Friday, June 18, 2010

Ahoy Singapore : Bukit timah forest reservation park, snow centre & science centre

second day in singapore, kitorang plan untuk ke bukit timah. menurut info dalam internet, bukit timah ialah point yang tertinggi di singapore. oleh kerana misi tahun ni ialah untuk mula memanjat tempat2 yang berketinggian lebih tinggi dari tempat biasa (dah naik gunung datuk, nuang lolo camp, broga), so kitorang pon ambil kesempatan untuk naik point yang tertinggi kat singapore ni. ada lagi satu tempat yang berketinggian tinggi jugak, tapi tempat tu kat sentosa island. kitorang tak pegi pon situ. maybe next time.

dalam jam 7am kitorang keluar dari hostel, breakfast dulu kat lobby. then ambil MRT untuk ke salah satu terminal bas. untuk ke bukit timah, kitorang kene naik bas. so macam biasa, bila naik bas, minta tolong driver tu untuk bagitau kitorang stop yang kitorang perlu turun untuk ke bukit timah tu.



turun dari bas, kene jalan dalam 10 minit untuk ke starting point. siap naik jejantas ke bagai, lalu kindergarten la, terserempak dengan budak sekolah yang tengah ada treasure hunt dan menghidu bau mosquito patch yang sangat kuat dari diorang.


ada beberapa route untuk naik ke bukit timah. seluar dah dilipat, camera dah dikeluarkan. ape lagi, panjat ler cik kak oi!




aku rasa kitorang macam baru panjat dalam 5 minit camtu. eh, tak sampai kot. tetibe dah sampai aje. pelik bin ajaib. dalam peta tengok macam panjang aje route yang kitorang amek tu. tapi tengok2 pendek. kitorang snap2 gamba, lompat2 la hape bende la. then turun balik ikut route lain.






ada orang yang sangat baik offer utk ambil gambar kitorang sebelum kitorang mintak tolong.



so kat route lain, boleh experience cara lain. siap ada macam mini park, ada tempat batu reflexology, then meja kerusi utk makan2 dan tempat exercise.




best la kat situ. walaupon kagum lagi sekali sebab ada jugak tempat2 camni kat singapore yang tersangat busy ni. kitorang jalan2 sambil relex2. padahal dalam kepala takut lambat sampai hostel balik untuk check out.





yup, kitorang siap main lagi kat park yang ada tu ye. mementang la takde orang kan. slumber aje. sambil tu kitorang makan bekalan makanan yang di bawa.




lepas dah puas jalan2 main2, kitorang pon gerak nak balik ke hostel. pasal target nak mandi dulu, then cek out.


sementara menunggu bas kat station bas, amek2 gambar dulu. borak2. tapi kan, everytime kitorang tunggu bas or MRT, mesti ada orang yang gaya bekerja tunggu sama. tak kira la pukul berapa pon. agaknya kat singapore ni orang kerje ikut shift ko, tapi suma company run 24 jam. yeke?





kitorang sampai balik kat hostel tepat jam 12pm. kene check out pukul 12 pm sepatutnya. tapi kitorang mintak kat kaunter reception tu untuk check out 30minutes later. diorang pon ok je. so terus naik, mandi, kemas dan cek out. pulangkan kunci, dapat balik deposit $10.



kitorang tinggalkan beg kat lobby, then izzat cek kat internet whether mc d, kfc segala tu boleh makan ke tak kat singapore. aku pon online kejap. then kitorang terus gerak untuk ambil MRT untuk ke science centre & snow centre.


dah alang2 boleh makan mc d, kitorang lunch dulu sebelum teruskan perjalanan ke snow centre & science centre. mc d kat singapore ada 2 size aje ye, large dan up-size. wat? dan die ada tomatoe ketchup dan cili ketchup yang berbaur seperti sambal chicken rice shop. wat? ye. jgn tak caye ye.


perut dah diisi. misi mesti diteruskan. [lakonan aje ni]



sampai di MRT yang sepatutnya, lepas bertanya di information kaunter, kitorang jalan lebih kurang 10-15 minit (10 minit lebih tersesat) untuk ke science centre. rupenye snow centre dan science centre ialah jiran. kitorang ambil teket yang set untuk masuk dua2 tempat, $16 + sewa glove untuk snow centre, $2. science centre die ialah sangat best sebab ialah 4 tingkat dan sangat amazing tahap dewa!











snow centre yang of course sangat sejuk. kalo tak sejuk, bukan snow centre la kan. tapi bila keluar aje panas gila. lepas tu kitorang balik ke MRT station, ambil MRT untuk ke station Bugis. patutnya kat station bugis tu kitorang ke mall yang jual banyak2 barang elektronik yang best dan murah [lawyatt versi singapore]. tapi kitorang tak dapat jumpa tempat tu sampai dah penat kaki jalan2 keliling tempat tu. then kitorang decide untuk ke geylang aje. kekonon nak makan rojak singapore yang sangat famous tu! tapi, bende yang lagi best pulak yang terjadi. apekah?

2 comments:

attyfir said...

owh julie g jalan2 singapore ye .

aliaaroslan said...

kakty - aah. saje je. tapi mcm jalan kat KL je. huhu