ready to go |
ibis budget hotel, best! |
Masa aku drop key untuk check out, terus orang kat kaunter cakap, ok, ma'am that's all. Thank you for staying here in Ibis. Aku pon tanya, "any additional payment that I have to pay?". Dia cakap "no ma'am". Okehhhhh thank you Ibis! I love you!!! Dia tak charge extra pon aku check in awal haritu, alhamdulillah.
Shuttle bus ke airport memang tunggu betul-betul depan pintu keluar hotel tapi. Terus masukkan luggage dan naik mini busnya. Drivernya muslim, dari Lebanon, dah duduk di Sydney dari lahir sebab parents dia berhijrah ke sini. Previously dia masuk Australian Navy for 12 years lepas tu sampai sekarang dia just bekerja sendiri dan bawa airport shuttle.
dalam shuttle, berbual-bual dengan driver tu |
Shuttle ni akan round sekitar bandar Sydney untuk ambil lagi penumpang lain. Ticket shuttle ni AUD14 pertrip, ada stop yang kena beli dulu tiket dan ada stop yang bayar kepada driver bas. Macam yang naik dari hotel ibis ni, bayar kepada driver. Masa aku nak bayar tiket bas tu, aku kasi note AUD50 sebab aku takde duit kecik. Pastu driver tu minta smaller change, aku cakap aku takde. Pastu dia tanya ada AUD10 tak? Aku cakap ada, tapi syiling-syiling la. Pastu dia cakap "it's ok sister, you can just pay 10dolars to me". Aku pon tanya "are you sure?". Dia cakap, "yes sister, no problem". Alhamdulillah tiket shuttle bas pon dapat discount.
on the way |
aku suka awan sisik-sisik camni |
As usual, boleh drop in luggage maximum 2 hours before departure time. Masa aku sampai airport tu, aku kena tunggu lagi 15 minit sebelum boleh drop in luggage. So aku just check in dan print out boarding pass dan luggage tag aje.
sabar menanti... |
Bila sampai turn aku, aku pon pergilah kat kaunter. Bagi passport dan boarding pass kat officer...
aku : hi, i would like to check in my luggage please
officer : can you pop up your bag here for me please
*letak luggage*
officer : ok, excellent (diorang kat suka guna perkataan cenggini). here you are *kasi boarding pass aku balik*
aku : thanks. can i have my passport as well please
officer : oh, sorry love (again, the words) here you are
aku : thank you.
officer : yes, next please *lambai passenger belakng aku*
Yep... Luggage kecik aku dia tak suruh timbang dan backpack aku pon dia tak suruh timbang. Syukur alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku.
Lepas tu security, bla bla bla seperti biasa. Aku kan tak breakfast or makan apa-apa lansung lagi kan since check out from the hotel. So, singgah ada satu coffee shop tu (barista dia penuh tatoo, dengan tindik selinga hidung bagai - lelaki tapi, tapi, soft spoken hokeyyy) dan beli salmon and egg sandwich serta cafe latte.
makan sambil enjoying the view |
Lepas makan, aku terus berjalan ke boarding gate.
Ahhaaa masa beratur nak board the plane, pon ada adegan yang nerve wrecking jugak. Ada pessenger yang beratur depan yang luggage dia kena ukur dengan flight attendant. Then ada jugak pessenger, sorang makcik dengan sorang anak dia, bawa 1 backpack, 1 lugagge kecik dan anak dia bawak 1 luggage kecik lagi macam saiz beg sekolah budak tu. Tetiba sampai turn diorang, flight attendant suruh diorang ke tepi dan timbang lugagge beg makcik tu. Arghhh aku dan nervous nak mampuih. Sebab aku bawak 1 luggage kecik dan 1 backpack jugak. Tapi, Allah maha mengetahui dan maha melindungi, sampai turn aku, dia check boarding pass dan terus suruh aku masuk. Alhamdulillahhhhh...
Flight was seriously teruk. Sepanjang flight yang almost 2 hours tu, budak kecik menangis dengan gaya bersahut-sahutan. Lepas sorang, sorang nangis. Nak lelap kejap pon memang tak lepas. Aku dapat window seat, view was amazing Subhanallah.
shadow from the cloud |
arriving at melbourne |
Sampai di Melbourne Airport, terus ambil luggage. Tempat ambil luggage tu sebelah je dengan kaunter skybus, just keluar ke dari pintu airport tu. Beli teket ke Melbourne city 1 way berharga AUD18, dan beratur untuk naik bas. Cuaca semakin sejuk, lebih sejuk dari Sydney. Masa kat Sydney sebelum tu aku just pakai jumper aje, sampai Melbourne kena sarung jacket lagi.
