Thursday, August 29, 2013

Wedding Nazzuan & Luqyana : With Legendary Singers

Nazzuan ni salah sorang x-student aku di IUKL. dia ni yang geng kaya-kacak-terpelajar. ada entry-entry pasal geng ni aku pernah tulis, tapi kena cari sikit sebab aku tak label rasanya.

wedding nya di Seri Pacific Hotel. aku dan officemate, kak haslina berjanji jumpa di office dan pergi bersama-sama. dah RSVP siap-siap sebab nazzuan datang office hantar kad by hand.

sampai aje di luar dewan, kami nak tanya nombor meja pada ahli keluarga yang ada menyambut tetamu. ada sorang yang bawa kami ke meja. masa berjalan nak masuk dewan tu, aku terperasan yang aku masuk sekali dengan Zur Eda. dalam hati cakap, huwaaaaa Zur Eda salah sorang tetamu lah.

kami pun duduk. duduk semeja dengan student-student IUKL jugak. diorang memang kelakar. tak kering gusi duduk dengan diorang. aku cakap dengan kak haslina "kak, tadi aku nampak zur eda lah masa kita nak masuk dewan ni". sekali kak haslina kata "mane kau zur eda nya. ko salah orang lah. tu rohana jalil. cuba ko tengok tu" sambil tunjuk. eh, aah la rohana jalil. tapi aku konfiden memang zur eda.

kami pon duduk borak lagi. sekali rohana jalil duduk sebelah meja kitorang. dan, masuk jugak zur eda. ha, sah la mata aku belum rabun teruk lagi. eleh padahal kau pakai contact lenses aliaa oiii. pastu aku macam terpeguh pandang seseorang, pastu bisik kat kak haslina "kak, tu salamiah hassan kan?". kak haslina kata "aah la. eh, dwen pon ada la". kami seronok gila sebab diorang pon duduk meja sebelah kami. sekali masuk pulak amir ukays, rahmat mega, salem, zamani slam dan fredo (flybaits). kau tak rasa nak pengsan??? gila kau kan aliaa, poyo betul. orang lain hari-hari pergi wedding ada artis.

aku dengan kak haslina control macho sambil jeling-jeling diorang semua yang duduk sebelah meja kami. diorang bahagi-bahagi kepada 2 meja. student-student aku ni entah diorang kenal entah tak. aku je syok berdua dengan kak has. kami bajet artis-artis ni tetamu, sama macam kitorang sekaliiii....

then MC pon announce pengantin nak masuk. ada audio pasang selawat. then dwen nyanyi lagu dia yang femes tu "suatu waktu dahulu". *pitam tapi cepat-cepat sedar*.

dwen masuk, then pengantin, then tetamu utama Rais Yatim, perents nazzuan, vvip lain dan family luqyana, then artis-artis semua tu. the artists are mengiringi pengantin. wow. best.

dwen baca doa dan terus acara merenjis. artis-artis yang mengiri pasangan tetamu utama dan tetamu vvip yang lain untuk merenjis. best lagi.

then terus pengantin ke meja makan beradap dengan vvip semua dan makan. very simple step, cepat, yet beradap. tetamu pon tak perlu tunggu lama untuk makan. start aje makan, MC terus jemput salamiah hassan untuk menyanyi. wow sangat!!! aku ingatkan artis-artis ni tetamu jemputan dan iring vvip je, tapi diorang tetap menyanyi. dahla best sangat. suara sama n power. kelas sangat!

mesti curious kan kenapa aku duk bercerita takde gambar lagi ni. sebabnya semua time ni aku save battery fon nak bergambar dengan artis weiii. sebab bateri aku ialah sipi-sipi goal je. kan seharian aku keluar rumah. pastu power bank pulak habis isinya. then sebelum keluar rumah ke wedding ni aku confident je yang camera aku ada dalam handbag, tak dikeluarkan. aku pon tak double check. sekali kauuuuuu widad dah keluarkan dari handbag aku. nape entah aku pon tak tau. so make do je lah camera fon ni kan. dahla nak habis battery. ceh!

