Wednesday, May 27, 2015

Australia adventure : Day 5 : Arriving in Sydney, Ibis King's Cross, Paddy's Market, Darling Harbour, Hard Rock Cafe Sydney, Ferry ride & Sydney Opera House

Pejam celik pejam celik, berlari sana berlari sini, aku pon sampai lah ke Sydney. Dengan badan yang super penat dah tak selesa, aku pon terus ambil luggage dan beli teket train ke King's Cross station. Dari airport kena tukar platform di Central station.

menunggu train jam 6.30 pagi lalalalalalaa

boring lettew tunggu train

Kan aku dah berazam (previous post) yang aku nak minta check in awal pasal badan pun letih dan nak tidur kejap (sebab dalam flight tak boleh tidur). Sampai aje kat train station King's Cross, aku tanya direction ke hotel dari orang di train station tu. Pastu sambil tu aku on google map (again, I loveee google map!!!) dan melangkah lah menuju ke hotel. Oh, dekat aje hotel dengan train station tu. Kalau jalan lenggang kangkung mak limah, dalam 10 minit sampai.

Sampai aje di hotel, orang hotel siap tolong angkatkan beg naik ke reception area. Rupanya aku tersalah pintu. Hahahaha. Aku terus kasi printed out email on my hotel reservation. At that time baru almost 9am dan diorang terus kasi key card, takde minta apa-apa bayaran dan terus aku naik ke bilik.




Bilik ni selesa, standard budget hotel untuk 3 orang sebilik. Ibis King's Cross ni takde bilik untuk single or double. So kiranya kalau kongsi 3 orang memang jimat gila.

Initially memang aku book Malaysia Hall Sydney. Tapi 2 minggu sebelum aku sampai di Oz ni, aku terima email mengatakan diorang terpaksa cancel booking aku sebab diorang perlu buat major renovation kat Malaysia Hall tu, due to old building factor. So this is my next option. Memang kena spend extra, about AUD65 satu malam, aku tidur di sini 2 malam.

Masuk aje bilik, aku terus tidur. About 11.30am aku terjaga, dan mandi bersiap semua dan aku pon keluarlah nak jalan-jalan di Sydney ni. Oleh kerana diorang takda minta apa-apa bayaran masa masuk tadi - aku minta check in awal, aku assume diorang akan charge extra masa nak check out nanti. So, aku dah standby duit siap-siap.

kat tangan aku tu Opal Card

Kat Sydney, or lebih specific di New South Wales (NSW) ni, semua public transport dia pakai Opal Card. Kad tu tak boleh beli dia saja, sebab dia free. Means kalau nak kad baru, beli sekali top up dia, minimum AUD10. No extra charge untuk card tu. Yang bestnya, untuk hari Ahad, naiklah semua jenis public transport berapa kali pon, charge total hanyalah AUD2.50. Murah gila hokey!!!

Plannya aku nak ke Paddy's market. Lepas dah dapat map kat reception hotel tadi, study sikit-sikit dan based on info yang aku cari, aku pon naik train dari King's Cross ke Central. Dari central, jalan kaki keluar sikit dari bangunan dia dan ke LRT stationnya.

Central station



Naik LRT tu dan turun di station Paddy's Market. Betul-betul depan Paddy's market. Macam-macam jual kat sini. Souvenirs - tshirt, fridge magnet, beg, bla bla bla, ada pasar basah, dan lain-lain lagi. Majority penjual berwajah cina. Ada a few yang orang putih Australia. Dan ada beberapa orang Korea. Aku speaking Korea kat orang jual stoken tu tapi tak dapat extra pon. Cisss...

bahagian buah-buahan

aku lapar so beli cheese and tomato toastie




background tu lorong chinatown


street art

Lepas dan beli souvenir kat situ, aku pon naik balik LRT tu dan turun di station nak ke Darling Harbour. Actually lepas turun kat station tu aku tak tau mane arah Darling Harbour tu. Tapi aku ikut je orang jalan ramai-ramai. Tiba-tiba nampak ni dari jauh...


