Raya tahun ni memang lain dari raya kita sebelum ni. Semuanya menjaga social distancing, ramai yang akur tak balik kampung, dan lain-lain.
Paling terel sekali our front liners lah. Dari staff kesihatan, sampai polis, sampai askar, sampai acik kedai runcit, abang speedmart, sales assistance kat tesco dan lain lain.
Semua akur, check suhu, cuci tangan, guna sanitizer, spray barang-barang shopping yang dibeli, tak bawa warga emas dan kanak-kanak kat tempat ramai, dan banyak lagi lah.
Well Malaysia. I am so proud of us!
So raya kat rumah aku tahun ni macam mana? Asalnya memang cakap kat adik adik semua boleh datang.
Sepanjang PKP memang diorang semua tak dibenarkan datang. Masa ramadhan family Mamat je datang itu pun lepas pujuk rayu. Sebenarnya mamat dia hantar gambar anak dia si Sara Medina kat nenda, Makanya nenda pon cair. So kasi datang.
Tapi lepas dah fikir dan susun strategi, kita tak nak ramai-ramai semua sekaligus dalam rumah pada 1 masa.
So aku pun susun masa, diorang pilih nak datang pukul berapa.
8.45am - 10.45am - Family Maisarah
11am - 1pm - Family Mamat
2pm - 4pm - Family Widad
4.15pm - 6.15pm - Family Aiman
Menu pun kami buat tak banyak.
~ Nasi lemak
~ Sambal udang
~ Sambal sotong
~ Ayam kampung goreng
~ Lemang - beli & ada yang Zul & Aiman bawa
~ Rendang campur resipi nenek Kajang
~ Rebus nasi impit mini
~ Maisarah & Miza bawak rendang ayam, rendang campur dan kuah kacang
Rendang campur resipi nenek Kajang tu dan masak 3 hari sebelum raya. Dari pagi sampai tengah hari, menunggu rendang kering sambil sambil bersilat mengelak kena percikan minyak. Tetap kena lah kan dah nama pun masak rendang.
Sambal sotong dan udang dah siap masak malam raya. Cepat aje masanya sebab sambal tu aku dan Alim kan dah buat sambal serbaguna (goreng blend cili bawang etc semua).
So pagi raya hanya...
Goreng ayam kampung. Pakai airfryer. Demi kesihatan dan dapur dan berminyak. |
Buka potong lemang. Ada orang ambil tempahan dan jual lemang kat rumah ni so kami pon order. Malam raya sampai depan pintu rumah. Sedap! Yang ni Alim potong. |
Dah rebus masa masa rendang. Guna noxxa senang gais. Then sejukkan, masuk fridge. |
Favorite ramai ni. |
Sambal Udang |
Rendang campur resipi nenek Kajang |
Sambal sotong |
Kuih bakar mak Bella kawan Maisarah. Favorite kami semua. |
ayam guring |
rendang ayam maisarah bawak |
janji ada hijau sikit |
Marble cake & butter cake, Shel buat. |
Gambar kami dulu, of course |
degan Family Aiman |
dengan family Widad |
dengan family Maisarah |
dengan family Mamat |
Sekian sahaja Raya kami tahun ni. Diorang semua balik, aku dan Alim kemas semua nya. Makanan masuk fridge, bekas mangkuk pinggan semua basuh dan simpan. Tidur awal.
Salam Aifil Fitri, Maaf Zahir Batin.
2 comments:
Yeayy....masih tak percaya Lana dah besar.....dah cantik...
@@ju itulah. tiba tiba dia dah darjah 4!
Post a Comment