Macam mana aku boleh decide nak jalan-jalan ke Australia ni? Well, kita kena mulakan dengan booking ticket flight. Awal tahun January haritu, MAS ada buat promotion. Masa tuk takdelah nak tengok tempat yang jauh gila macam kampung halaman ku kat England tu, tengok-tengok around sini aje. Kalau pergi Singapore, aku dah pernah jejak. Lagipon takde yang aku nak cari di Singapore melainkan pergi USS (dalam perancangan). So tengok punya tengok, campur dengan stress tempat kerja dan study, aku pon click click lah website MAS.
Almost everyday aku cari-cari destinasi. Sekali bila MAS buat promo, aku click click multi-city punya option. Landing di Perth, balik dari Melbourne. Tinggg aku dapat ticket harga RM1200. Kalau sebelum ni return Perth dalam RM1600 dan return Melbourne RM2000. So dengan tak fikir panjang, aku terus beli.
Well well, mulanya aku tengok ada option naik train dari Perth ke Melbourne melalui Adelaid dan sebagainya. Train tu akan ambil masa 3 hari 2 malam, tapi sebab mahal sangat harganya (first class train, berhenti intercity dan berharga AUD500++), aku pon kensel. Aku carik lagi option yang lain.
In the mean time, aku borak punya borak dengan kawan-kawan, ada yang kata kalau pergi Oz (Australia) tapi tak pergi Sydney, macam rugi. The heart of Oz katanya. Erm... lama jugak aku fikir. Well, beli tiket bulan 1, nak pergi end of April so aku agak lenggang kangkung sikit buat decision.
Lepas tu aku start cari accomodation dulu. Tadaaa ada Malaysian Hall kat Perth, Sydney dan Melbourne. So dah jimat banyak kat situ sebab Malaysian Hall satu malam AUD20. Oleh kerana tempoh aku pergi tu 10 hari 9 malam, so aku decide untuk stay 3 malam di Perth Malaysia Hall, 3 malam di Sydney Malaysian Hall dan 3 malam di Melbourne Malaysian Hall. So aku pon pergi lah online, dah book kat SINI.
Tapi, aku belum book lagi transportation in between those cities. Yang antara Sydney dan Melbourne tu aku ada 2 options, sama ada naik flight (1 jam 40 minit) ataupun naik bas (8-9jam). Tapi yang antara Perth dan Sydney tu mestilah naik flight. Sebabnyak, kalau flight pon dan 4 jam 40 minit, sila bayangkan kalau naik bas. Pengsan!!!
Tapi, 2 minggu sebelum aku ke Oz, aku terima email dari Malaysian Hall Sydney mengatakan diorang terpaksa tutup Malaysian Hall tu untuk renovation, due to old building factor. Masa tu aku belum book lagi tiket flight in between the cities. So, aku book flight dulu. Aku decide untuk ambil overnight flight Perth ke Sydney, so jimat 1 malam di Sydney. Di Sydney aku book Ibis Budget Hotel dengan harga AUD130 untuk 2 malam. Actually hotel tu untuk sebilik 3 orang, tapi mane aku nak carik orang lain kan? Kata nak travel sorang. So, aku book aje. Bukan tak nak duduk hostel. Memang hostel boleh dapat AUD25 semalam untuk female dorm with common bathroom ataupun AUD35 semalam untuk bilik perempuan berempat, insuite bathroom. Tapi aku mengimaginekan kena bertudung dan menutup aurat all the time dalam bilik tu, aku kensel. Sebab bagi aku tempat aku tidur ialah tempat aku rest lepas seharian aku meredah Oz. So I need a private room. And I am very satisfied with my choice walaupun kena spend lebih sikit dari my initial budget.
