lepas stage yang pertama, tiqa dah start cramp. cramp stok tokleh bengkok kaki.. ahhahaaa... kitorang mula syak, yang die ni cramp sebab nervous tengok bawah gunung yang sayup2 aje. ni kalo jatuh memang pergi tak kembali. so die duduk aje la kat situ, sambil tu sapu yoko-yoko la, sapu deep heating cream la, macam2 lagi. tapi tak kurang jugak. so aku, ayoi n izzat decide untuk panjat naik dulu.

 



hoooyeeaahhh! sampai atas sudah! best wooo.. tapi kali ni panas gila, matahari atas kepala! maybe sebab kitorang sampai dah tengah hari. aritu masa aku pegi, sampai dalam pukul 11pagi lagi. so angin masih kuat. kali ni angin takde. panas pon panas lah, janji dapat tengok pemandangan best!


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

lepas dah puas bergambar, shimie pon sampai. die kata die tinggalkan tiqa kat bawah.. so kitorang bergambar lagi!

 

 

kitorang spend lebih kurang 20 minit kat atas tu. sebab tak tahan panas (ni belum panas akhirat weh!), kitorang pon turun la ke bawah balik, untuk memulakan perjalanan pulang..

 

perjalanan pulang lebih menguji minda dan otot peha serta kaki. oleh kerana suma slope tu sangat curam, so kalo nak turun sama ada ko kene mencangkung, hulur sebelah kaki ke bawah, then kaki lagi sebelah, then selamat mendarat ataupon turun mengundur. seolah-olah macam ko buat ketuk ketampi la kan, cangkung n naik, ulang-ulang. so berapa ratus slope ada, ko bayangkan kene buat camtu 1000 kali or lebih, tak ke menggeletar kaki ko? time ti jangan cakap la kan. ayoi n izzat dah lama tinggalkan kitorang (aku, tiqa n shimie). aku memang turun dengan slow pasalnye tunggu tiqa yang asyik cramp aje. tapi sampai ke separuh perjalanan, somehow tiqa pecut laju tinggalkan kitorang. so shimie punya telahan terharap cramp yang dihadapi oleh tiqa ialah sebenarnya die takut tinggi. tu yang die panic, then terus kaki cramp. erm?? yeke??

 

dalam perjalanan balik tu kitorang terserempak dengan sorang brother ni, die suruh panggil die abg lan / bro lan. aku borak2 kejap aje, then terus turun sebab takut nanti bila stop lama2 dah tak larat nak turun dah. shimie yang borak lama dengan bro lan tu (yang akhirnya jadi abg angkat shimie).

aku n shimie selamat sampai parking kereta dalam pukul 6pm camtu. time tu ayoi n izzat dah sampai lama, tiqa baru sampah dalam 15 minit camtu. so kitorang angkut barang2 dari kereta ke campsite, di mana kitorang bercamping sebelah geng2 budat scout (pengakap) dari sekolah kat klang.. yang tu citer entry lepas ni k!

2 comments:

Mak Su said...

waaaah, gunung datuk, maksu dah daki 2 kali. sekarang no way, i serender

dokek dah dengan kampung maksu, tapi lain simpang ler :)

aliaaroslan said...

maksu - ni pon kali ke-2 saya. masih sakit badan lepas turun. maklumlah, jarang bersenam. hehe