Friday, July 10, 2009

aku rasa aku dah letih la

aku sangat tersinggung dan terasa dengan orang2 yang amat aku sayang selama ni.. kawan2 aku.. (korang tau sapa korang kan.. ataupon korang tau tapi buat2 tak tau.. tapi takpe, aku akan ingat korang).. tapi bukan semua.. definitely bukan cik nico mahupun encik mugi..

asalnya, cik nico ajak tengok harry potter minggu depan.. aku memang dah janji dengan die n encik mugi nak tengok sama2.. pastu cik nico anta msg melalui facebook kepada kawan2 yang lain.. alasan yang banyak diberikan untuk tidak pergi, termasuklah untuk minta dibelanja.. pulaknya mintak orang yang dah bekerja belanja.. tu aku tak kisah lagi.. tapi pulak ada yang cakap melampau2.. terus aku yang mendiam aje dalam komunikasi berkelompok tu (style msg anta kat ramai orang) bersuara menyurakan pendapat aku..

Aku : aku ni yang dah bercarier ni pon tau jugak kalau ada orang offer nak membelanja aku, idokle mintak pelik2 sampai sepinggal RM100.. kalo aku buat camtu, maknanya aku mengada2..

kalau asal nak berjumpa aje kne membelanja orang atau dibelanja, sampai kiamat pon takkan dapat cukup korum sebab ada sesetengah orang yang mungkin pada waktu itu tengah "sengkek" tapi minta membelanja, die akan kasi alasan "ada hal" dan tak boleh join tapi padahal die betul2 "kering".. orang yang meminta untuk dibelanja pula kadang2 "terlepas cakap" minta dibelanja tetapi masa tu mungkin die bercakap "tanpa niat ape2 pon".. "figure of speech" kata orang..

kesimpulan : kadang2, dalam sedar atau tidak, ape yang kita cakap tu kadang2 mengguris hati sesetengah pihak.. aku pon sama jugak.. aku boleh gerenti email ni konfem mengguris hati semua pihak.. tapi aku rasa mcm dah letih nak dengar rungutan, atau terasa dengan korang2 nie pasal bende simple nie, "belanja makan atau dibelanja makan baru nak kuar".. sebab korang kawan2 baik aku... tapi bila ditegur, dengan cara baik dan beradab, ada yang tak boleh terima hakikat n cerita belakang2 kat orang lain.. last2 putus sahabat.. takpelah.. at least aku dah cakap kat korang depan2 kan..

terpulanglah kat korang, nak terima atau tak.. kalau tokleh terima, abaikan aje email ni, buang aje aku terus dari hidup korang..

tapi izzat, aku tetap akan tunaikan janji aku kepada ko n ayoi untuk sama2 menonton harry potter ahad depan, sebab tak tau lagi bila kita akan dapat jumpa lagi nanti.. pasal transformers tu, ko takyah risau.. aku bleh pegi tengok sorang2.. no heart feelings, don't worry..

ok, aku nak pegi maghrib sat..sorry for everything.. tak tau lagi bila boleh mintak maaf depan2 dengan korang..
pastu pulak ada yang reply cani:
ait smkin ramai asyik touching...parah2....
aku reply balik:
touching ke? mane yang touching? orang yang selalu ingat kat kawan2 sebab tau susah senang kawan2 selalu ada di sisi ataupon bila dah pergi ke tempat lain, lupa kawan2 lama..

aku rasa tak salah kalau sekali sekala teringat kat kawan2 n ajak kawan2 keluar.. tak salah backup kawan2 yang kenal kita lagi lama dari kawan baru kita.. tak salah pon ekspress perasaan kita kat kawan2 yang kenal kita masa susah senang happy sedih..

mungkin kita semua ditakdirkan hanya untuk mencari kawan bila kita susah.. bila kita gembira kawan2 tak perlu lagi..