kami disajikan chinese 10 set meal. first time pergi wedding disajikan chinese set meal. sebelum ni nasi minyak dan nasi briyani atau nasi putih. memang meal time dia panjang dan memang matching dan seronok sebab sambil makan sambil disajikan dengan nyanyian artis-artis power dan kelas tu. best gilos kan kan. aku sama naik ikut menyanyi. ada yang bukan artis zaman aku membesar tapi aku tau jugak lagu diorang since diorang kan famous. triple bestest.

ada ucapan dari wakil keluarga pengantin lelaki, then terus end of majlis. simple yet so grand. tetamu semua boleh beredar keluar dan balik. kami, aku dan kak haslina mestilah belum lagi. kami tunggu dewan almost kosong barulah kami beratur keluar jugak. jumpa pengantin, bergambar dan bergambar sakan dengan artis-artis semua. of course aku minta izin dan cakap elok-elok masa nak bergambar dengan artis-artis tu. sampaikan masa nak ajak salamiah hassan bergambar tu aku cakap camni "puan, nak ajar bersambar sama boleh?" *suara paling lembut*. ceh, sangat protokol ayat aku. sekali dia jawab "panggil untie je". pergh. baik gilos.

perjalanan balik kami ialah sangat best sebab rasa inilah antara wedding yang best pernah aku attend. layanlah gambar yang sempat aku snap dengan camera fon yang bateri sipi-sipi goal tu.

bersama pengantin, Luqyana & Nazzuan

last persembahan semua artis bersama-sama



potong kek dan suap makan




bukti kehadiran


salamiah hassan, zur eda, aku, kak haslina dan rohana jalil

duduk depan dari kiri : isteri salem, salem, dwen, rahmat mega. belakang dari kiri : kak haslina, joel (student), GF joel, student aku tak ingat nama, fredo (flybaits), aku dan amir ukays

salem. suara maintain.

dengan dahlan zainuddin dan fredo

dikelilingi students yang best-best dan gila-gila. memang enjoy dan tak kering gusi

door gift pengantin dan hotel (kek buah)

door gift pengantin - sarung kotak tissue, dan coklat kandos

Wiwin's engagement & Kak Naimah's open house

kalau tengok baju yang aku pakai tu, memang baju yang sama aku pakai pergi kenduri syahirah. sebabnya, lepas wedding syahirah tu pukul 2pm aku terus chow ke engangement wiwin di taman melati. tapi kauuuuuu jem menggila tahap ape pon aku tak tau lah. dari shah alam ke taman melati, sejam setengah hoiiiii. serius memang banyak gila kereta atas jalan sabtu haritu.

anyway, wiwin ni group student yang 1st aku mengajar kat upm dulu, masa aku baru je sambung masters, tahun 2006. batch dia ramai yang sebaya dengan aku, dan muda setahun dua. yang lagi tua dari aku pon ada.

alhamdulillah dia dah bertunang dan akan berkahwin bulan 2 tahun depan. siapa tunangannya? classmate dia masa study dulu tu ha. masa study takde pon bercinta. lepas habis study then kerja tempat sama, barulah bercinta.

baik budak wiwin ni. masa aku survey camp ke kelantan, dia dan mummy dia yang selalu bawak aku keluar jalan-jalan makan-makan kat KB tu. masa aku nak ke UK pon dia hantar dan selalu keep in touch calling2 dan message2. selalu kami keluar makan bersama. dari zaman dia student sampai sekarang, tak berubah perangai, merendah diri selalu.

oleh kerana aku sampai lewat, pelamin semua pon dah kemas. walaupon aku tau aku lambat, aku pergi jugak sebab memang nak sangat pergi jumpa wiwin, lagipon dah lama tak jumpa. congrats wiwin!



lepas jumpa-jumpa borak-borak dengan wiwin dan mummy serta untie dia, aku pon terus bergerak ke destinasi seterusnya. masa ni widad temankan aku so dia tukang ambil gambar dan tukang tidur kat seat sebelah masa jem. ceh.

plan asalnya nak pergi 2 rumah open house. lagipon dekat-dekat je. tapi, dari taman melati ke kajang pon dah sejam setengah atas jalanraya dan malamnya aku perlu attend wedding di KL dan of course kena balik rumah dulu mandi tukar baju semua, aku hanya dapat attend satu je open house, iaitu rumah kak naimah.

kak naimah ni officemate di IUKL. kawan seoffice dulu sebab sekarang kan department aku dan masuk fakulti lain. dulu kami sama department. tapi selalu je jumpa sebab buat conference sama-sama, pergi seminar sama-sama, etc. lagipon IUKL bukan besar mana pon kan. 



lepas makan-makan aku terus balik. mandi dan bersiap dan terus keluar lagi. attend wedding di KL pulak. ceritanya lepas ni...

