boleh scan invitation card, dan hantar pada kawan-kawan atau saudara-mara guna email.
bila muncul facebook, boleh create event di facebook dan hantar event invitation.
tapi, memang semua kawan-kawan aku yang jemput ke walimah mereka, walaupon hantar jemputan guna email ataupon facebook event invitation, mereka tetap bertanyakan jikalau aku perlukan actual card, maka diorang boleh hantar actual card through pos.
bagi aku, aku sangat hargai semua jemputan yang dihantar. cuma tinggal dapat datang dan tak dapat datang aje. kadang-kadang tu, bula musim wedding, sehari sampai 3-4 jemputan dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhi semua undangan.
cuma, ape yang aku kurang puas hati dengan orang-orang yang dijemput atau tak dijemput ni, suka nak tanya soalan aku rasa sensitip kepada penjemput / pengantin secara terang-terangan di kotak comment facebook ataupon group email. i.e:
- weh, wedding ko hujung minggu ni kan, aku dijemput tak?
- sampai hati ko tak tag aku kat gambar kad jemputan ko ye
- eh, aku tak dijemput ye?
- ooo.. si xxxx ko jemput, aku ko tak jemput kan.
lagi satu, kalau ko dah sama-sama segeng satu sekolah ke, sekapal ke, kalau dah pengantin kata "weh, aku tak sempat nak ajak semua, tapi kalau ada kawan-kawan sekolah / seuniversiti / segeng kita yang aku terlupa nak ajak tu, ko tolong sampai2kan la ye", kalo ko jatuh dalam dalam salah satu kategori tu, ko terima aja lah itu sebagai salah satu cara jemputan.
cara menjemput ke majlis perkahwinan ni subjektif. bukannya WAJIB hantar kad, WAJIB hantar email jemputan, WAJIB hantar event invitation.
kesimpulannya : nak makan nasi minyak + rendang tok + ayam goreng berempah cap UBE catering!!!
4 comments:
saya jemput face to face~baru lah hebat!
kerana kad kawin...2 member rapat akak zaman study dulu kononnya merajuk/putus kawan sebab akak x pos kad kat diaorang...
padahal dulu masa diaorang kawin..akak rasa mmg x dapat pun kad diaorang tp akak pergi juga kenduri sebab kawan baik kan....
sebab x sempat hantar kad, sebab x tahu address terkini.
juga masa itu akak kena sakit gastrik teruk..so x sempat hantar kad..tp mmg da email bagai dan sms bagai...
namun until now..diaorang rasa diaorang tu hebat sgt..
ingat masa akak kawin tu..emak akak call sahaja datin rubiah suparman (emaknyer kawan baik) masa hari santu tu ajak dtg kenduri...ok je datin dtg masa hari ahad tu...
;))
bujal X - ha, itu baru style habis.
kak has - itulah, kadang-kadang kita pon tak tau ape yang tetamu fikirkan tapi kita dah cuba yang terbaik..
Post a Comment