Tuesday, May 18, 2010

sesi mendera untuk kesekian kalinya : part 2

part 1 boleh baca kat sini.

entry kali ni adalah untuk mendisplaykan gambar2 yang diambil oleh ayoi dengan menggunakan camera gedegang beliau.. sambil2 tu ada cerita ceriti tambahan..

ni adegan nak cocok sapa ni?

pendakian bermula. start aje dah mencanak naik 80darjah. jawab!

eleh, mula2 boleh la ko kat depan aliaa oiii!

apakah ini pitstop pertama?

yang ni sebelum kitorang jumpa geng seremban yang muntah tu..

yes, pakcik ni ialah potong kitorang ye!

agedan perasan comel (menyampah)

tqa memang drama queen

baru 1/10 perjalanan weh!

ayoi tu lenggang mak minah aje..

ya, inilah real scene

ni berlakon FAO kapalterbang terhempas ke?

kami sayup2 di atas nun

kalo bab berlakon, memang tak kalah

tiqa : sepohon kayu daunnya rimbun

bertembung dengan geng2 yang asyik la gelak2

jauh kak?

tongkat kesaktian yang banyak membantu

nampak tak aku tu?

eh, takkan shimie pon mengah? kata workout tetiap ari

harus posing gaya cover album

tokleh blah!

laluan antara baru yang mencabar minda!

kami terjumpa orang tengah bertapa.

celah2

ini tandanya dah nak sampai puncak!

akhirnya semua sampai. haruslah aku peserta terakhir kan.

ramai gila yang dah sampai. diorang ada yang camping tido atas gunung malam tu..

lunch sebelum mendaki 20m terakhir

nyanyai "kami ahli pengakap muda, buat sehabis baikkkkk!"

tiqa tetibe start cramp (ye tiqa, citer cramp ko akan berpanjangan, siap aku akan cerita kat anak cucu aku lagi!)

napa ayoi camtu? nak kentut ke? batal air semayang!

kami menunggu tiqa punya cramp surut sket.

apparently tak surut2 je

tapi die nak jugak tu pajat ke stage pertama (ada 3 stage sumanya untuk sampai puncak)

stage pertama : tetiba dengan scene yang chanteks boleh pulak cramp itu menjadi2.

dalam pada cramp tu, haruslah sempat posing ye!

tunggu lagi. panas weh..

nampak tak aku tengah panjat tangga stage ke-3 tu? nak sampai dah.. woohoo!!!!

ini ialah perjalanan pulang. oleh kerana terlupa yang bekalan air ialah bersama ayoi dan izzat, maka aku, shimie n tiqa ialah berkongsi setengah botol mineral water (saiz 500ml). challenging weh!

lepas mendarat di ground, kitorang angkut2 barang, pasang kemah kat sebelah campsite budak scout tu.. lepas maghrib, terus tart bakar2 ayam n kambing, bersama potatoe n sweet potatoe. marinate ayam n kambing - credit to izzat, sodap gila beb (ke sebab kitorang kelaparan?). idea potatoe tu dari tiqa n sweet potatoe tu dari shimie gila..

biro bakar dan pembakaran : tiqa n shimie

sementara tunggu isyak sekali. baca yaasin, doa memohon perlindungan dariNya.. aminnn

izzat pon tolong jugak tau. aku aje yang tengok pasal aku dah setup tempat makan depan dorm kemah lelaki. kemah perempuan yang kanan, kemah lelaki yang kiri.

ko blasah aje kan shimie pakai tongs untuk bakar kayu api. tongs tu la yang kepit makanan, tongs tu la yang kepit kayu api. cis gila! (aku ialah still geramz  lagi masa ni pasal shimie tak kasitau die nak join)

tiqa ialah penat menahan "cramp". sebab tu la membakar sambil bersila.. ahahaa

slurrpppp (aku ialah tengah lapar masa tulis entry ni)

makan makan makan


oleh kerana kami yang perempuan (izzat, aku n tiqa) dan mandi kat toilet lepas turun dari gunung, geng2 lelaki pulak nak pegi mandi. nak pegi mandi kat sungai katanya. ada mitos yang mengatakan kalau mandi sungai time siang, airnya sejuk. time malam, airnya panas. tapi, ayoi kata sejuk jugak. eleh ko tu ayoi, time bila yang air panas? kat cameron aritu? cit podah.. oh, masa diorang mandi manda tu, kitorang yang perempuan ni gosip2 la.. hahahaa

lepas diorang balik dari mandi, terasa lapar lah pulak. so kitorang masak meggie! uish, sungguh tak berkhasiat!

lepas tu kitorang tido. subuh tu bangun n solat, then prepare untuk masak hotcake (tiqa la).. kitorang tengok aje. haha.
sambil tu shimie ialah bakar jagung.. sodap! (tengok, aku tengah lapar ni)

budak2 scout yang gigih masak. eleh, kalo setakat pakai solid fuel (lilin askar) tu, boleh la citer. cuba ko masak pakai kayu api? jawab!

eh, terselit sket gamba menuju puncak

chef cramp sedang memasak

tak sabar!

koleksi pilihan spread.. nutella? jem blackcurrent? jem strawberry? honey?

ayoi peserta pertama yang dapat makan! bedebah kau!

eh, napa ni? bajet comel, menyampah.

budak scout yang pakai baju scout

ini ialah anak-anak cikgu scout.

lepas breakfast n habiskan semua makanan, kitorang start kemas. time ni memang terasa ketegangan otot2 diseluruh badan, tapi bukan cramp ye tiqa oiiii.. hahahaha. so kitorang terus kemas, lipat kemah, bersihkan campsite, then bertolak ke melaka pasalnye ade budak gila (shimie) ialah nak makan dekat Zen kat dataran pahlawan, melaka. so kitorang amek keputusan untuk berenti mandi di restoran jejantas ayer keroh, di mana aku terserempak dengan mama n kanaks yang ondaway ke equatorial hotel, melaka untuk stay sana seminggu. mama ialah nak observe student tesl upm practical kat melaka.

pasal Zen? entry lepas ni k!


0 comments: