Tuesday, June 2, 2020

Aliaa & Gym?

Selama ni aku just dengar cerita adik aku si Mamat dan kawan-kawan aku pergi gym untuk workout. Aku rasa gym tu macam untuk orang nak fit dan untuk orang kurus je. Itu aku yang rasa lah. Padahal tak pun.

Nak jadi cerita, ada 1 hari tu macam biasa aku pergi mengopi lah dengan geng ngopi aku. Pastu member cakap boring la workout sorang. Aku pulak cakap, ok boleh la saya join teman.

Sebenarnya since November 2018, aku rasa macam kenapalah boring betul aktiviti harian. Pastu badan pun rasa lemau. Makan apa suka walaupun jaga amount. Tapi tengok gambar ya Allah macam orang tak sihat.

ebetulan waktu tu aku ambil option working 4 days per week. So aku rasa weekend aku lama sangat. Jumaat sampai Ahad. 1 pagi Jumaat tu lepas subuh terus aku pakai baju sukan dan jogging kat keliling rumah.

That was the start aku workout sendiri.

Lepas tu, kalau hari kerja, lepas waktu kerja aku akan pergi jogging kat UPM.

Barulah aku sedar bahawa lamanya aku tak beraktiviti fizikal. Lama sangat since zaman hiking can camping.

Aku ikut member aku pergi gym start pertengahan June 2018, lepas raya macam tu. Jadual workout aku ialah gym 3x seminggu dan jogging 1-2 kali seminggu. Jogging tu kalau working days aku jogging kat UPM atau putrajaya. Kalau weekend kat area ruah aku je.

Gym session tu aku bahagikan kepada bahagian pulak. 1 hari chest day. 1 hari back day. 1 hari leg day. So macam setiap minggu cukup whole body workout.

Berat badan aku takdelah turun drastik. Aku rasa lebih kepad shaping.

Pattern makan pun dah tukar. Aku dan member aku tu cuba buat high protein diet. Then kami increase fibre intake especially sayur.

Sebelum PKP haritu aku dah tak ke gym seminggu sebab outstation ke survey camp. Lepas tu start PKP. Sampai sekarang lah tak ke gym. Masa awal PKP aku workout sendiri at least 30 minit, 5 kali sehari, indoor. Campur-campur workout ada yang weight training ada yang cardio. 2 hari lepas aku start fast walking kat sekeliling rumah aku. Kena jadikan rutin ni sebati dalam diri balik.

Tak tau lah bila boleh ke gym lagi. Tapi workout ni memang banyak mengubah rutin kehidupan aku.

Dan definitely mengubah persepsi aku terhadap gym. Especially part yang semorang boleh ke gym kalau nak, takde siapa heran kau pakai apa pergi gym, kita tak compete baju siapa betul baju siapa mahal. Kita boleh tanya-tanya je dengan orang sebelah apa-apa (kalau nak dan semuanya baik baik) dan owner gym pun baik sangat. Siap buat kawan baru lagi. Memang happy place!

0 comments: