Episode terakhir siri "Ahoy Singapore". The other series are:
Four
Last cerita ialah pasal ke snow centre kan? so now nak cerita apekebende yang best jadi kat area Geylang. kitorang arrive kat MRT station yang paling dekat dengan Geylang. then tanya kat information kaunter, cane nak ke geylang. then die tanya, nak cari ape kat geylang tu? kitorang cakap, tempat makan.
so kitorang jalan mengikut direction yang diberi. tapi direction tu bawak kitorang ke post ofis besar + mini mall. so pasal dah lapar sangat, kitorang ke food court kat situ. kitorang belasah ABC. itu je mesti la tak cukup kan. so kitorang decide untuk makan kat delifrance.
aku order beef lasagna + hot chocolate. harga iala $17.05. yup, aku ingat ye harga makanan. izzat order mushroom soup + orange juice. pasal die kenyang lagi duk menghabiskan sambal ikan bilis dengan roti.
aku ni duk tunggu la beef lasagna tu. lama gila tunggu, dalam setengah jam jugak. pelik jugak napa tak sampai2 lagi. then aku pon pergi tanya kat kaunter. orang kaunter cek kat kitchen, rupanya order aku tu tak dibuat lagi..
waiter : we are so sorry miss. we are going to make it right now. can you wait for another 10 minutes?
me : i can't wait because i have to go now (pasal nak kejap ke merlion park n ke stesen keretapi tanjung pagar).
manager : we are so sorry. maybe you would like a speghetti instead? that will take less time to cook.
me : no, its ok.
manager : would you like to change it to any pastries or anything else? or would you like a refund? sorry about it miss.
me : its ok, can i have a refund? i'm not gonna eat the pastries anyway.
manager : sure, no problem. sorry ya miss. [sambil keluarkan duit dari cash register, $17.05]. Here you go miss.
me: this is the whole refund. i've already got the hot chocolate.
manager : its ok miss. we are giving you the full refund. sorry about it miss.
me : ok, thank you.
aku pegi kat meja, amek2 barang nak nak keluar dah. then salah sorang waitress die datang dengan mango pie.
waitress : this is for you
me : [shocked] oh, thank you. but i have to make a move now.
waitress : would you like me to put it in a box for take away miss?
me : yes please [rasa guilty pulak tak ambil pemberian orang]
lepas dapat box pie tu dan mendengan manager + waitress tu cakap sorry lagi 5 juta kali, kitorang pon keluar dari delifrance dengan perasaan senang hati dan gumbira. walaupon masih lapar, tapi sebab layanan n profesionalisme diorang ialah the best.
itu dia!
lepas keluar dari delifrance, ambil MRT dan balik ke hostel. untuk ambil beg dan gerak ke merlion park. before that kitorang perlu pulangkan tourist pass dulu kat ticket kaunter. dapat balik $10 deposit.
pencarian merlion park pon ialah sangat susah. kat kaunter MRT tu memang die ada kasi kertas bertulis direction ke merlion park. tapi, perjalanan ialah sangat jauh berbanding penceritaan tulisan tu. dengan begpack masing2, kitorang berjaya sampai jugak. dengar kata aritu statue ni kene panah petir. then diorang bina balik cepat2, kununnya patung ni memberi rezeki kepada singapore. how? i donno..
singa+ikan = sikan / iknga?
ini yang mini punya..
lepas dah snap2 gambar kat sekitar park tu, kitorang pon patah balik ke MRT untuk ambil MRT ke tanjung pagar. yey! nak balik dah. ada masa banyak lagi so bajet2 boleh la makan kat stesen kretapi nanti. oh, aku setia membawa beg plastik delifrance tu ye.
turun di stesen MRT tanjung pagar, kitorang berjalan keluar. tapi tak jumpa pon signboard untuk ke stesen kretapi tu. so kitorang tanya orang. mula2 tanya kat orang 7eleven, tapi die kasi direction untuk ke MRT tadi. so kitorang tanya orang kedai lain, dan mention nak pergi ke stesen keretapi pegi johor. then orang tu kata agak jauh jugak, tapi ikut jalan ni.