Wednesday, August 28, 2013

Wedding Syahirah & Muhaimi : Majlis Kenduri Pengantin Perempuan

Majlis kendurinya Sabtu lepas. pagi-pagi tu kami pon bersiap-siaplah. ada yang baru nak gosok baju lah, baru carik makan breakfast bagai. belasah!

majlis mula jam 12pm. tapi jam 10.30am kami dah sampai. memang takde ape nak kena buat sebab semua catering. tapi the feeling tu best. 



mother dan pakteh (pak pengantin perempuan, abang mother yang tua setahun je)

kami sampai je, ngam ngam makanan dah siap setting. so kami makan dulu so takdelah sibuk nak berebut dengan tetamu nanti. kah kah kah padahal kami lapar dan nak lauk dia sedap-sedap...

pinggan ku. canggih ok, makan nasi minyak dengan sambal udang, rendang daging, sayur campur, ulam, ayam goreng dan telur masin



sambal udang

ayam goreng

sayur campur

rendang daging

gulai nangka

ulam, ikan masin goreng dan acar buah

telur masin pon ada

tema purple pink putih

manis

buah kek rojakbuah

kuih pon ada


basuh tangan


mother dapat button badge tulis "auntie ija"

kami dapat sepupu





lepas makan, kami naik ke rumah. di kawasan rumah dah setting untuk makan beradap, untuk tetamu kelantan dan photobooth.

untuk tetamu kelantan

meja makan beradap

sign guest book + photo booth / momentos???


sepupu aku ni (syahirah) kenal suami dia masa study sama-sama. bunyi study sama-sama tu macam lama kan? idokler lama. diorang dua-dua umur 21, baru habis diploma di uitm machang dan akan sambung degree di uitm johor. diorang kenal pon masa final semester kat machang tu then decide nak kahwin.

pakteh aku sponsor 1 bas kawan-kawan diorang dari uitm machang, dari kelantan ke shah alam untuk attend wedding diorang di sini. so kawan-kawan diorang ni dapat button badge "sep klate" = geng kelantan. 

sep klate

anak-anak ucu (adik mother yang bongsu)
sebelum majlis mula, kami ambil kesempatan la kan bergambar dengan pengantin kat bilik pengantin. 


tinggi betul budak ni.

maklong (kakak mak teh) yang arrange bunga ni dan semua hiasan bunga di pelamin, dan meja makan beradap.


makteh (mak pengantin) & syahirah

fikri a.k.a EE (abang syahirah), mother dan ucu. EE akan sambung masters di Uni of Manchester this september.

sofea baru bangun tidur so baik je lah dia

ok, sibuk nak turun


prektis nak berjalan katanya



BULI sikit je





then kami bergambar sakan di pelamin. 










then aku pon turun lah bawak ke kemah. tetamu dah making ramai yang datang. aku pon tolonglah ape yang patut. tukang salam-salam, welcoming tetamu, tukang pegang sampul duit yang orang kasi, tukang tunjuk arah, semua lah. 



mesen ice cream pon ada.




then tak lama lepas tu rombongan pengantin lelaki pon sampai. rancangan awal rombongan sampai jam 12.30pm. tapi delay sikit je. 


serahkah keris kepada pengantin, simbolik ketibaan tetamu

mak pengantin perempuan asal dari johor. so ada tol yang pengantin lelaki kena bayar nak masuk ke majlis...



pengantin serahkan balik keris kepada bapak pengantin


 






ada pertunjukan silat jugak. dan aku ditugaskan untuk handle keluarga kelantan. make sure semua makan dan dapat door gift yang memang khas untuk mereka. 


sepupu belah kajang


tuan guru silat





geng kompang

makan beradap






lepas makan beradap, sesi pengantin bergambar dengan keluarga pengantin lelaki dari kelantan.

aku ada kat majlis tu sampai pukul 2pm je, sebab lepas tu aku zasss ke tempat lain...

sabtu ni kami nak pergi menghantar pengantin ke kelantan.