Ahhaaaaa sorry lah gap lama sangat dari the previous post. Harini 1st day final exam kat IUKL, so sebelum final exam, kenalah siapkan carry marks students kan. Maksudnya kena siapkan marking semua coursework - tutorials dan test. Then perlu bagi balik kat student, suruh diorang check mana yang diorang buat mistakes, dan ambil balik untuk key in markah semua tu dalam sistem. Well, bunyi macam boring kan, tapi bertabah!!!
OK, hari ke-3 aku di Australia, masih di perth lagi. Harini aku ada driver. Yey!!! Hahahahah.. Si Loqman lah, dia kawan sekolah aku, kenal since darjah 1. Amekkaw berapa zaman dah aku kenal dia ni.
Memula plan nak pergi sand boarding kat Lancelin. Tapi lambat pulak Loqman ni sampai nak ambil aku kat Malaysia Hall tu. Aku pukul 7am dah siap, pastu siap jalan pergi city kejap, beli top up prepaid pastu jalan kaki balik ke Malaysia Hall, dia tak sampai-sampai lagi. Cet!. Last last nak dekat pukul 9am baru dia sampai. Aku pulak haruslah lapar. So tukar plan, takyah ler nak pergi Lancelin tu. Jauh pon jauh, 2++ hours jugak nak drive ke sana. So kitorang decide pergi Caversham aje lah. Nama pendek dia, zoo.
Pagi-pagi wajib breakfast, so kami ke Dome. Hahahahaha sekali lagi, macamlah Dome takde kat Malaysia. Mane boleh sekejap kalau breakfast dengan dia ni, haruslah lama. Borak sakan apebende entah.
Lepas tu singgah Malaysia Consulate kejap, si Loqman ni nak kenal dengan mummy Bobo. Aku ape lagi, haruslah bergambar depan embassy. Feeling oversea sangat!
Lepas tu teruslah kami ke zoo tu. Driving dalam 30 minit jugak. Sama aje rules jalan raya kat sini dengan kat UK nun, kalau speeding, saman AUD300. So kenalah ikut speed limit. Dah rasa macam kalau orang jogging kat sebelah kereta, dia dah potong dah.
Malam sebelumnya Loqman whatsapp aku, cakap dia beli jajan banyak gila nak makan dalam kereta. Seriously banyak, satu beg plastik besar. Nachos 4 bungkus besar, Tim Tam 4 jenis, Coklat cadbury ape entah 5 packs. Hadoila, ko nak kasi sapa makan?
Sampai kat zoo, teruslah bayar admission fees dan masuk. Kami terjah dulu tempat kangaroo. Tapiiiii ramai sangat orang.
|
kangaroo semua tidur kekenyangan |
Oleh kerana rasa ramai sangat orang dan haruslah dah kekenyangan semua kangaroo tu dah berapa puluh orang kasi dia makan, so kami decide jalan ke tempat lain dulu. Balik nanti baru singgah kat tempat kangaroo tu.
Selain kangaroo, wajib ambil gambar dengan koala bear kalau datang Oz ni. So ape lagi, kitorang pon pergilah kat tempat koala bear. Masuk area situ, boleh ambil berapa banyak gambar pon nak. Dan kalau nak pegang, akan ada specific instruction dari penjaga dia, which is boleh usap bahagian kaki ke bawah je.
Dan, sebab koala bear ni punya makanan ialah daun-daun yang rupa macam kangkung tu je, which tidak mengandungi banyak sangat energy, koala bear ni pon takde lah banyak sangat energy nak bergerak. Sebab tu lah diorang tidur 20 jam atau lebih sehari.
|
tidur tapi boleh posing camtu ok! |
|
yang ni separa tidur kot |
|
Loqman ni memang perangai ambil gambar senget menyenget. Aku pon tak faham, kata kau arkitek? |
|
staring competition kata mereka |
|
selesa tempat nak tengok dan bermesra dengan koala bear ni. |
Cuaca sangat best. Matahari keluar tapi ada angin sejuk sekali sekala. So selesa aje, tak berpeluh pon. Lepas pergi tengok koala bear, kitorang pergi tengok binatang lain pulak.
|
ada sekumpulan special needs children berombongan ke zoo ni jugak |
|
Llama ni mengingatkan aku kat kartun KUZCO - Emperor's new palace kan nama kartun tu? |
Ha, kat open farm ni Loqman dah tak layan dah aku, so aku pon selfie je lah, pedulik hape. hahahaha. Lepas tu kitorang masuk ke barn tengok show.
