Saturday, February 5, 2011

melawat rakyat 3 : venice : day 1

pasal trip ke Venice, Italy ni boleh jugak baca kat blog DrNotts. hasil garapan DrNotts lain sikit. aku ni banyak merapu aje.

trip kami dari 31 January 2011 - 3 February 2011 (Monday - Thursday). flight jam 4.50pm waktu UK, maka kami bertolak keluar dari rumah pukul 12pm, ambil taxi dari rumah ke Skylink bus station di town. naik bas ke airport adalah lebih mudah compare dengan park kereta di airport. bus fair untuk family ticket (2 adult + 3 children) ialah GBP10.00 sahaja, return. kalau return ticket adult, GBP6.00. memang style dia kalau lagi ramai lagi murah. so kami yang 2 adult + 2 children ni ambil family ticket.

over tau, belum gerak lagi bas tu dan nak kroh kroh





kami sampai di East Midlands airport pukul 1.00pm. terus sahkan ticket di ryanair ticket kaunter, since takde beg untuk dicheck-in.  ticket flight dah beli since tahun lepas. so dapat murah.


tak semua airport ada prayer room

oleh kerana flight lambat lagi, kami berlegar-legar jalan-jalan masuk semua kedai. last skali lepak lunch dan minum kat sohocoffee. 


coffee is a must for me. saja nak rasa semua coffee..


lepak sementara menunggu gate dibuka

venice, here we go..



sorang bajet mrs hyun bin, sorang bajet mrs BDSK.


the flight time was scheduled  for 2 hours, tapi pilot ialah bawak laju gila, arrived 20 minutes earlier. flight from east midlands airport to treviso airport was really smooth.

helloooooo treviso, italy!!!


 sampai sahaja di treviso airport, lepas dah cop cop kat imegresen, terus kami keluar menuju ke bus area, cari bas ke venice. before datang pon memang dah baca kat website yang memang ada bas disediakan untuk pessengers dari treviso airport ke venice. treviso airport adalah lebih hampir ke venice berbanding dengan venice airport itself. so kami naik terus bus tersebut, which cost 9.00euro return ticket per person (valid for 10 days).

bus service siap kasi jadual untuk return ke airport lagi.
perjalanan lebih kurang 40 minit dari treviso airport ke venice. sampai sahaja di venice, terus memulakan siri penjelajahan mencari hotel. 

jambatan yang connectkan the last port for road transportation service (bus, taxi, cars, etc) with venice.

venice composes of 117 mall islands, connected by hundreds of small and large bridges. main transportation service ialah water taxi. kalau tak, sila jalan kaki yar.

nak naik water taxi pulak sangat mahal. single trip 6.50euro sorang. lagipon, water taxi tu bukannya berenti betul2 depan hotel. so kami decide untuk jalan sahaja.

ini map venice. last point untuk bas adalah dia Baci Stazione Maritime. hotel kami di Castello.

[click for larger view] : kami jalan-jalan cari hotel, lebih sejam jugak. hotel kami berhampiran St. Maria Formosa. route jalan kaki kami warna turquoise.

 dalam perjalanan nak menuju ke hotel tu, singgah dulu beli pizza untuk dinner.  ada banyak kedai pizza yang masih buka tapi ada 2 sahaja yang ada kebab dan halal. kami tanak makan kebab, nak makan light-light aje. so order medium pizza chicken sosej.


 semua tempat yang aku berenti untuk tanya direction, semua tunjuk hala ke castello, tapi bukan hala ke santa maria formosa (tempat hotel). tapi lepas dari beli pizza tu, tanya kat ada sorang lelaki yang memang sangat baik, dia terus tunjukkan jalan ke santa maria formosa. sampai kat square santa maria formosa pulak, aku tanya kat orang hotel berdekatan. orang tu pon tunjukkan hotel kami, Ca Formosa Hotel.


ambil kunci kat bangunan lain, bilik hotel kat bangunan lain. kebanyakan hotel kat venice ni memang macam tu. pasal bangunan dia tak banyak yang sederet. ada jugak owner hotel yang beli property kat lain-lain bangunan.

settle check in hotel, masuk bilik dan makan. lepas tu charge camera segala bagai (nasib baik tak terlupa bawak traveller converter plug) dan tido.

0 comments: