Tuesday, June 8, 2010

Ahoy Singapore : Journey to the South

pada satu malam beberapa minggu yang lepas, berjumpa2an lah aku dan izzat di rumah izzat. kitorang borak-borak sambil makan kambing bakar. makan punya makan, keluar lah cadangan untuk pergi jalan-jalan. izzat mengadu, passport yang dibuat tahun lepas masih tidak digunapakai lagi (takde cop langsung). maka aku mencadangkan untuk kitorang ke singapore. kekonon nak journey yang sangat adventures, maka kitorang decide untuk pergi singapore naik keretapi. dengan pantas izzat on laptop untuk beli teket online. tapi banyak sangat masalah-problem, maka kitorang decide untuk pergi beli terus kat kaunter teket stesen komuter kajang. esoknya aku pon pegi la beli teket. so, return reket ke singapore telah dibeli.
  • kajang - singapore = 30 May 2010, 11.05pm
  • singapore - kajang = 1 June 2010, 10.15pm

izzat gigih buat iternary. aku cuba book hostel di singapore yang ada female dorm only. cari punya cari, akhirnya izzat yang jumpa. lepas dah buat booking payment, barulah lega hati. kitorang decide untuk stay di Hostel Fernloft, Little India, Singapore. 

senarai barang (baju, passport, bekal makanan, etc) yang perlu dibawa dilistkan oleh aku. banyak jugak rupanya barang yang nak kene bawak. tapi suma diminimisekan ikut keperluan masing-masing. family masing-masing pon dah diberitahu. ayoi n pakcik pon dah diberitahu. haruslah diorang berdua tu marahkan, pasalnya diorang tokleh join. mwahahaha..

aku bertolak ke rumah izzat lepas maghrib (30 May 2010). park kereta kat rumah dia. then ayahanda beliau anta kitorang ke stesen komuter kajang. sambil tunggu2 train tu, amek2 gamba, pegi toilet siap2, buat la ape2 lagi yang patut.

begpack aku, slingbag aku, slingbag izzat, begpack izzat

sambil ambik2 gamba, posing tak menahan sana-sini, tetiba ada la 3 orang budak yang tak habis sekolah lagi (aku rasa la) duk sibuk buat-buat bising. diorang excited kot baru belajar naik komuter ke hape kan. siap pakai contact lense warna putih, kekonon nak takutkan orang la kot kan. ampeh.

kanak-kanak tak habis sekolah

teket tu jangan ilang weh!


tunggu punya tunggu, train yang dinanti sampai. cari seat, tapi ada orang tengah tido kat seat kitorang. so kitorang pon duduk kat seat yang beberapa barisan belakang seat sebenar. tapi lepas stesen-stesen yang berikutnya orang tu bangun n kitorang pon duduk kat seat sebenar.



perjalanan agak membosankan dan tidur terganggu akibat staff ktmb yang asyiklah nak berbual-beramas-mesra yang beberapa seat belakang tempat kitorang. lepas tu ada pegawai diorang marah, baru la nak blah dari tempat tu. tengok, dah membazir berapa lama time tidur kitorang.


lebih kurang jam 6.30pagi, kitorang sampai di JB. pegawai imegresen malaysia naik train dan check passport kitorang. lepas tu tetiba masuk segerombolan + sekumpulan umat manusia naik train kitorang. aku syak, ni mesti orang JB yang kerja kat singapore. lepas tu train pon berlepas untuk masuk ke singapore.




nyanyi : tambak johor

sampai di stesen woodlands, singapore, smorang kene keluar dan bawak segala bagai barang-barang semua untuk cek in di imegresen singapore. sebenarnya tak boleh ambil gambar kat kawansan imegeresen tu. tapi mane la kitorang tau. masa nak balik dari singapore baru tau.. huk huk..

mane la kami tau tak boleh amek gamba.. (^-^)



lepas dah lepas imegeresen [oh, ya. suma pegawai imegresen ialah hensem-hensem ye. izzat dah nangis2], kitorang pegi beg checking. then terus naik balik train, yang bawak kitorang terus ke stesen KTMB tanjung pagar. tu stesen KTMB yang terakhir sekali.



lepas tu? oh, kene baca di next entry..

4 comments:

ADIA ZONE said...

huhuhu...x sakit pinggang ker dok kat seat dlm ketapi tuh...aku dah kene sekali tobatla....dgn anak2 yg super lasaknye...
second round terus amik yg ade katil tu, baru besh....

Shifa said...

aalia!!! aku lupa sangat2 pasal ko mintak tolong aku carikkan dorm tu! ya ALLAH sorry sgt!! anyway, dah selamat pergi dah pun kan.. x sabar nak tunggu next entry!

haslina said...

syok tgk org tgh syok...

julie^beth said...

mimi adia - not bad la tapi katil lagi best..

shifa - no worries babe! nantikan.. hehe

kak has - syok woo