bagi aku, hargai kawan2 bila diorang ada.. call kawan2 bila rindu kat diorang.. sms kawan2 bila nak ajak diorang keluar makan atau ke mana2..

entah.. lain orang, lain pendapat..

just my thought.. izzat, ko dah biasa kan dengar aku cakap camni.. mungkin korang semua anggap aku terlalu bergantung kepada kawan2 aku.. sikit2 cari kawan.. sikit2 bagitau kawan.. bagi aku, kawan tu takde expired date die.. kawan itu kawan sampai mati.. perlu ke ada sebab kalau aku nak call kawan2? perlu ke ada sebab kalau nak sms kawan2? kalau nak duduk relex2 citer2 saje2 buang masa aku rasa tak salah.. ya, memang aku sayang kawan2 aku.. sebab aku tau, kawan2 aku ada dengan aku masa aku kurang duit, ms aku nak pinjam duit, teman aku pegi makan, teman tengok wayang.. tapi mungkin sbb skrang kita semua sudah ada hidup masing2.. ape yang boleh aku buat adalah tengok gambar lama2 n teringat masa kita mula berkenalan.. masa kita sama2 tak cukup tidur.. masa kita sama2 nangis, etc.. salahkah aku appreciate kawan aku? ataupon aku hanya boleh appreciate kawan2 aku masa kejadian itu sahaja.. aku tak perlu kenang sampai bila2.. tapi aku tak boleh.. aku diajar untuk kenang orang yang berjasa pada kita..

maaf dipinta.. aku harap korang boleh maafkan aku..

entah.. aku tak tau aku yang salah sebab memberitahu kawan2 aku perkara yang terbuku di hati ataupon sebaliknya.. salah ke rindu kat kawan2? mungking diorang tak suka untuk dirindui kot.. mungkin diorang rimas sebab aku aje yang asyik call bertanya khabar diorang kot.. mungkin diorang tak suka sebab pernah berkawan dengan aku yang memang tak cantik, tak pandai, tak pernah ada bf, tak kaya dan tak stylo kot.. yelah, tak ikut peredaran zaman..

so aku tak tau ape harus aku buat.. cadangan?

5 comments:

lalink7 said...

cik Aliaa..
jgn la down sangat ye..
biase la name pun kawan2..walau seakrab mana pun mesti ada sumting yang 'strange' akan berlaku..
saye suke kawan yang berterus-terang..ada mslah bgtau dpn2..ni yang citer blkang2 yang buat sakit jiwa tue..

tapi ape pun pasnie..dorang akan merindui cik Aliaa...dorang akan menyesalnye sbb tak hang out ngan cik Alia..

sbb ape..
ur mOm said..
cik Aliaa nak g UK..hoohohohohoho..
congrat..
=)

p/s cik Aliaa tak pyh jadi orang lain la..yang hipokrit sana sini..jadilah diri kite.. :)

lagi satu jgn la ungkapkan kata-kata 2 baris plg bawah perenggan last tue.. tak best la dengar..
kawan yg kolot je akan fikir camtue..

drnotts said...

go to hell to the bloody hells... aint it!!

drnotts said...

yep.. am alive here in athens greece.. as for you.. you are my sweetie pie!!

mugiwara said...

aku ada dgr juga...
time kita senang baru org nk kata kawan...
time kita susah org tak pandang pn kita...

aku harap dpt jd kawan susah dan senang kpd sumer kwn2 yg aku jmpe...

aliaaroslan said...

lalink - thanx for ur advice n concern.. mcm2 jenis orang ada kat dunia ni kan.. dah konfem nak pegi nanti sy kasitau.. mesti anta tau.. insyaAllah.. doakan ye

mama - greece bestnya.. nak mamamia lah! bestnya imagine berenang kat laut biru n hijau..

mugi - we will try our best but there's always things that we cannot help.. aku berusaha untuk jadi kawan yang sebaik mungkin utk kawan2 aku semua juga..kita BFF ye