turun dari train, kitorang terus ke toilet berdekatan untuk mandi, tukar baju segala dan freshen up. terus ke kaunter KTMB untuk tanya kalau boleh nak tukar teket untuk dapatkan katil for perjalanan balik esok malam. then pegawai [yang aku rasa macam budak baru lepas SPM] tu kata takde lagi buat masa tu. die suruh kitorang datang awal esok, kalo2 bernasib baik, dapatkan teket orang yang return ke apekende ke kan. lepas dah tanya direction to the nearest MRT station, kitorang memulakan langkah.
our first MRT
standar MRT ticket. if you return the card, u'll get back $1.
motif utama nak naik MRT ni ialah nak pegi ke ticket counter MRT yang boleh dibeli Tourist Pass. Tourist Pass ni sangat menjimatkan. ko beli pass ni $16 untuk 2 hari, then boleh naik MRT ke mana sahaja dan bas ke mana sahaja. by the way, MRT dan bas adalah under company yang sama [kalo kat malaysia ni macam rapid KL la]. kalo single journey, costnya lebih kurang $1 - $2.50. kalau return, kene kali 2 la kan. tu belum tukar2 line lagi. so memang sangat menjimatkan dan ko boleh pegi ke pelusuk singapore dengan naik public transport aje. pendek kata, kalo dok singapore ni takyah ada kenderaan sendiri pon takpe. yes, serius jimat gila!
tapi stesen yang terdekat untuk beli tourist pass tu, dah habis stock. so kitorang kene pegi kat stesen yang akan kitorang lalu untuk ke singapore zoo nanti. so changing of plan, kitorang pegi cek in kat hostel dulu. untuk ke hostel, kitorang perlu ambil line warna purple, dan stop kat N8, Ferrier Park. kat ferrier park tu, ada 5 exit yang akan menghala ke jalan yang lain-lain. so kitorang perlu exit kat laluan H untuk jalan yang terpantas ke hostel kitorang. nasib lah dah print map ke hostel tu siap-siap. so agak mudah jugak lah cari hostel tu.
sampai di hostel, dah boleh cek in tapi tak boleh masuk lagi. so kitorang tinggalkan beg kat baggage area dan lepak-lepak kat lounge area dan breakfast. izzat bawak bekal sambal ikan bilis. so kitorang makan dengan roti.
lepas dah tinggalkan beg, kitorang pergi balik ke stesen MRT tu, untuk ambil MRT ke stesen bas. sampai di stesen MRT tu, baru lah kitorang manage untuk untuk beli tourist pass. then terus ke bas terminal, beratur di platform bas yang akan ke zoo.
dalam pada excited untuk pergi zoo, ada kegusaran (ayat tak menahan) di hati, dimana, camne nak tau yang mana bus stop yang kitorang perlu turun untuk ke bas. so, naik aje bas, aku mintak auntie driver (yes, auntie ye) untuk bagitau kitorang untuk turun di stop zoo. then auntie tu kata, zoo ialah hentian yang last sekali. so takde masalah la rasanya. agak lama jugak perjalanan ke zoo, dalam setengah jam.
akhirnya sampai jugak kitorang kat zoo. izzat dengan pantas ke kaunter ticket untuk masuk ke zoo. kitorang ambil package yang $25, entrance fee + unlimited tram ride + 1 way boat ride. bestnya! really good deal! tak sabar rasanya nak tengok badak air dalam air yang sangat bersih n jernih!
belum ape2 hal, tengok tiger dulu ye kawan2. unfortunately tiger ialah pemalas, tidak pun melakukan aksi ganas mahupun mempamerkan kekuatan yang dicanang2 sebelum ini. mereka hanyalah duduk2 sambil berehat. ada kemungkinan besar yang diorang baru je diberi makan. alah, makan orang jugak. lepas makan aje terus malas + ngantuk = tido.
oh, ada binatang ape ntah yang diletakkan dalam akuarium yang besar gila ni, disertakan ikan yang warna warni. serius weh, bersih gila air. taik ikan pon tadak. pergh! kagum aku tau!