Haaaa memang aku nak cari pon Hard Rock Cafe ni.

settle damage wei
Singgah makan churros cicah coklat jap.



Then, keluar dari mall tu teruslah Darling Harbour. Ler... Senafas je sampai. Layan gambar...












Lepas tu aku ingat nak naik ferry. Kalau ikut info dan map, aku perlu ke Circular Quay. So aku decide nak balik hotel jap drop barang-barang dan solat, then keluar balik.

central station





escalator timber kau

Sampai aje kat Circular Quay, aku tanya kat beberapa wharf tentang mana route yang akan lalu Sydney Opera House. Nak ambil gambar dari atas ferry katanya. Diorang suggest ambil ferry di Wharf 3.

tunggu ferry

Sementara tunggu ferry tu, aku pon belilah sushi roll kat kedai tepi tu. Makan segigit dua, rasa kurang best. So aku buanglah.

antara ferry yg ada
Ferry sampai, aku dengan semangat naik level atas dan duduk tepi sekali. Taaaapiiiii angin kuat gila dan sejuk gila. So gambar tak banyak yang menjadi sebab gegar.

antara hentian ferry tu, kat kawasan ni. kawasan rumah orang kaya-kaya sebab semua bot kecik ni ialah private boat diorang






Sebabkan aku nak selfie dengan Sydney Opera House tu jugak, aku pon slumberlah menahan sejuk, halakan torchlight handphone kat muka dan timerkan gopro. Inilah hasilnya.





Ferry kembali ke Circular Quay, aku ialah kelaparan sebab sushi tadi kurang best, so aku pon belilah large chips kat kedai tepi tu.


Sambil makan chips panas-panas, sambil berjalan ke arah Sydney Opera House, sambil selfie sepanjang jalan.




aku rasa ni selfie paling berjaya untuk gabungkan sydney bridge dan sydney opera house

ini pon boleh la










Sydney Opera House memang tersergam indah. Memang cantik, memang gah. Ada kelas tersendiri.

Lepas dah habis chips tu, kekenyangan dan puas aku menahan sejuk sampai selfie, aku pon ambil keputusan nak balik hotel. Waktu tu dah pukul 10 malam.

sini pon ada Liverpool!


Haaaa sebab sushi yang tak best tu, aku kena food poisoning. Mujur bawa segala jenis ubat. Lepas makan ubat, ulang aling toilet beberapa kali, semuanya settle dan boleh tidur nyenyak malam tu.

Esoknya aku kena gerak keluar awal. Sebab nak kena naik train 2 hours away ke tempat yang cantik gile!!!

6 comments:

Unknown said...

salam aliaa..saya carik kat booking.com x jumpe pun ibis king cross..ade ibis budget eartern sydney sama ke tu? ngn ibis king cross..mcm okay je tempat aliaa duduk ni..sesuai ngn bajet saya..thanks aliaa.harap boleh reply

aliaaroslan said...

@sufian sukri Salam Sufian. Ya betul, nama dia Ibis Sydney East. Location dia 5 minit jalan dari King's Cross station, memang strategic. Bilik tu untuk 3 orang, so kalau kongsi, memang penjimatan berganda :) Bila nak pergi tu?

Unknown said...

hi dik.. akak check tgok harga ibis sydney east ni xjumpa pn cam harga yg adik dpt ni.. smua 1 mlm 3rts lbh. adik book melalui apa yer. cer ajar hakak nih..tq klu sudi rply :)

aliaaroslan said...

@Misz B hi kak... saya book melalui website ibiz... harganya AUD70++ untuk satu malam, jadi RM210++ macam tu... kena book awal biasanya kak, kalau nak harga murah...

Unknown said...

salam. sister, sis travel sorg ke? opal card tu nak beli kat mana ya? my friends n I akn travel sydney inshaaAllah. jd tgh survey pggunaan opal card tu. :)

aliaaroslan said...

@sis syada salam syada... saya travel sorang... opal card tu boleh beli di convenience store, macam newsagent atau 7eleven punya style tu.. sydney memang best. berapa hari nak pergi tu?