Monday, June 1, 2020

Raya Aidilfitri 2020

Betul lah yang korang tengok dan baca kat social media tu.

Raya tahun ni memang lain dari raya kita sebelum ni. Semuanya menjaga social distancing, ramai yang akur tak balik kampung, dan lain-lain.

Paling terel sekali our front liners lah. Dari staff kesihatan, sampai polis, sampai askar, sampai acik kedai runcit, abang speedmart, sales assistance kat tesco dan lain lain.

Semua akur, check suhu, cuci tangan, guna sanitizer, spray barang-barang shopping yang dibeli, tak bawa warga emas dan kanak-kanak kat tempat ramai, dan banyak lagi lah.

Well Malaysia. I am so proud of us!

So raya kat rumah aku tahun ni macam mana? Asalnya memang cakap kat adik adik semua boleh datang.

Sepanjang PKP memang diorang semua tak dibenarkan datang. Masa ramadhan family Mamat je datang itu pun lepas pujuk rayu. Sebenarnya mamat dia hantar gambar anak dia si Sara Medina kat nenda, Makanya nenda pon cair. So kasi datang.

Tapi lepas dah fikir dan susun strategi, kita tak nak ramai-ramai semua sekaligus dalam rumah pada 1 masa.

So aku pun susun masa, diorang pilih nak datang pukul berapa.

8.45am - 10.45am - Family Maisarah

11am - 1pm - Family Mamat

2pm - 4pm - Family Widad

4.15pm - 6.15pm - Family Aiman

Menu pun kami buat tak banyak.

~ Nasi lemak
~ Sambal udang
~ Sambal sotong
~ Ayam kampung goreng
~ Lemang - beli & ada yang Zul & Aiman bawa
~ Rendang campur resipi nenek Kajang
~ Rebus nasi impit mini
~ Maisarah & Miza bawak rendang ayam, rendang campur dan kuah kacang

Rendang campur resipi nenek Kajang tu dan masak 3 hari sebelum raya. Dari pagi sampai tengah hari, menunggu rendang kering sambil sambil bersilat mengelak kena percikan minyak. Tetap kena lah kan dah nama pun masak rendang.

Sambal sotong dan udang dah siap masak malam raya. Cepat aje masanya sebab sambal tu aku dan Alim kan dah buat sambal serbaguna (goreng blend cili bawang etc semua).

So pagi raya hanya...

Goreng ayam kampung. Pakai airfryer. Demi kesihatan dan dapur dan berminyak.

Buka potong lemang. Ada orang ambil tempahan dan jual lemang kat rumah ni so kami pon order. Malam raya sampai depan pintu rumah. Sedap! Yang ni Alim potong. 

Dah rebus masa masa rendang. Guna noxxa senang gais. Then sejukkan, masuk fridge. 

Favorite ramai ni.

Sambal Udang

Rendang campur resipi nenek Kajang

Sambal sotong

Kuih bakar mak Bella kawan Maisarah. Favorite kami semua.

ayam guring

rendang ayam maisarah bawak

janji ada hijau sikit

Marble cake & butter cake, Shel buat. 
Setiap kasi diorang sampai, kita akan bergambar, bermaafan tanpa sentuhan, acara bagi duit raya dan hadiah Raya present day tahun ni.

Gambar kami dulu, of course
degan Family Aiman

dengan family Widad

dengan family Maisarah

dengan family Mamat







Sekian sahaja Raya kami tahun ni. Diorang semua balik, aku dan Alim kemas semua nya. Makanan masuk fridge, bekas mangkuk pinggan semua basuh dan simpan. Tidur awal.

Salam Aifil Fitri, Maaf Zahir Batin.

2 comments:

Xuera_lar said...

Yeayy....masih tak percaya Lana dah besar.....dah cantik...

aliaaroslan said...

@@ju itulah. tiba tiba dia dah darjah 4!