then we went for our boat ride. scenery? pergh, nangis tau! macam nak bunuh diri kagum gila tengok scene cantik sangat! rasa macam wonder, kat bahagian singapore yang mana ni ye siap ada lake cantik gila.
ok, sila nangis tengok pemandangan belakang tu sekarang. eh, ke nangis tengok model tak bertauliah?
purak purak membaca map. eh, surveyor memang orang mapping kan. kalo map map ni memang serius aku teringat lecturer cartography cum thesis supervisor aku kat uitm dulu, puan faridah. salah satu assignment dengan beliau ialah kene buat map. aku pilih buat map taburan penduduk orang asli kat selangor. kene reject 6 kali weh. last sekali jadi map terbaik! moral : ramai rupanya orang asli kat selangor! nampak macam takde kan.
aksi gedik2 santai bersama aliaa! benci kan! tapi nasiblah pasal aku memang gedik!
izzat dalam cobaan menggedik. oh, kenapa la takde lelaki kaya + kacak + terpelajar naik boat sekali ngan kitorang time tu. kalo ada, siap la kene ngorat dek izzat. hahaha!
oh, ini ialah kulit binatang ape ntah (yes, aku ialah asyik lupa nama binatang aje pasalnyer aku ialah ingat nama binatang yang senang-senang aje macam tiger, harimau, etc. eh, harimau n tiger binatang yang sama kan?)
zoo assisstant ialan cun gila! budak melayu..
ini ialah pakcik driver boat. sangat friendly!
turun boat, kitorang terus berkejar nak tengok show. dapat tengok yang last 10 minutes aje. tapi lepas tu dapat naik pentas dan bergambar bersama jejaka2 kacak laksana. macam orang iban aje aku tengok tarian die. ntah2 memang diorang ni memain import dari sarawak kot. dapatlah pegang ekor ular. eh, ada sorang dewi remaja jadi salah satu pelakon die..
lepas dari tu kitorang jalan2 sekitar area tu, sementara tunggu show splash safari pulak. oh, sea lion die ialah bijak ok! memang best tengok show ni. serius friendly habis suma staff / pekerja / MC kat zoo singapore nie. dahla suma uniform style the late host of crocodile hunter, baru feeling2 safari ok!
dah dua show berturut2 kitorang tak dapat tempat duduk. asyiklah kene berdiri. so show yang last, show gajah malaya, kitorang pegi tempat tu 15 minit awal. ha, booking seat yang paling best (walaupon still kene sembur dengan air dek gajah), tapi puas hati gila! suma show memang best!
kitorang jalan2 sampai kaki macam nak tercabut. tambah pulak dengan hujan renyai2 manja disitu. stoken konfem dah basah. ala2 main terpijak air kebagai. mwahahaaa.. padan muka aku.
oh ya, inilah guinea hyppo yang didambakan oleh aku. aku kan nak tengok sangat tengok badak air dalam air yang jernih. tengok, boleh nampak lagi ikan2 warna warni berenang dalam air jernih. serius kagum tahap dewa + raja majapahit!
excited + poyo + jakun
tempat last yang wajit ditengok ialah polar bear. zoo kat malaysia takde polar bear kan. serius sangat besar. takut yu ols!
ni haruslah dari jauh aje. pasal dari dekat, berani ke ko nak bergambar cik kak? aku pon tersangat lah takut gila!
then kitorang terus keluar dari zoo, nak pulang ke hostel. kitorang naik bas ke MRT choa chu kang (maca phua cho kang je) then ambil MRT balik ke hostel. dalam MRT serius tersengguk pasal macam lama gila nak sampai.
mari aku akhiri entry ini dengan Singapore Tourist Pass yang kami dambakan dan sangat berguna dan tersangat jimat!
pulang ke hostel, ambil beg dan masuk bilik. mandi manda, solat dan berehat sebelum ke tempat yang seterusnya. excited tak baca pengembaraan yang tak seberapa ni? huahuahua.. lols lols lols
1 comments:
ooohhh...syoknyerrr pi zoo...mmg kena pegi lain kali nie...mestiii...
Post a Comment