Friday, July 10, 2009

darah

semalam n harini ada kempen derma darah kat ofis. my boys (kanak2 taekwondo) yang anjurkan.. tu pon lepas aku dah tunjal2 diorang tu suruh buat kerje amal (tipu aje, aku buat teknik ugutan aje)..

so kepada sesiapa yang layak untuk menderma, datang la beramai2 kat dewan serbaguna ikram, dengan bahasa inggerisnya :MPH.. kenapa mph? sebab nama panjang die ialah multi purpose hall..

kelayakan untuk penderma adalah:
  1. sihat tubuh badan.. kalau selsema ke, batuk ke time2 ko nak menderma tu, kirim salam antarabangsa aje lah ye.. lenkali bila dah sihat, datang lah..
  2. berumur antara 18-60 tahun.. kalau yang umur 17 tahun tu, kne dapat consent / kebenaran dari mak n apak yu all dulu yar..
  3. berat lebih dari 45kg.. derma darah ni kira berat ye, bukan BMI.. kalau ko tinggi tapi kurus gila tapi berat ko 45kg, boleh aje derma.. jangan nak kata alasan BMI ko tak normal pulak..
  4. tidur lebih dari 5 jam pada sebelum hari pendermaan.. kalo korang stay up study ke main game ke n tido pkul 5am, pkul 7am dah bangun, memang tokleh yu all.. so kalo dah tau nak menderma tu, tido ler cukup2 lima jam atau lebih ok!
  5. tiada masalah kesihatan.. kalau sejarah kesihatan korang kurang baik, mcm family member ada hep B / C, sakit jantung, etc, rujuk dokter dulu ok!
  6. tidak mengambil sbrg ubat2an.. kalo korg on medication yg berterusan, kne rujuk dokter dulu ok!
  7. tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan..
  8. telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).. kalau bulan puasa, sahur tu kne makan bnyk sket..
  9. tidak terlibat dengan hubungan seksual sejenis, mempunyai lebih dari seorang pasangan seksual, dan yang sewaktu dengannya..
  10. tidak menghidap HIV atau mempunya hubungan seksual dengan penghidap HIV
  11. untuk penderma wanita : tidak didatangi haid ketika hendak menderma, tidak mengandung ketak hendak menderma & tidak menyusukan anak
  12. Perdermaan terakhir sekurang2nya 3 bulan untuk penderma darah whole blood dan 2 minggu untuk penderma darah aferesis.
  13. jangan menderma jika anda pernah tinggal di England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih dan bernah tinggal di benua eropah dari tahun 1980 hingga sekarang dalam tempoh 6 bulan atau lebih..
so, are you clear about his guys???

jom2 derma darah.. duit nak derma tak berapa banyak yang boleh kasi.. so aku bleh kasi darah aku lah utk digunakan oleh orang yang lebih memerlukan....


bukti aku menderma darah tau.. walaupon gambar ni tahn 2004 (yang ni hosp. klang punya) punya, tapi aku masih menderma sampai skrang.. pagi tadi baru aje jadi peserta pertama untuk pusat darah negara.. seperti biasa, mugiwara always jadi watak tambahan dalam gambar2 kitorang menderma darah.. sebab die tak layak.. hehe.. ko kne makan banyak2 lagi lah mugi!

6 comments:

arfahadnan said...

dah 5 tahun aku tak derma darah...

lalink7 said...

pagi tadi baru aje jadi peserta pertama untuk pusat darah negara..<<<<<<<< susah nak caye statement cik Aliaa kali nie? tol ke pertame? uwexxxxxxxxx...

=D

bile die nak dtg UPM..jauh plak nak g IKRAM..hehehe..

lalink7 said...

owhh tu ke mugiwara<--wtk tambahan? heheheh..sabo je cik Alia.....

julie^beth said...

arfah - tak, masih ada masa lagi.. kalo rajin, pegi aje terus ke PDN kat jalan tun razak sebelah/depan IJN..

lalink7 - betul, kalo tak caye, periksa rekod PDN utk mobile service kat ikram harini punya.. tu la mugi.. die aje mengaku diri die comeyl

mugiwara said...

aku comel pe....
hakhakhak~

erm~
tggu juga bila leh menderma ni~

weh. kalu org kawen bbyk mmg tak leh mnderma la ek...
(rujuk no.9)
haha~

julie^beth said...

mugi - aku pon tunggu jugak bila la ko nak layak derma darah.. nak tengok muka ko ms nurse tu amek darah ko.. hahaha.. p/s: ko kadang2 je comel kot