So, hari yang ditunggu pun tiba. Lepas subuh 29 April 2015, aku pon bergerak ke KLIA, mother hantar. Aku siap packing pun malam sebelumnya dengan berpandukan list pergi Japan haritu. Cumanya kali ni aku detail sikit. Semua bookings - flight, malaysian hall, hotel, trips, extra salinan passport dan visa aku print out dan masukkan satu file. Supaya senang aku nak mencari nanti just in case mane tau time tu handphone aku nak habis bateri kan. Dan aku simpan softcopy dalam macbook jugak, mane tau tetiba terbang kertas-kertas aku tu semua, so ada lah softcopy.
Sampai di KLIA aku pun check in kat kiosk MAS. Aku tak boleh check in online, katanya aku kena check in di airport. Aku rasa sebab visa kot. Oh ya, pergi Oz ni kena pakai visa, walaupun kita visitor / pelancong biasa. Aku dapatkan visa ke Oz ni dengan bantuan Cik Intan. Boleh email kepada beliau eta.australia[at]yahoo[dot]com. 1 hari dah siap, chargenya RM20 dan visa valid untuk 1 tahun, multiple entry dan 3 months period per entry.
dah check in, tengah beratur nak drop in luggage |
Oleh kerana aku tak suka masuk lambat-lambat, lepas drop in luggage aku terus aje masuk dan terus aje ke gate. Tapi sebab aku sampai gate awal 1 jam dari boarding time dan aku kelaparan, so aku jalan-jalan area gate tu dan decide untuk breakfast di Dome. Baik betul waiter kat situ, dia nampak aku bukak laptop terus dia tanya nak password wifi ke. Aku pon jawablah nak, bukan nak buat kerja pon tapi in case nak check apa-apa online.
Tima masanya, aku pon habiskan makan dan get ready untuk boarding. Ada beberapa group Malaysia yang ada trip ke Perth juga. So dalam flight tu mix Malaysian dan international pessengers. Flight aku pagi, 9.30am dan jangkamasa lebih kurang 6 jam.
meal on board. eksyen nak lamb stew aje. pastu sedih tak makan nasi 9 hari hahahaha. |
Dalam research aku pasal Australian Border ni, senang je konsepnya. Kalau kau bawak, kau declare. Kalau kau tak declare tapi kau bawak dan diorang find out, kau akan kena saman AUD200,000 straight kat airport tu jugak tanpa soal siasat. Dalam kes aku, aku bawak keropok ikan dan asam kering (barang kiriman family Loqman untuk dia). Loqman pon dah pesan kalau makanan, kena bawak yang industrial packed punya, yang ada ingredient. Kalau macam sambal ikan bilis kau masak sendiri pastu tapau, tak lepas. Macam contoh kari ayam cap yoe's dalam tin tu, lepas. Tapi mesti declare. So dalam arrival card tu mesti ticked bawa.
Pastu orang yang bawa ubat spare macam aku ni kan, mesti declare jugak under soalan drug tu. So aku declare aku bawa makanan dan aku bawa drug. Turun dari flight, terus ke imigresen. Kat imigresen dia tanya, ubat apa aku bawa. So aku cakap aku bawa panadol dan ubat selsema dan kembung perut. So dia dash out bab ubat - means ubat aku tak merbahaya. Tapi dia bulatkan bahagian makanan. Lepas dan cop cop, aku terus ke next station, ada officer cakap dalam bahasa melayu kau, "ada bawa makanan?" dan aku cakap ada. Lepas collect luggage dari carousel, ada laluan yang akan diasingkan sama ada laluan further check up ataupun terus keluar ke arrival hall. So aku diarahkan ke laluan further check di mana dari jauh aku dan nampak anjing seekor tengah main-main dengan officer kat situ. Sampai kat station officer tu, kelibat anjing pon tak nampak. Officer tanya makanan ape aku bawa, aku mention fish crackers (keropok ikan) dan dried prunes (asam). Dia tanya lagi "any frest food or fruits in your luggage?". Aku cakap "nope". Then aku lepas keluar.
Actually aku dah standby asingkan bahagian makanan dan bahagian baju, Loqman memang pesan siap-siap sebab dia kata senang nanti orang tu nak check kita buka 1 bahagian sahaja. Meggie pon aku tak bawak kau, budget nak makan bagel je ke? hahahaha.