jalan punya jalan, macam tak jumpa aje. jauh kitorang jalan, tapi tak sampai2. then decide nak naik teksi aje. tapi, bila pergi kat teksi, sama ada teksi tu out of service or takde driver. so kitorang jalan lagi. stop lagi untuk tanya direction. aku dapat rasakan yang tempat tu makin dekat tapi still tak nampak lagi bangunan die. masa tu dah pukul 9.40pm. train pukul 10.15pm. cuak gila. aku fikir, ada jugak yang tido tepi jalan ni. tapi kat singapore ni boleh ke buat camtu? then kitorang satu tempat macam open foodcourt, ramai org tengah makan. mula2 tanya kat cashier salah satu kedai makan tu. die kata tatau. pegi kat kedai sebelah pulak. orang tu macam blurr. the sorang uncle yang tengah makan tanya, "nak pegi mana?" (uncle cina fasih cakap melayu). "nak pegi stesen keretapi pegi johor" aku kata. "KTMB ye" die tanya lagi. "aah, situ la. mana ye uncle? takut miss train ni", aku cuak ye tapi act cool. menyampah kan?. "dekat je. nampak jalan yang ada lampu putih2 tu? [sambil tunding jari]. jalan sepanjang jalan tu, nanti awak akan nampak bangunan tu" uncle tu kasi direction. "thank you so much uncle!" aku sangat happy. "ok, jalan baik2 ha" uncle tu pesan. fiuh lega. tapi selagi tak duduk dalam train, hati tak senang kan.
kitorang jalan lagi. ikut direction uncle tadi. alhamdulillah, sampai. tapi pelik pasalnyer napa takde penumpang lain yang tunggu sama kat area menunggu. izzat terus ke kaunter teket, nak tukar teket kitorang. aku terus pegi beli air mineral botol besar. dapat tukar teket, tambah sorang $5 untuk tukar dari seat 2nd class ke katil bahagian bawah. aku tanya, nape takde orang kat sini? orang tu kata, semorang dah naik train, korang aje yang tak naik lagi. pergh! cuak!
lepas kasi teket untuk di cek kat pegawai ktmb, ke imegresen malaysia pulak. dah scan2 passport, terus berlari ke kastam. pegawai tu tengok aje kitorang. dalam belari2 anak tu, aku stop kat pegawai kastam tu n tanya, "encik, kene berenti kat sini cek ke?" - yup, soalan bodoh ye. aliaa, kamon la, berapa kalo ko pegi negara lain ha? konfem la kene berenti kat kastam, sengal!. pegawai tu kata mestila. then die tanya, beli ape kat singapore. aku cakap takde beli ape pon. jalan2 aje ronda2 singapore. then kitorang lepas.
lari2 anak lagi nak kene cari coach kitorang. coach kitorang yang belakang sekali, pasal coach katil kan. ada pulak sorang untie cina yang tuam jalan sangat slow bawa beg. so kitorang berenti tolong die. izzat cari coach die, aku bawak beg die. coach die depan sekali. demmmm! pasal kereta pi nak gerak dah, kitorang jalan merentasi coach2 lain untuk ke coach kitorang. jumpa aje katil kitorang, terus duduk tanak bangun dah. baru aje nak tukar baru dalam tempat katil tu, datang pulak budak ktmb yang baru lepas sekolah tu borak2 dengan kitorang [die nak mengorat izzat by the way]. kitorang banyak dengar aje pasal die cakap non-stop. sampai woodlands, check out kat imegresen singapore pulak. sampai JB, budak ktmb tu turun. fiuh. sangat lega... kitorang tukar baju, minum, makan bekal yang tak habis tu, then tido.
dalam pukul 6.30 pagi 2 June 2010, kitorang sampai di stesen komuter / keretapi Kajang. alhamdulillah.
pengalaman memang best. tempat pon best. akan pergi lagi tapi kali ni kne study betul2 nak pergi mana dan macam mana. lagi senang kalo pegi dengan orang locally singaporean. tapi jalan2 cari pasal ni memang best!