boleh baca kisah sebelumnya kat sini...
Aku pun dongak ke atas. Aku nampak.. [sambungannya] satu hantu perempuan tengah pandang aku balik. ala-ala you look me, i look you. camne aku tau dia hantu? sebab dia macam lutsinat tu, hantu macam dalam kartun casper tu. kiranya boleh nampak ape belakang hantu tu. kami berpandangan lebih kurang 30 saat sebelum perempuan tu terjun ke bawah dan berdiri di sebelah aku. oh, sungguh tinggi perempuan tu sebab aku still kene sedikit mendongak bila pandang muka dia. dalam hati aku kata "cun betul perempuan ni". tiba-tiba perempuan tu bersuara pada aku "memang aku cun pon!!" dan aku terkejut. wah, perempuan ni boleh baca fikiran aku lah. terus aku terfikir, hantu jenis ape yang boleh baca fikiran orang ye? pasal kat malaysia kan ada macam-macam jenis hantu.
hantu tu tengok sekeliling, macam cari something. aku tanya kat dia "ko carik ape babe?". wah, siap panggil babe ok pasal agak cun kan. dia jawab "mane budak-budak yang buat projek tadi. aku baru nak kacau diorang". pastu aku jawab "oh, diorang dah blah dah".
lepas dari tu kami duduk mencangkung berdua dalam keadaan senyap seketika sebelum hantu tu tanya "ada ape dalam guni ko ni?". terus aku pening tak tau nak jawab ape. aku just cakap "besi buruk. aku kene buang dalam hutan pasal malas nak anta lupus". lepas tu boleh pulak hantu tu cakap "eh, kalau jual besi bukan dapat duit ke?".. dalam hati aku cakap - huwaaa, educated sungguh hantu zaman sekarang ni.
aku pon dah lost tak tau nak buang ke mana tokei yang dah kene kerat-kerat ni. takkan aku nak tanya hantu ni pulak kan. karang jadi cerita lain pulak. pikir punya pikir, aku teringat yang aku ternampak signboard 'tapak perkhemahan' masa aku on the way jalan masuk dalam hutan ni. ha, kat tapak perkhemahan mesti ada tempat untuk bakar kan. aku bajet aku nak bakar aje lah tokei aku ni. sampai jadi debu. pastu gigi dia aku tanam.
lepas dan babai babai kat hantu perempuan tadi, aku pon mula gerak ke arah tapak perkhemahan tu. jalan punya jalan, aku terdengar bunyi orang menyanyi beramai-ramai. lagi aku dekat dengan tapak kemah, lagi kuat. sampailah jarak antara tapak kemah dengan aku hanyalah 20 meter sahaja, aku nampak ada segeng budak-budak mat rempit tengah duk nanyi sampai menari keliling unggun api. dalam hati aku kata 'wah, ini sudah bagus. takyah aku penat cari kayu api malam-malam buta ni nak bakar tokey ni. tapi, tengok gaya budak-budak ni, memang lambat lagi diorang nak tido'. so aku decide untuk lepak tepi pokok mentara tunggu budak-budak tu tertido.
tengah aku lepak-lepak kira bintang, tetiba hantu perempuan tadi duk mencangkung sebelah aku dan...
Disclaimer
*Siri Budak Welding ni sebenarnya adalah tag dari Irwan. Sesapa yang membaca entry ini secara automatik telah di'tag' oleh aku. Sesiapa yang gagal meneruskan tag berantai ini akan menerima musibah 24 jam setelah korang gagal menyambung siri Budak Welding ini. Marilah berasa seram beramai-ramai. Sekian.
p/s: serius aku tak reti nak buat cerita berantai ni. aku blasah aje ni.
8 comments:
hehe, layan gak kak eh :D
karl - irwan siap tinggalkan jejak bertapak suruh sambung. hehe
Ini cerita Ngangkung ke Aliaa..akak tak rasa seram pun..hehe..tak peduli dgn tag itu. Psst..kirim salam dgn Dr Notts..akak nak minta e-mail atau FB dia boleh tak..suka nak komen blog dia tapi takleh..dan takde maklumat utk hubungi dia..saja2 je tak de niat lain..
" oh, sungguh tinggi perempuan tu sebab aku still kene sedikit mendongak bila pandang muka dia. "
heh heh heh...
itu semestinya kannnnn!!!!
'buat2 tak nampak 'disclaimer' itu
kak liza - kene buat tag tu tau. baru seram pasal saya tak reti nak buat citer jadi seram. huhu..
facebook : drnormaliza abd. rahim
boleh lah berkunjung dan berfriend. hehe..
DrSinga - dialog itu wajib kerna harus sedar diri. tapi, hantu itu ialah 5 kaki 10 inci. model punya stok. hehe..
DrSinga - uish. jangan tak nampak disclaimer tersebut. nanti karang karang karang...
Post a Comment