Sunday, February 13, 2011

derma darah

sepanjang beberapa tahun yang aku agak aktif menderma darah (sekali setiap 3 bulan), ada 2 kali yang aku kene reject. well, ko ingat senang ke nak derma darah. banyak kriteria yang perlu dipenuhi dan ada pulak ujian saringan sebelum berjaya nak baring kat katil derma darah tu. even dah baring pon, belum tentu berjaya menderma dengan kadar normal ataupon ada adegan susah nak cari urat (tak tau medical term dia) dan ada pulak style yang darah beku cepat sangat.

sekali yang aku kene reject, doktor tu cakap aku punya blood pressure tinggi sangat. pikir punya pikir, apesal la yang tiggi sangat blood pressure aku ni. rupanya, masa tu baru lepas tengok wayang cerita hantu. aku ni biasanya takde perasaan kalo tengok citer seram ke, romantik ke, sedih ke. konfem muka aku sama aje. kengkadang tu buat adegan jahat, kalo tengok citer hantu siap gelak-gelak (mesti orang duk sebelah aku bengang gila). tapi tak ingat cerita apa. tapi, itu ke faktor blood pressure aku naik? ntah.

lagi sekali masa tu ada series of blood donation kat kliuc, anjuran my taekwondo students. actually aku yang cadangkan ni sebagai salah satu aktiviti tuk club tu. tapi dah jadi macam acara wajib setiap 3 bulan. bagus jugak kan. bukan pakai bajet pon. orang pusat darah negara datang bawak barang-barang. student2 ni tukang tampal poster aje. masa ke first kaunter, nak cek jenis darah dan zat besi dan hemoglobin, nurse tu cakap aku kurang zat besi. cisss.. makan punya banyak, kurang zat besi. nampak sangat tak mengamalkan diet yang sihat. ada pulak member yang cakap, balik nanti ko kene pegi makan basikal aliaa oiiii.. tambah besi. hampeh.

sekian. nanti ada lagi ke kene reject?

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

typical lawak.. elokla menderma darah, jgn menderma dara.. I always find it funny though.. hahahahha..

aliaaroslan said...

kak mimah - memang rasa lawak gila bila member suruh pegi makan basikal.

everytime nak menderma, bukan takut jarum besar gila, takut kene reject. hik hik..

Shiema said...

aliaa ingat x kmas mase die nak derma darah? hahaha

aliaaroslan said...

kak shiema - mestilah ingat.. siap nangis lagi. belum cucuk lagi dah nangis dulu. kak mas kan gadis air mata..