Keluar aje di arrival hall, terus cari tempat bas. Keluar ke tempat bas, tengok jadual bas ke city, baru je terlepas bas. So orang di airport tu suggest naik inter-terminal bas, pergi ke terminal 3 dan ambil bas ke city. Bas yang ni ialah bas yang masuk kawasan perumahan. Harganya AUD4.40 sorang, kalau bas direct tadi AUD15 per person. Lantaklah, janji aku tak menunggu lama di airport. Sambil tu layan pemandangan kat tepi jalan.
dalam bas selfie kena control macho. hahahah |
in between terminals |
scnenery |
Sampai aje di city, aku turun di stop terakhir route bas tu. Lepas tu aku pon on google map dan jalan kaki sambil tarik / tolak luggage aku. Lepas jalan dalam 20 minit, aku pon sampai di Malaysian Hall Perth. Dari city centre tu takdelah jauh mana kalau tau jalan. Lepas check in dan letak luggage dalam bilik, aku pon keluar nak cari dinner. Masa dalam perjalanan mencari Malaysian Hall sebelum ni, memang ada terlintas Papparich. So aku decide untuk pergi makan kat situ je. Other than that, ada kedai fish n chips yang macam hidup segan mati tak mahu dan kedai kebab, as well as pubs. Seriously macam England suasana nya.
Kat airport masa arrive sebelum tu aku ada beli simkad Lebara AUD2, tapi lupa nak beli prepaidnya. So lepas makan aku singgah convenience store dan beli topup prepaid. Lepas tu aku try nak activatekan simkad tapi call centre dan tutup, waktu tu dah pukul 9malam. By the way waktu Perth dan Malaysia ialah sama. So aku decide nak activate esoknya aje. Aku beli jugak mineral water yg saiz 1.5L tu, harganya AUD5. Tergezut aku, rupanya mineral water kat Oz memang mahal gila.
Lepas tu aku pon jalan-jalan ambil angin malam dan balik ke Malaysian Hall.
Bilik dan facilities sangat bagus, untuk AUD20 semalam memang berbaloi-baloi. Toilet nya kat luar, sharing konsepnya - yang ni aku baru tau masa sampai. So aku dah buat list untuk beli slipar esoknya. Lepas mandi dan solat, aku pon tidur.
Sakit kat rusuk kiri bawah dada dan bahu kiri semakin menjadi-jadi. Nak tidur semua serba tak kena. Tapi paling selesa dan kurang sakit bila tidur mengiring ke kanan. So aku pon dah pasang plan nak pergi ke farmasi esoknya nak rujuk ape yang boleh dibuat untuk kurangkan / hilangkan sakit ni - klinik aku tak jumpa sepanjang observation aku hari pertama malam pertama di Perth, Oz. So farmasi is the best option. Lepas makan lagi panadol, aku boleh tidur nyenyak sampai esok pagi.
Syukur aku dah jejak Oz.
9 comments:
Miss..bole je bwk sambal, ikan bilis,tat nenas ape sume tu...berpuluh2 balang da kitorang bwk masuk no problem..jnji declare..heheheee
@BowBow RooNey haaaa lepas ni senang nak bawak barang makan!
hi nak tny u book bilik dekat malaysian hall perth ni dlm duration bpe lama eh sbelum nak berangkat? 😁
Saya book 2 bulab sebelum tarikh ke Australia.
Omg you travel alone? Lets be my travel budy! I'm also travel alone . Email me siety85@gmail.com . Have a nice day
@siety85 Yes sure...
Deposit utk stay kat malaysia hall tu aud200 per person atau per application?
Macam mana ya pengurusan utk g ke perth secara personal.boleh tak bagi tunjuk ajar dr A-Z
I am very happy to be able to read about your experience there, there are so many activities that you do. Thank you for sharing your vacation experience and knowledge about holidays. latalianavillas.com
Post a Comment