Tuesday, August 6, 2013

clearkan lauk

semalam berbuka kami clearkan lauk dalam fridge. ada paprik ayam, ayam nasi ayam dan nasi putih kelmarin. aku just tambah kailan ikan masin. semua licin. maklumlah bila lauk sikit, memang akan licin. so harini akan masak lauk lain.

dalam fridge memang akan always ada lauk yang everlasting contohnya sambal petai ikan bilis kering. yang tu biasanya kalau kami nak makan, ambil sikit portion banyak mana yang nak makan dari bekas besar, then masukkan dalam mangkuk hidang dan panaskan yang tu je. so takdelah panaskan makanan yang sama berulang-ulang. itu memang stok wajib ada dalam fridge. walaupon dalam rumah ni yang makan petai hanyalah aku dan mother, tapi budak-budak lain ni kalau sambal ikan bilis biasa diorang tak nak makan pulak. takde aura petai karanya. hek eleh, aura lah sangat!!! padahal ko tolak tepi petai tu then kasi mother. ceh.

kemungkinan besar akan masak sambal udang petai. slprrr memikirkan. sayurnya mungkin akan buat paprik sayur sahaja tak letak daging or ayam. sedap tuh!!! or kita ulamkan je kacang panjang cicah sambal tempoyak. tempoyak ye, bukan tepanyaki. eh?

benda yang diclearkan termasuklah kurma. kami suka kurma madu yusuf taiyob tu. kotak warna kuning tu. aku order-beli dari officemate 10 kotak masa sebelum ramadhan haritu. widad ada jugak bawak ke kolej dia. so now tinggal 2 kotak je kalau tak salah aku tengok semalam. bagus-bagus. taklah membazir.

esok kan company dah kasi coti. so akan kemas rumah, lap lantai. dan kemungkinan besar jugak akan clearkan notes yang dah aku tak pakai dah. ada berkodi-kodi, berkilo-kilo kertas tuh. boleh beli buku lagi. yey!


0 comments: