Friday, September 17, 2010

jiran

jiran sebelah kanan ialah omputih, originally orang nottingham, bukan poland ye. die ialah badan sedap2 bulat, perut jauh kedepan. bersama wife dan sorang kanak perempuan comel. penuh tatoo die lengan (badan tak pasti sebab tak pernah tengok die topless lagi). tapi, punyalah baik. bertegur sapa, senyum. memang ramah.

jiran sebelah kiri ialah single mum. tapi ada boyfriend yang berbadan kekar, botak dan bertatoo di tangan. sekali lagi tak pasti kat badan ada tatoo ke tidak sebab tak nampak topless lagi. anak ada 2 orang, comel. ok, semua budak ialah comel. lebih pendiam tapi senyum2 jugak.

depan rumah ialah church dan graveyard. tapi tak pernah jumpa hantu lagi. nasib baik. ke? seberang jalan ada masjid sebijik. senang alim nak pegi semayang jumaat. tapi harini die dah miss. die buat buat miss. aku dah suruh die ingatkan aku dah. ampeh punya budak.

belakang rumah ialah rumah lagi. area ni ialah area paling bagus. jalan kaki 5 minit sampai supermarket. aldi namanya. jalan 10 minit dah sampai kedai jual ayam halal dan tesco express. jalan 20 minis sampai asda. bustop ialah sangat dekat. bernafas 3 kali dah sampai. newsgent lagi dekat, kentut pon dengar.

0 comments: