yes, breakfast ialah kat bangunan lain pulak. naik tungkat 3 ok! tiada lift disitu. breakast pon biasalah, tak banyak option macam breakfast kat hotel-hotel kat malaysia. blasah saja kan. yang penting, ada the signature hot chocolate. yummy!
furniture kat hotel ni semuanya italian style. dia punya design n decorations pon sama. sungguh italian. camne tau italian? tengok kat tv. haha..
lepas breakfast, kami memulakan siri penjelajahan ke St. Marco. semua famous places ialah kat tempat area st marco. so, jalan-jalan cari lorong dan jalan lagi, menghala ke st. marco.
depan bangunan hotel untuk breakfast |
st maria formosa square |
baca map, mana ntah jalan-lorong nak ikut |
watak tambahan (botak & sengih) yang pura pura busy |
- St Marco -
boleh pilih nak pengayuh gondola yang mana satu |
lepas dah pengsan ambil gambar kat area st. marco, kami menghala ke the famous Rialto Bridge.
sapa beli kasut Bata kat malaysia, maknanya beli kasut import ok! |
pak polisi |
jumpa dan berkenalan dengan tourist dari Seoul, korea. aku siap "annyohassayo" kat diorang ok! |
Rialto Bridge : the oldest brigde in venice. it was made from wood, before totally reconstructed to brick in 1550.
annyohassayo, Aliaa imnida.. |
kami teruskan perjalanan dengan kaki menghala ke area train station or main land or main area of venice, melalui venizia san polo. ini memang masuk ceruk-ceruk kampung venice. nak jalan kat area ni memang kne betul-betul tengok map. kalau tau, konfem sesat. so kami dapat jumpa interesting places dan take a rest beberapa kali sebelum sampai ke main area of venice.
one of the square in san polo |
peserta take-5 |
the other side ialah the train station / main area of venice |
kami lepak lama jugak kat train station tu. selain dari menikmati cahaya matahari dan angin sejuk-sejuk, survey jugak train ticket ke Milan. plan asal, hari ke-3 kami nak jalan-jalan ke milan. tapi, sebab train ticket ialah 33.00euro oneway per person, so kami cancel sahaja.
gambar yang semua peserta ada ni, ambil guna self-timer camera, screw atas tripod. tapi kne tengok-tengok jugak sekeliling before tinggalkan camera sebab nanti ada pulak watak nak ambil. agak susah nak distinguish between orang local italian dan pendatang (orang poland, india, or bosnia).
masa tu dah nak dekat pukul 2.00pm waktu italy, so kami pon dah lapar. so kami decide untuk lunch di mc donald sahaja. sambil tu boleh lepak duduk pasal semorang punya kaki dah lenguh gila tahap nak hampir cramp. aku ni pulak kaki ala-ala macam nak bengkak akibat pakai stokin nipis. lupa pulak kalau nak banyak jalan kne pakai stokin tebal. maklumlah, lama tak mendaki kan.
plan asal kalau jadi ke milan pada hari ke-3, kami nak habiskan round venice hari ke-2 ni. sebab tak jadi, kami nak postpone sahaja ke esok harinya tempat-tempat lain yang kami tak pergi lagi. tapi actually venice ni kecik aje. so dah hampir semua tempat kami pergi pon. so lepas lunch kami terus balik ke hotel untuk berehat. kesian kat DrNotts pasal tumit kaki beliau dah sakit gila.
ontheway balik ke hotel tu, kami lalu balik jalan yang kami ikut masa malam baru sampai venice tu. so actually tak la jauh sangat. cuma yelah, masa tu kan tak tau jalan.
st. maria formosa |
lepak kat hotel, transfer-trasfer gambar masuk laptop. charge camera. relex relex. dalam pukul 5.00pm macam tu, aku dan sengih keluar sambung berjalan. DrNotts dan botak dah pengsan. sambila berjalan tu kami nak pegi cari dinner jugak. tapi tak tau nak dinner ape. so sambil jalan-jalan tu kami fikir-fikirkanlah. tapi seperti biasalah, sengih ni kalo suruh suggest, mesti nak merapu-rapu.
- sunset @ st. marco, day 2 -
lepas tu aku dan sengih jalan-jalan lagi. saje je menyesatkan diri kan. bila rasa ala-ala dah sesat, patah balik ke jalan asal. then jalan lagi. gambar waktu malam kurang best sikit compare dengan siang.
fikir punya fikir, kami decide untuk beli kebab sahaja untuk dinner. sebab plan untuk having italian dinner masa hari ke-3. so kami pergi balik ke kedai pizza yang kami beli masa first day yang baru sampai tu. 4 turkey kebab please!!! [takeaway of course. nak makan secara berjemaah di hotel]
first time makan daging turkey. sedap gila ok! |
wrap kasi maintain panas |
lepas makan, kami relex-relex tengok tv, semua bahasa italian. segala-galanya ditranslate / dialihsuara ke bahasa italy. well, rasanya semua negara europe macam tu.
gambar penutup hari ke-2 ialah, seperti biasa, gambar lompat perasan sendiri. tak padan dengan kaki sakit, nak jugak kan.
0 comments:
Post a Comment