|
potong bulu kambing biri-biri |
|
seekor kambung biri-biri, besar ni hasilnya |
|
budak-budak kecik dapat susukan kambing |
Tak cukup show farm, kami meet and greet binatang-binatang yang jarang dijumpai jugak.
|
sila fokus kepada burung hantu belakang tu |
|
Nak pegang sloth (cerita kartun ice age) tapi boleh pegang ekor je |
|
beratur nak pegang wombat |
|
Ha, ni wombat. Sama aje kategori dengan koala bear, suka tidur. Tapi sensitif, boleh pegang bahagian kaki je. |
Lepas tu kami pon singgah balik ke tempat kangaroo. Haaaaa dah tak ramai orang, dan ada kangaroo yang tengah main-main. So ambil sikit makanan kangaroo (makanan disediakan) dan bagi dia makan. Bak kata Loqman, pose wajib datang zoo ni ialah bagi kangaroo makan.
|
just in case sapa-sapa nak tau |
|
ini candid. tak sure apa tujuan gambar ni. |
Best jugak ronda-ronda zoo kan. Lepas tu kami balik ke Perth, pergi Perth mosque untuk solat.
|
lighting tak berapa best, ini je gambar paling best yang dapat. |
Dari Perth mosque tu kitorang jalan kaki aje, misi mencari apple strudle Corica. Masa aku nak datang Oz ni ada kawan suruh aku cari, sedap sangat katanya. So, kami ikut google map dan sampailah kat kedai ni. Lerrrrr dekat sangat dengan Malaysia Hall. Cet.
Kitorang beli 1 box apple strudle dan try blueberry cheesecake dia.
|
comel kan kedai dia |
Then kitorang jalan kaki balik ke Perth mosque sebab kereta parking kat situ.
|
aku nak selfie sorang sebenarnya depan Perth mosque ni. Sebokkkkkk cameo kat belakang tu. |
|
Lepas tu cameo tu boleh pulak ajak geng. |
Actually budak pakai tshirt putih kat atas tu dia tengah jalan kat tepi jalan tu je, dia duk tengok apebende yang aku duk selfie sangat kan. Loqman lambai panggil dia. Pastu diorang borak-borak kejap. Budak ni asal dari Greece, datang merantau dan bekerja. Dia kerja kat minimart dan part time ambil upah cat bangunan, kebetulan haritu dia nak cat masjid tu. Bila tanya bila dia nak balik Greece, dia kata bila dia dah cukup duit. Rajinnya! Walaupun dia non-muslim, dia percaya dengan kena usaha dan kerja keras untuk dapat hasil.
Ok, anyway, lepas tu kami decide nak makan apple strudle tu kat King's Park.
|
co-pilot tengah riba apple strudle corica |
|
arkitek terlajak kereta masa park. |
King's Park, view dari atasnya memang sangat sangat cantik!!! Subhanalla!!!
|
Malay States |
|
Sedap gileeeeeeeeeeeeee apple strudle tuuuuu |
Sambil makan apple strudle, sambil makan jajan si Loqman, sambil layan view, sambil layan sunset.
Mestilah aku nak selfie background Perth city kan. Mestilah kena guna teknik Shah Jepun kan - lighting depan muka, no flash. Walaupon driver aku tu buat muka sengal, aku tak pedulik. Janji gambar aku cantik. Hahahahahaha
OK, kitorang kan mana berhenti lunch. Tapi, tak kelaparan pon sebab makan junk food aje whole day dan apple strudle sekotak tu. So, malam kenalan makan bagus sikit. Driver aku tu bawak pergi kedai Malaysian food, Makan-makan nama dia. Kitorang order roti canai bayam dengan keropok lekor.
Lepas dinner kitorang jalan-jalan area, looking for something sweet. So...
Sedap pulak tu!!! Ambil berisa raspberry ape entah. Habisss dimakan. Hahahaha
Then, balik ke Malaysia Hall, Loqman singgah solat dia Malaysia Hall, then dia balik rumah, aku pon naik, mandi, solat, tidur....
2 comments:
salam. hee sonoknye gi ostolia ;p
@tiga lalat hujan emas di negara orang... tapi nasi lemak di negara sendiri!
Post a Comment