Dari airport ke Melbourne city, perjalanan dalam 20 minit aje. Enjoy betul dengan view dia. cantik.
Sampai di Melbourne city, bas tu berhenti di Melbourne bus station. Oleh kerana aku dengan 2 luggage nya, so aku opt untuk ambil taxi ke Malaysia Hall Melbourne sebab mengikut info yang aku cari, kalau naik tram, kena tukar-tukar tram dan aku tak sure nak turun di station mana. Ambil taxi dari bus station ke Malaysia Hall dengan kos AUD. Walaupon perjalanan dalam 15 minit je, tapi belasah ajelah.
Sampai di Malaysia Hall, terus check in. Officer kat situ sangat baik. Terus settlekan bayaran dan dapat kunci bilik. Harga nya sama macam Malaysia Hall Perth, AUD20 untuk 1 malam.
best kan bilik dia |
Oleh kerana aku langsung tak dapat imagine rupa bentuk Melbourne ni, aku pon tanyalah kat officer Malaysia Hall tu mana letaknya city centre dan cara paling senang nak pergi. Dia pulak memang nak balik ke rumah waktu tu dan akan lalu city centre. So dia ajak pergi sekali. Alhamdulillah.
Kalau kat Sydney, public transport dia pakai Opal card. Kat Melbourne ni pakai myki card. Tapi kad ni harga kad sahaja dan AUD6 lepas tu kena top up. Officer Malaysia Hall tu kasi aku 1 myki card yang orang sebelum ni tinggalkan, so aku takyah lah beli lagi, tinggal nak top up aje.
Kat Melbourne ni memang bergerak ke mana-mana, major public transport dia ialah tram. So untuk senang nak tau tram nombor berapa nak kena naik untuk ke mana mana, boleh download apps untuk smartphone (android dan appstore ada) nama dia Tram Tracker. Just search je nama tempat dan dia akan kasi options perjalanan, nombor tram dan target arriving time.
Ok, dari Malaysia Hall tu, kena ambil tram no. 6 yang dari St. Kilda ke Flinders Street station. Stop yang kat Malaysia Hall tu bernombor 28 dan Flinders Street station tu stop no. 6. Aku follow officer tu dan ada sorang student Malaysia sekali untuk ke city centre. Kami borak-borak dalam tram. Aku turun di Flinders station, kiranya main junction di Melbourne tu dan ada Flinders Train station kat situ. Aku jalan-jalan area situ, pergi dapatkan info dari tourist information centre kat situ (sebelah dia Federation Square) ambil gambar dan beli dinner untuk bawa balik.
St Paul church |
Federation square masa nak maghrib |
Flinders Street train station |
ultimate selfie of the day |
Settle dapatkan info, ambil gambar, beli dan makan dinner, aku pon bergerak naik tram balik ke Malaysia Hall.
Masa kat Melbourne adalah sama dengan masa kat Sydney, 2 jam awal dari Malaysia. Aku kena tidur awal supaya cukup rest sebab esok pagi-pagi buta kena bangun sebab dah kena ada kat tempat pick up pukul 7am. Aku dah book trip ke Great Ocean Road dan tempat pick up tu kat St. Kilda Backpackers Hostel, which yang aku tak sure kat mana. Tapi aku dah search semua dan aku kne naik tram no. 6 jugak, tapi arah ke St. Kilda dan tak sure mana nak berhenti. Aku tawakkal je lah nak belasah redah esok. Plan B aku pulak, kalau ala-ala salah naik tram, aku turun je halfway dan jalan kaki je ke tempat tu dengan guide dari google map.
2 comments:
Salam sis..klu naek jetstar dari perth ke melbourne.. yg mana satu kena pilih.. sebab ade 2.. avalon n tullamarine.. sbb sy ade tgk kat jetstar..flight ke melbourne tullamarine amik masa smpai 4jam..
@Ayu Salam ayu. Yang ke Melbourne tu, saya ambil Tullamarine. Flight Perth - Melbourne ialang 4 hours lebih macam tu...
Post a Comment